Quartet Kini Di Nu Sentral


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ingat tak Ketchup Blogger Run yang AJ pegi aritu???
Ahad lepas AJ join Maven Communication sekali lagi ke Majlis Pembukaan Rasmi Quartet di Nu Sentral, Kuala Lumpur...


Ye betul.... Quartet TTDI kini berada kat Nu Sentral okay....
Konsep Quartet Nu Sentral ni masih lagi sama...
Menghidangkan sandwich yang dibuat sendiri tapa bantuan mesin, ditambah dengan pelbagai jenis kopi dan kek sebagai pembuka selera.....
Kat sini lebih menekankan konsep take away dan delivery...
Bagi memudahkan korang, Quartet ada apps mereka sendiri....
So korang boleh order melalui apps dan hanya perlu datang collect makanan korang je...
Buat masa ni, Quartet menyediakan khidmat delivery dalam kawasan berradius 500 meter...
Korang yang berada di sekitara kawasan Nu Sentral, KL Sentral boleh request untuk delivery je.....
Senang kan??
Masa majlis pelancaran lepas kami berpeluang mengenali lebih dekat dengan Pemilik Quartet iaitu En Wandy, Pn Su dan Cik Azian ....
Banyak cerita yang dikongsikan dengan geng #kelabbloggerbenashaari dan team Ketchup....

Quartet ni agak tersorok sikitlah kedudukannya...
So kalau korang nak pegi, ianya terletak berdekatan dengan Fudge n Cream dan Secret Recipe...
1 level dengan Victoria Secret dan berdekatan dengan eskalator menuju ke KL Sentral...
Info AJ sertakan kat bawah....

Jom tengok gambar sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Quartet dan juga makanan yang dihidangkan...
Terima kasih sekali lagi kepada Team KetchUp dan Quartet atas kesudian menjemput kami....
Semoga bertambah success...

Info :

Quartet Nu Sentral
Level C, KL Sentral Link Bridge

Waktu Operasi : 8pagi - 10malam
Dibuka setiap hari
Tel : 03-2276 0360

Sedikit info Mengenai KetchUp Community :
Menurut Mr. Nicholas Pang, KetchUp Community ni mendapat namanya dari Tomato.....
Kenapa tomato???
"Setiap tomato ada sedikit berbeza, berlainan bentuk, jenis dan juga warnanya..
Sedikit perbezaan membuat kita lebih unik jika digabungkan...
Perhimpunan sosial KetchUp akan membawa semua "tomato" bersama-sama, menghargai setiap perbezaan dan mewujudkan keseronokan serta hubungan yang menarik!"

Maksudnya, kalau bergabung kita akan jadi lebih cantik dan kuat! =D
Unik kan?

Nak tau apa lagi acara menarik yang akan dianjurkan oleh mereka boleh klik link-link kat bawah okay...
P/s : Terbayang-bayang Tempala....
Sandwich Tempe best!

7 ulasan

  1. wah...best ni
    nnt nak naik komuter drp kl ,nk p sana la .must try ni.

    BalasPadam
  2. Sandwich dia terbaik!!! Air Crunchy Almond dia pon best! Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyang sangat makan sandwich dia kan...
      Coffee dia pun best!

      Padam
  3. Tak pernah terfikir nak makan tempe buat sandwich. Boleh laa try nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same la kitorang pun kak....
      Lepas try tu terus suka... sedap, lain pada lain...
      Ade sorang tu komen kat IG orang pun cakap sedap...

      Padam
  4. owh kat nu sentral. pasni leh la try kalau ke nu sentral

    BalasPadam