ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pretz n Beanz nama yang tak asing lagi dalam senarai F&B outlet kat Lembah Klang ni...
AJ selalu dengar kawan-kawan duk cerita pasal cafe ni tapi belum berkesempatan lagi nak jenguk....
Baru ni AJ dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari bersantai sambil menjamu selera kat outlet terbaru Pretz n Beanz yang terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar.
Outlet ni baru dilancarkan lebih kurang 2 minggu yang lepas... Masih fresh lagi tau...
Kalau korang biase dengan area Bangsar senang je nak cari cafe ni...
Terletak berdekatan dengan Maybank dan McDonalds je...
Nak lagi senang? Betul-betul berhadapan dengan La Bodega... =D
Nak bersantai sambil makan, AJ sarankan korang ke sini...
Kenapa?
Dekorasi dalam cafe ini sendiri memang cukup santai.....
Ruangnya yang luas dengan hiasan yang cukup simple buat rasa selesa.... =D
Dari segi makanan pulak, Pretz n Beanz bukan hanya menyediakan Pretzel semata-mata tapi mereka mengolah pretzel tu jadi hidangan lain pulak...
Contohnya macam Pretzel Pizza ni... Doh pizza tu diadun dari Pretzel membuatkan hidangan tu lebih lembut dan sedap....
Terdapat beberapa jenis pizza yang boleh korang pilih antaranya 2 jenis pizza yang kami sendiri cuba iaitu :
Quattro Fromaggi
Doh pretzel yang dilapisi dengan sos pizza, keju cheddar, keju mozzarella, keju monterey jack, krim keju dan ditambah pula dengan hirisan tomato segar...
Walaupun takde inti apa-apa atas pizza tu, tapi rasa dia memang enak sangat.....
Gila tak best?? Tak tengok pulak berapa jenis keju yang ada atas pizza tu kan??
Flammkuchen
Haaaa... Walaupun bunyi menunya macam kucing, tapi bukan pizza kucing ye kawan-kawan....
Pizza Flammkuchen ni ialah doh pretzel yang dilapisi dengan sour cream, hirisan bawang kuning keemasan, kepinagn daging dan keju mozarella....
Rasa? Memang empuk dan sedap!
Selain 2 jenis pizza ni korang boleh cuba pelbagai lagi pizza sepertio Al-Funghi, Prociutto E Funghi, Ala Caprese dan sebagainya...
Kalau terasa nak breakfast kat sini, jangan risauuu...
Hidangan sarapan pagi juga ade disediakan seperti Champignon Baked Egg ni...
Penggemar cendawan mesti suka sebab ianya dihasilkan dari egg baked bersama tomato, cendawan dan keju mozzarella dihidangkan dengan pretzel....
Juga kami dihidangkan dengan Continental Breakfast yang terdiri daripada roti bakar, omelette, sosej, chicken ham, hash browns dan mushroom...
Champignon Baked Egg |
Continental Breakfast |
Pasta juga boleh didapati di Pretz n Beanz ni antaranya Grilled Fish With Creamy Sauce..
AJ jamin yang korang takkan dapat pasta yang lemak berkrim macam kat sini di tempat lain.....
Masuk je dalam mulut terus terasa likatnya berkrim sos pasta tu....
Kalau korang dah lapar sangat pilihlah menu ni, memang kenyang weh....
Grilled Fish With Creamy Sauce |
Di Pretz n Beanz terdapat pelbagai jenis jus, ice blended, smoothie, milkshake dan juga kopi yang dikisar hanya apabila diorder oleh pelanggan....
Pilihan AJ?
Dah tentu Ice Blended Green Tea with Topping Cream!
Penggemar green tea sure tau green tea ni paling susah nak maintain rasa dia...
tapi kat sini green tea dia memang dalam kategori terbaik....
Rasa dia memang diadun sempurna, terasa pahit manis green tea tu okay...
Lepas tu pulak bab pencuci mulut diorang ade kek dan pastri yang lazat...
AJ cuba Volcano Chocolate Cake with Ice Cream...
Perghhhhhh... Melting gile bile kombinasi ice cream dengan coklat tu masuk dalam mulut okay!
AJ juga sempat rasa rainbow cake, black sesame mille crepe dan blueberry cheese cake....
Sweet tooth? Come over here! I'm guarantee craving satisfied punya....
Ni ada lagi 1 AJ nak bagitau...
Bab makan ni memang Melayu Muslim ni titikberatkan soal HALAL kan?
Jangan risau, Pretz n Beanz ni menyediakan hidangan yang halal dalam setiap ingredient makanan mereka...
Malahan diorang ade kilang pembuatan makanan sendiri yang terletak di Taman Medan dan merupakan salah 1 pengedar untuk MAB...
Kalau korang nak rasa sendiri hidangan di Pretz n Beanz @ Jalan Telawi 2, Bangsar kunjungi / lawati
Alamat :
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22019026
Facebook :
https://www.facebook.com/pretznbeanz
Email :
pretznbeanz@pretznbeanz.com
P/s : Kenyang perut, hati senang!
Tiada ulasan