ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pengalaman berdetox di TheLife Co Phuket memang takkan AJ lupa....
Sebelum ni detox semua AJ tak penah amik kisah...
Pada AJ, badan ni tak perlukan proses detox.....
Detox untuk mereka yang nak kurus sahaja....
Tapi AJ silap! Badan yang kurus tidak bermakna tak memerlukan detox!
Sebelum ni, AJ makan memang tak jaga langsung, AJ makan apa yang AJ nak makan....
Pada AJ aktiviti luar dan sukan yang AJ buat tu cukup untuk bakar lemak segala....
Lagipun AJ dah set dalam kepala, "aku memang susah nak naik, makan la apa pun dan banyak mana pun tapi body, berat tetap maintain..."
Sebenarnya apa yang kita makan tu akan jadi toksin....
Dan toksin tu sebenarnya punca utama penyakit yang lebih serius...
Ye selama 30 tahun AJ tak penah sedar akan bahayanya toksin!
Tapi selama 4 hari 3 malam di TheLife Co Phuket, banyak yang AJ belajar...
Dan AJ rasa AJ perlu sebarkan kebaikan ni kepada kawan-kawan AJ kat luar sana.....
Detox ada 3 jenis iaitu :
Master Detox
Detox yang paling cepat dan efektif
Green Juice Detox
Detox alkali untuk proses pengurangan berat badan yang cepat
Green Salad Detox
Detox untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan dengan salad dan jus hijau yang menyihatkan
Selain detox kami juga didedahkan dengan program pemakanan sihat untuk anti-penuaan, kalori rendah dan ketogenik...
Nanti AJ akan terangkan 1 per 1 mengenai program-program kat atas dalam 1 lagi entri...
Sepanjang kat sana, memang makan dan minum terkawal..
Detox ni taklah susah kalau kita tau cara dan yang penting disiplin....
Kalau AJ kat sini susah nak disiplin...
Makanan yang dihidangkan kat sana memang 100% organik dan menyihatkan...
Langsung tiada bahan perasa tambahan....
Jom tengok apa yang kami makan dan minum sepanjang di TheLife Co Phuket
Green Salad |
Green Salad |
Green Juice |
Saf-Raw |
Saf-Raw Lunch |
Saf-Raw Snack |
Cayenne Lemonade |
Chia Seed Pudding |
Vegan Sushi |
Persoalanya... Lapar? Susah?
Langsung TIDAK!
P/s : Seronoknya detox!
mcm best..:)
BalasPadamBest tau detox ni....
PadamBila dah tau caranya seronok sangat.. =D