Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ tak tau macam mana nak mulakan entri ni...
Tapi AJ memang nak nasihatkan korang "Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!"


Baru ni AJ ade perasan orang viralkan kat FB pasal Decathlon Sri Damansara ni...
Actually, Decathlon dah mula beroperasi di Malaysia ni hujung bulan 5 lagi....
Sebelum puasa aritu....
Bila dah viral diri ni mulalah tergedik-gedik nak pegi sana....
Sebabnya orang kata kat sana memang banyak jual barang-barang sukan dan outdoor.....
As outdoor person, memang lagilah laju AJ nak pegi kan....

Al-kisahnya kelmarin AJ ada singgah tapi tak sempat nak tengok pape since kedai tu tutup pukul 9 malam.... AJ sampai je dah 8.55 malam, mana nak sempat...
Semalam balik keje AJ terus pegi sana dengan Mr.JR dan kawan-kawan AJ...

Tapi SUMPAH! Memang AJ MENYESAL sangat pegi Decathlon Sri Damansara tu.....
Tau kenapa?? Barang-barang sukan dengan outdoor kat sana murah gila kot!
Rasa nak histeria bila jejak kaki dalam tu.....
Korang bayangkan kat luar yang harga berpuluh, beratus korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah, serendah RM9!
Ko ghase????

Kalau ikutkan rasa hati memang AJ nak borong habis-habisan kat situ....
Yelah, mana lagi nak dapat harga barangan sukan yang super duper murah selain kat Decathlon Sri Damansara?? AJ gerenti korang takkan jumpa punya yang lagi murah pada kat sini...
Banyak gila barangan sukan boleh korang dapat..
Sebut je nak sukan apa... Diving? Running? Water Wave? Hiking? Camping? Cycling? semua ada....

Kalau tak percaya jom AJ bawak korang tour 1 Decathlon Sri Damansara...










Haaa??? Apa macam???
Sekarang  korang percaya tak cerita AJ??

So kalau korang nak ke Decathlon Sri Damansara... Ianya terletak betul-betul kat sebelah Courts Mammoth di Jalan Sg Buluh - Damansara....
Dari MRR2 menghala ke Sg Buluh tu korang terus je sampai jumpa Courts Mammoth dan masuk ikut Petron sebelah tu....

Kalau nak tau info lebih lanjut atau spesific location Decathlon Sri Damansara, korang boleh tengok kat bawah ni :

Alamat :
Decathlon Malaysia
8trium Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel :
+603-62806701

Waktu operasi :
9 pagi - 9 malam

Peta Lokasi :
Maps 

Facebook :

Instagram :


Lepas tu kannn... Jom tengok hasil tangkapan AJ kat sana...
Ni pun ade kenyit-kenyit mata sikit kat Mr.JR....
Dapatlah bayar kurang sikit.. Hahahahha.....
TQ kesayangan! =P



Oh ya.... Nak bagi pesanan penaja sikit..
Kat sini beg plastik tidak disediakan okay....
Kalau korang beli melebihi 5 barang dapatlah recycle bag tu....
Kalau nak beli pun boleh RM3 je....
Lepas tu barangan kat situ ada warranty selama 90 hari dan ade yang lifetime warranty...
So korang tak payah risau... Best kan?
Apa lagi! Jom ramai-ramai serbu DECATHLON Sri Damansara......



Sebab tu la AJ kata Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!
*Kalau korang tak bawak duit banyak-banyak...
Mau meroyan tengok harga barangan sukan yang murah gila tu!*

P/s : Lepas ni banyak program outdoor...
Kakak suka!


24 ulasan

  1. Dah agak dah...mesti duit habis shopping.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha... Kalau barang outdoor + sport attire ni memang orang kalah sikit...

      Padam
  2. Balasan
    1. Nanti kalau ade turun sini, silalah singgah..
      Hehehhe..

      Padam
  3. Hahaha. Sakan giler borong. Haih. Tak boleh jadi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup beli barang sukan kan...
      Memang sakan.. Dengan harga dia yang berbaloi tu lagilah bertambah sakan..

      Padam
  4. Balasan
    1. Sangat murah! Kat luar tak dapat harga macam ni... =D

      Padam
  5. Boleh lah beli barang2 tuk hiking or camping banyak sikit. Thanks for info. :D

    BalasPadam
  6. Alahai..dekat ngan umah akak...ok nanti akak pi skodeng..tempat mcm ni cik abe akak suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegilah kak....
      Lagipun dia bukan outdoor je, pakaian sukan pun ade...

      Padam
  7. Yup barangan dia murah tapi berkualiti

    BalasPadam
  8. Amboiii sakan shopping noh! Huhhh x hajakkk!

    BalasPadam
  9. Wah..peminat2 outdoor aktiviti & sukan, sure suka..nasib akak kureng sikit part outdoor & sukan ni..peningkatan usia..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha... Alah kalau nak beli untuk senaman ringan boleh je kak... =D
      Berjalan pun kira bersenam... Bolehlah beli 1 walking shoes yang sesuai.

      Padam
  10. Jadi la macam aku..pi time tak gaji..mencik...

    BalasPadam
  11. Rasa nk menangis bl dpt tau decathlon dah ada kt msia...dl ms kt france x smpat nk grab byk2...

    BalasPadam
  12. Salam nak tanya cik, betul ke kalau pergi sini kena beratur panjang dan lama sgt baru dapat beli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.... Bergantung pada masa kita pegi...
      Kalau boleh elakkan pegi time cuti, weeken atau time orang dapat gaji memang ramai...
      Saya selalu pegi lepas balik keje, so takdelah panjang pun nak beratur...
      nak memilih barang pun senang time tu..

      Padam
  13. Beli brg ikut perlu bukan ikut nafsu. Org lain ok je!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin-rajinlah membaca dan tafsir maksud entri ye...

      Padam