ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Last week AJ berkesempatan berkunjung lagi ke Sungai Lembing, ini merupakan kali kedua AJ ke Sungai Lembing tahun 2016 ni... Untuk fun trip kali ni, AJ nak ucapkan terima kasih kepada Xcape Resort atas kesudian menjemput AJ dan 15 orang lagi geng #KelabBloggerBenAshaari..
Memang haru biru jadinya bila kami serang Sungai Lembing....
Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dengan menaiki 4 buah kereta dan sebuah motosikal... AJ dan Mr. JR naik motor je... Hampir 2.30 pagi kami sampai ke Balok Perdana untuk bermalam dan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Lembing....
Pagi Sabtu kami berkumpul di pekan Sungai Lembing... Selepas sarapan pagi kami dibawa oleh Cik Fied dari Xcape Resort untuk sesi tour sekitar Sungai Lembing. Sebenarnya ramai yang tak tau, terdapat banyak tempat menarik di sekitar Sungai Lembing. Ianya bukan hanya sebuah pekan lama yang tak punya apa-apa....
Sungai Lembing, mungkin ada yang belum penah dengar nama tempat ni..Ianya terletak lebih kurang 60km dari Bandar Kuantan dan memakan masa 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur...
"Tempat Menarik di Sekitar Sungai Lembing"
Untuk lawatan pertama, kami dibawa masuk ke Muzium Sungai Lembing. Bangunan yang terletak di atas bukit sebelah timur menghala ke Sungai Kenau ini merupakan banglo lama yang dahulunya merupakan kediaman pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing.
Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera
Jepun sehingga 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun,
bangunan ini diambil alih semula oleh PCCL untuk meneruskan
aktiviti-aktiviti perlombongan sehinggalah kejatuhan harga timah pada
tahun 1986.
Dalam muzium ni terdapat sejarah dari awal kewujudan Sungai Lembing. Bangunan 2 tingkat ini turut dipamerkan segala artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah
seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan
gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.
Kedua kami dibawa ke Tin Mines Sungai Lembing iaitu sebuah lombong bijih timah yang terbesar di negeri Pahang.... Juga dikenali sebagai El-Dorado di sebelah Timur dan mula beroperasi sekitar tahun 1886. Lombong bijih timah ini digali secara manual oleh penduduk tempatan tanpa menggunakan bahan letupan. Mempunyai beberapa tingkat tetapi hanya 1 tingkat sahaja dibuka kepada pengunjung atas faktor keselamatan....
Sebelum masuk ke dalam Tin Mines, korang dapat merasa menaiki lokomotif "the minecraft" sejauh 80 meter ke dalam lombong kemudian berjalan kaki selama 30 minit ke 1 jam untuk explore. Keadaan dalam lombong ni agak suram dan basah so dalam tu agak licin, AJ sendiri pun hampir tergelincir. Ketinggian terowong pula antara 12 kaki ke 200 kaki.
Di dalam Tin Mines korang akan rasa sejuk je disebabkan lombong tersebut terletak di bawah hutan hujan tropika. Disini korang dapat menyaksikan era kegemilangan perlombongan di Sungai Lembing..
Terdapat beberapa replika pekerja lombong dan juga segala peralatan yang digunakan oleh mereka membuatkan korang sendiri terasa macam salah seorang pelombong kat situ.
Seterusnya kami dibawa ke Jambatan Gantung Kolong Pahat yang berusia lebih 100 tahun...
AJ rasa ketinggian jambatan ni adalah dalam 200 meter kot. So kalau sesiapa yang gayat tu, goyah jugaklah nak berjalan atas tu. Nak pulak kalau ade ramai yang tengah lalu atas tu, memang bergoyang-goyanglah...
Di hujung jambatan sepanjang lebih kurang 150 meter ini terletaknya kilang mee dan biskut kelapa yang terkenal di Sungai Lembing. Kat sini kami sempat merasa hasil biskut yang dikilangkan. Semuanya homemade tau. Memang sedap! Bukan setakat biskut je, ubat-ubatan tradisional serta tau foo fah dan jelly serai pun ada dijual.
Habis je lawatan kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda, 4x4 untuk masuk ke dalam Xcape Resort untuk check in dan aktiviti seterusnya.
Nak tau apa yang kami buat kat sini???
Tungguuuu.... =D
Lagi tempat menarik di sekitar Sungai Lembing
Selain tu ada lagi tempat menarik sekitar Sungai Lembing seperti Bukit Panorama iaitu sebuah bukit yang membolehkan korang melihat sekitar kawasan Sungai Lembing. Kalau nak panjat bukit ni korang kene pegi seawal pagi. Dapatlah tengok matahari terbit dan keindahan seluruh Sungai Lembing dari view yang sangat cantik. Tapi untuk trip kali ni kami tak pegi Bukit Panorama.. Tapi kalau nak tau macam mana pemandangan Bukit Panorama korang boleh rujuk entri AJ yang ni....
Dan juga Sungai Lembing ada Rainbow Waterfall.
Nak tau cantik tak cantik kenalah tunggu entri AJ okay.... =D
Best kan???
P/s : Tak puas berjalan kat Sungai Lembing walaupun situ tak semeriah Kuala Lumpur!
amboi sukanya di melompat lompatt
BalasPadamGambar wajib melompat tu...
Padam