Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ bersama geng #kelabBloggerBenAshaari pegi menjejak hantu..
Kat mana??? Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon....


Yup betul kat Sunway Lagoon sekarang ni memang banyak sangat hantu yang berkeliaran....
Kalau korang nampak tu jangan takut okay...
Baca je apa-apa yang patut, larilah hantu tu nanti...... =P

Okay sebenarnya AJ nak bagitau korang Ghostbusters Adventure Live di Scream Park ni merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Taman Tema Air tak asing lagi Sunway Lagoon...
Sejak dibuka 7 tahun lepas, ni pertama kali Scream Park membawakan Ghostbusters Adventure secara langsung untuk para pengunjung.... 


Kat sini korang boleh jumpa dengan karakter dan hantu depan-depan muka..
Kalau pegi rumah hantu, korang boleh tengok hantu yang statik je... Tapi kat sini hantu-hantu nya memang berkeliaran je kat dalam tu.....
Sesiapa yang penakut tu memang gugur jantung....


Keadaan dalam Scream Park tu memang tersangatlah gelap.....
So pemandangan korang dalam tu memang terhad....
Hantunya pulak memang real! Sumpah sepanjang dalam tu memang banyak kali AJ terkejut...
Bayangkan dalam keadaan yang gelap tu korang kene terjah dengan hantu.... Nasib tak terpelanting segala benda dalam tangan masa tu.....


Perjalanan menakutkan lebih kurang 20 minit ni memang betul-betul ikut sebiji macam lokasi dan jalan cerita Ghostbusters tau... Rugilah kalau korang tak pegi dan rasai sendiri pengalaman tu...
Bagi AJ tarikan terbaru ni memang best dan tak terdapat lagi kat mana-mana...
Perasaan dalam tu tak macam korang pegi rumah hantu kat funfair... Lain sangat..
Hantu pun lebih real...
AJ memula masuk tu gelak-gelak lagi..... Dah berjalan dalam tu terkeluar segala latah mak nenek...

 Jom AJ tunjuk korang sikit apa ade dalam tu...





Takut tak????

Encik tengko!
Okay bagi  korang nak merasai sendiri pengalaman Ghostbusters Adventure Live di Lynton V. Harris Scream Park, Sunway Lagoon, ianya sudah dibuka kepada pengunjung bermula 14 Julai 2016 yang lepas....


Kunjungi Sunway Lagoon sekarang okay!

Tiket berharga :

RM150 (12 tahun keatas)
RM120 (12 tahun kebawah)

Waktu operasi :

11 pagi sehingga 6 petang (setiap hari)

Info lanjut hubungi :

+603-56390000 


Okay berita baik untuk korang!
Sekarang ni ada contest "Spend and Win" untuk rakyat Malaysia yang berbelanja RM300 dan keatas dalam 1 resit...
Korang berpeluang memenangi sebuah Proton Iriz...
Apalagi?? Pegi Sunway lagoon sekarang okay!

Ghostbuster Contest
*terms and conditions apply*


AJ ade teka teki untuk korang ni...
Dalam gambar kat atas ni kan, korang rasa sapa jerit paling kuat????
Hahahahahahahaha.....

P/s : Habis kene kejar hantu berendam pulak kat dalam kolam Sunway Lagoon tu...
Memang terus gelap kulit AJ lepas tu.. Hahahhaha.....


1 ulasan