Ultimate Guideline to Bukit Tinggi Hotel dan Kawasan Menarik di Sekitarnya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu depan ade 2 public holiday kan?
Bagi sesiapa yang belum ada plan nak bercuti di mana-mana, AJ nak bagitau korang Ultimate Guideline to Bukit Tinggi Hotel dan kawasan menarik di sekitarnya...

Bukit Tinggi terletak di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur kira-kira 48km dari Kuala Lumpur...
Perjalanan dari ibu kota ke Bukit Tinggi biasanya memakan masa kurang dari 1 jam manakala dari Kuantan pula dalam 2 jam 30 minit...


Bukit Tinggi menawarkan pengalaman yang cukup berlainan, berbeza dengan kawasan tanah tinggi disekitarnya yang menawarkan taman tema, tempat hiburan serta kawasan yang bertemakan alam semulajadi..
Kawasan ini dibina dengan konsep kebudayaan dari luar yang dibawa masuk ke negara kita...

Selain daripada memandu, para pelancong boleh menaiki shuttle bus yang disediakan Berjaya Hills Resort dari Berjaya Times Square dan KL Plaza di Bukit Bintang terus ke beautiful Colmar Tropicale Bukit Tinggi, iaitu sebuah perkampungan ala-ala Perancis....
Haaa.. Bila lagi nak rasa macam kat Perancis kan? Kat Malaysia pun dah ada Perancis... =D


Sebelum sampai di Colmar Tropicale, korang akan melalui satu gate dimana korang diminta membayar entrance fee sebanyak RM12 untuk seorang dewasa...

Di Bukit Tinggi, korang berpeluang menikmati pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan serta seni bina bangunannya yang memukau dengan rekabentuk unik ala-ala sebuah perkampungan Perancis pada abad terdahulu....


Ala senang cerita, bangunan tradisional Perancis yang melambangkan kekayaan budaya pada zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu, suasana kat sini pulak memang cukup romantis... Kalau ade yang nak honeymoon sesuai sangat tau!
Paling best sekali, korang boleh amik shot berlatarbelakangkan landskap menghijau dan bangunan yang cantik...


AJ paling suka bila menjelang malam, tempat ni jadi lagi cantik dengan kilauan cahaya lampu yang dipasang..


Selain keunikan bangunan, ade attraction lain lagi yang menggamit pelancong ke sini seperti pelbagai persembahan menarik daripada the art dancer, pertunjukan tarian, silap mata dan banyak lagi...

Untuk semua persembahan unik ni korang boleh refer showtime kat bawah ni..

Tue, Wed, Thu, Sun : 12PM / 4PM / 9.30PM
Fri, Sat, PH : 12PM / 3.30PM / 7.30PM / 10PM

Kalau korang ada plan nak bermalam kat sini, AJ ade sedikit info pasal tempat yang boleh korang stay.  
The Colmar Tropicale resort ni merupakan hotel 4 bintang, manakala the exquisite Chateau Bukit Tinggi pula merupakan hotel 5 bintang..
Selain dari 2 tempat ni, ada lagi beberapa tempat kat sini, so korang boleh pilih mana yang kene dengan preferences korang la....

Untuk info lebih lanjut, korang boleh usha rate Bukit Tinggi resort hotel yang special kat https://www.traveloka.com/en-my/...

Banyak lagi tempat menarik yang boleh korang lawati antaranya the Japanese Village iaitu perkampungan yang berkonsepkan Japanese...


Kat dalam ni, ada few tempat yang best seperti Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant....
Nak pakai kimono?
Dengan bayaran RM20 korang berpeluang memakai pakaian tradisional Jepun ni okay...

Selain tu, kat perkampungan ni juga ada kolam-kolam berbatu, kolam ikan koi, taman bunga dan rumah teh yang sering menganjurkan tea party. Nak berangan duduk kat Jepun? Datanglah sini! Hehehhee....

Lepas tu kan kat sini ada rabbit farm dan horse trail.... Pencinta haiwan mesti suka....
Selain arnab dan kuda, terdapat juga keldai dan rusa....
Haiwan-haiwan kat sini memang jinak...
Lepas bebas dan boleh disentuh...
Bayaran yang dikenakan RM3 seorang je...


Jika korang seorang golfer, Berjaya Hill Gold and Country Club di Bukit Tinggi yang penah dianugerahkan sebagai "Top 20 Best Golf Course in Malaysia 2003/2004" mesti korang cuba kerana ianya akan menjanjikan pengalaman yang takkan sama dengan tempat lain..
Just imagine pukul bola dengan pemandangan yang breathtaking...

So tunggu apa lagi? Rancanglah percutian anda sekarang!
Go look for the best deal of Bukit Tinggi hotel
online or download je Traveloka apps....
Segalanya mudah hanya dihujung jari lagi-lagi dengan promosi Traveloka Great Sale - Haega hebat tanpa berbaris!

Last sekali, selamat merancang yang menyeronokkan!

P/s : Jom cuti!

5 ulasan

  1. suka datang sini lepak2 tenang je hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak Sue... Kalau kate nak plan balik ari pun tak jauh ngan KL kan...

      Padam
  2. nampaknye kena pergi jugak lepas nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi jangan lupa ajakk orang kampung sekali... Hehehheeh..

      Padam