Jom ke Johor Food Cultural & Craft Fest di Hotel Seri Pacific, PWTC KL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Siapa peminat makanan Johor kat sini...
Haaaa.... Kalau korang teringin nak merasa makanan Johor korang boleh ke Hotel Seri Pacific, PWTC KL bermula 18 - 27 Mei 2016 ini...

Bersempena sambutan Citrawarna Malaysia 2016, Hotel Seri Pacific dan Perlancongan Negeri Johor telah berkerjasama dalam mempromosikan "Johor Food Cultural & Craft Fest" di mana lebih 50 jenis menu dan makanan tradisional dari Negeri Johor dihidangkan dan disediakan oleh chef-chef berpengalaman yang berasal dari Negeri Johor sendiri...

Pada festival ini, pengunjung akan dihidangkan dengan makanan yang sukar didapati di luar negeri Johor dengan cara masakan yang masih mengekalkan keaslian dari segi rupa dan rasa makanan itu sendiri...
Antara masakan dan makanan yang dihidangkan di "Johor Food Cultural & Craft Fest" ialah :
Nasi Ayam Kuzi
Sotong Masuk Hitam
Sayur Rampai Masak Lemak Dengan Keledek
Tetel Lembu Masak Gulai Dengan Daun Kesum
Acar Rampai
Bubur Harisa
Laksa Johor

Bahulu Lapis Johor
Tembosa Daging
Bagi sesiapa yang merindui dan ingin rasa sendiri keaslian hidangan makanan Negeri Johor, jangan segan-segan untuk singgah di Hotel Seri Pacific bermula esok 18 Mei 2016 sehingga 27 Mei 2016 ini....
AJ yakin korang pasti akan teruja dengan segala jenis hidangan yang disediakan nanti.....
 

Oh ya, selain makanan terdapat pelbagai persembahan yang akan menghiburkan korang....
manalah tau ada yang nak berzapin pulak.....

Sebarang tempahan atau pertanyaan :

Tel : 03-40494351/4352 
Email : fbresv@seripacific.com

P/s : AJ paling suka laksa Johor, Nasi Ayam Kuzi dengan Sayur Rampai Masak Lemak Keledek tu! =D


Tiada ulasan