Buffet Ramadhan The Grand Campbell Hotel

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Kali ni AJ nak bawak korang berbuka puasa di Buffet Ramadan The Grand Campbell Hotel KL yang terletak di Jalan dang wangi.....
Buffet ramadhan di sini menampilkan citarasa Masakan Melayu yang pasti menambat hati korang...


Disini pelbagai jenis hidangan disediakan oleh chef Mohammad Nor yang mempunyai pengalaman selama lebih 41 tahun dalam dunia masakan....
Air tangannya memang superb kata orang.... Orang lama punya penangan kan....
Kalau korang memang tekak Melayu, AJ sarankan korang cuba juadah berbuka disini....
Memang puas hati....

Cakap banyak pun tak guna kan?
Jom AJ bawak korang tengok sendiri kepelbagaian juadah yang akan disediakan sepanjang Ramadhan di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur.


Ada tauhu Sumbat (my all time favorite), bergerdil ayam, pelbagai jenis kerabu seperti kerabu sotong dan kerabu betik, rojak buah, acar jelatah, cecah sambal belacan, budu, sambal tempoyak ataupun cencalok dengan pelbagai jenis ulam-ulam juga salad hijau yang segar....


Sekarang jom kita intai pulak lauk-pauk dia....
Yang ni memang betul-betul membuka selera.....
Yelah, walau rambut AJ ni kaler-kaler kan, selera melayu tak penah buat AJ rasa tak nak makan okay.....

Antara menu yang disediakan ialah, nasi putih

Nasi Beriyani

Lala Berlada
Mutton Masala
Ayam masak merah
Masak Lemak Cili Padi Daging Salai
Masak Lemak Ikan Masin Dengan Nenas
Asam Pedas Ikan Pari
Kailan Ikan Masin
Kangkung Goreng Belacan
Tiada dalam gambar :

Sambal Udang, Siakap 3 rasa...

Boleh dikatakan semua makanan kat sini menambat hati AJ okay...
Cukup segala rasa, ada yang pedas terangkat, ada yang buat nak tambah nasi 2 kali la pendek kata...
Hehehehhehehe....

Kat Buffet Ramadhan The Grand Campbell Hotel ni jugak ada menyediakan kuih-kuih tradisional, dodol, rojak buah-buahan dan juga pelbagai jeruk....
Fuhhhh... Bila tengok tang jeruk tu kan AJ memang terliur abis...
Apakan daya, AJ tak boleh makan jeruk...
Kalau akan jugak alamatnya sakit tekak dan batuk-batuklah AJ kejap lagi......


Lepas tu kan, ada bubur lambuk, sup ekor, bubur kacang hijau dengan durian dan juga noodle station yang menhidangkan mee kari ataupun mee sup...

Bubur kacang hijau dan durian

AJ paling suka bubur lambuk dia sebab dalam tu ada dimasukkan sayur-sayuran...
Yang AJ boleh nampak dan tau rasa ade pucuk paku, ada daun kunyit... =D


Dannnnn.... Tak sah rasanya berbuka puas kalau takde kambing golek kan???
Kat sini kambing golek dia dah siap dipotong-potong oleh chef...
So korang tinggal nak beratur aik je la... =D
Nak tengok kambing yang belum dipotong, kat luar dewan ada.... Hihihii...

Semua hidangan ni dilengkai dengan air sirap bandung dan soya selain air masak juga air panas.. =D

Kalau korang rasa tak nak makan dulu, ruangan solat ada disediakan di bahagian belakang dewan....

Okaylah rasanya dah banyak sangat AJ membebel ni....
Terliur korang kan tengok gambar makanan.??

Harga Buffet Ramadhan disini ialah :

RM65 (dewasa)RM35 (kanak-kanak)Ada promosi buy 10 free 1 lagi tau....

Untuk pengetahuan korang Dewan Bunga Raya ni boleh menempatkan 200 orang dalam 1 masa....


Sebarang tempahan hubungi :

Tel :
03-26941717019-6480454 (Shanie)017-6167895 (Zaid)

Website :


Alamat :

Campbell complex98 Jalan Dang Wangi50100 Kuala Lumpur(Tingkat 4 bersebelan Balai Polis Dang Wangi)

P/s : Lepas berbuka boleh terus shopping raya....

Tiada ulasan