Apa Yang Menarik di Songkhla, Thailand?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Macam yang AJ cakap dalam entri sebelum ni, AJ pegi trip kat Songkhla kan..
So entri kali ni AJ nak cerita sikit apa yang menarik di Songkhla, Thailand?
AJ bagi teaser dulu okay?


Sedikit info mengenai Songkhla (dipetik dari Wikipedia)
Songkhla dahulunya dikenali sebagai Singgora khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II
Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla).
Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Bandar Songkhla adalah pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Dulu AJ ni ada sikit pemikiran skeptikal pasal Songkhla...
Bila sebut Songkhla je mesti AJ duk bayangkan ianya wilayah yang bergolak..
Yelah, dulu kan ada kes bom-bom kat sana....
Tapi kan bila AJ dah jejakkan kaki sendiri kat sana, AJ rasa takdelah terancam ke apa...
Seronok sebenarnya duduk sana... Tenangnya tak payah nak cakap....

Sebenarnya kat Songkhla ni banyak tempat menarik yang korang boleh kunjungi....
Antaranya yang paling terkenal kat sini ialah Samila Cape, sebuah pantai yang bersih dan cantik...
Compared dengan kat Krabi aritu, AJ rasa kat sini lagi cantik...
Korang boleh nampak jalur air 3 layer kat situ dari pesisir pantai.....
Petang-petang memang ramai orang beriadah dan bermandi-manda....


Kat sini juga korang boleh ke Tang Kuan Hilltop....
Bukit tertinggi di Songkhla... Dari atas bukit ni korang boleh tengok 360 darjah bandar Songkhla dari laut bawaklah ke perkampungan.....
Pemandangan dia memang cantik.... Kalau nak naik atas ni, korang tak payah risau... Sebab tak perlu nak hiking pun....
Korang boleh naik lif je dari bawah ke atas...
Tapi kalau nak hiking pun AJ rasa takde masalah.. Cuma antara larat dengan tak je la.....
Tapi kalau nak hike, memang penat wehhh...
AJ dah turun then naik balik.. Terasa bagai nak putus nyawa.... Hahahahahah...



Kat sini jugak korang boleh melawat beberapa buah temple yang unik dan menarik...
Antaranya Wat Phranon Laem Pho dimana kat situ terdapat sleeping Buddha yang cukup besar....
AJ ni kalau berjalan tak sah kalau tak melawat tempat-tempat macam ni...
Bukan apa, kurang-kurang kita tau adat dan budaya mereka yang beragama dan berbangsa lain ni kan....
Orang kata" jauh perjalanan, luas pemandangan dan bertambahlah pengetahuan" kan.... =D


Kat Songkhla ni kalau pasal penginapan korang tak perlu risau..
Banyak je chalet, resort dengan harga berpatutan... Hanya serendah RM60 semalam....
Kene pandai carilah.... Sungguhpun murah, bilik dia takdelah teruk...
Well maintain lagi.... Kalau nak senang, AJ sarankan korang book awal lah melalui traveloka ke, booking ke....
Pepandailah korang ikut mana yang kene dengan bajet dan itinerary perjalanan tu... =D

Lagi 1 kalau pasal makan pulak, bab cari makanan halal tak sesukar mana pun...
Dari apa yang AJ nampak, kebanyakkan kedai makan kat sini diusahakan oleh peniaga muslim....
So soal halal takde masalah...
Dan  kalau nak order makanan pun memang takde masalah sebab mereka tau jugak berbahasa Melayu sikit-sikit walaupun tak fasih...
Takat nak order teh ais, tomyam ayam, cakap taknak pedas ke, taknak sayur ke Insyaallah mereka masih boleh faham..... =D

So kalau ada sesiapa nak tau lebih lanjut mengenai tempat yang AJ ceritakan kat sini, tunggu entri AJ ye...
Banyak yang AJ nak cerita dan banyak gambar menarik AJ nak share dengan korang...
Manalah tau nanti boleh jadi guideline untuk korang ke sana pulak... =D

P/s : AJ rasa kan, memang AJ dah jatuh cinta dengan negara Thailand....
Kalau kata ade peluang kerja kat sana yang sama dengan atau lebih dari gaji sekarang, AJ dengan senang hati nak pegi tau...


4 ulasan

  1. hye AJ....hatyai dan songkhla adlh tmpt yg berbeza kan??
    kira2 berapa jauh jarak hatyai dan songkhla?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi... Yup berbeza...
      Tak jauh pun... Dalam 30km je....

      Padam