ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Dah seminggu lebih AJ tak bersiaran....
Sepanjang minggu sudah AJ memang sibuk sangat...
Isnin lepas AJ patutnya cuti sebab abang sulung AJ yang kemalangan bulan lepas nak operate masukkan besi dekat tangan dia......
Tapi pagi Isnin tu AJ bukak fb dan nampak cousin AJ kat Singapore post cakap Pak Long AJ yang dah 18 tahun tak jumpa tu masuk ICU.....
AJ bagitau Abah, terus Abah menung panjang....
Yelah, dah lama dia tak jumpa abang dia since Pak Long AJ tu rakyat Singapore, dengar pulak dia masuk ICU lagilah dia menung....
AJ tanye nak pegi ke? AJ adelah sikit saving kalau dia nak pegi.....
Bile dia cakap ON je terus AJ kuarkan duit dan buatkan orang tua dan kakak AJ passport....
AJ sempat mesej boss bagitau AJ nak sambung cuti... Nasib boss AJ ok.....
Dalam pukul 6 petang settle hal passport diorang, terus AJ cari tiket keretapi...
Dapat tiket pukul 10.30 malam, balik buat passport terus bersiap, kemas beg segala...
Sampai JB sentral dalam pukul 7 pagi... Patutnya sampai awal sikit, tapi keretapi delay pulak malam tu....
Sampai sana AJ beli tiket Shutle ke Woodlands dan tukar duit pulak.... Nangis weh tengok nilai duit kite sekarang... =(
Sebelum masuk Singapore, AJ mesej dulu cousin AJ tanye arah kat sana sebab AJ tak on roaming...
Gile nak on roaming? Mahal gile rate dia... So AJ decide beli sim card je bile dah masuk sana.....
Sebelum pegi hospital jumpa Pak Long, kitorang singgah dulu rumah dia nak rehat, makan dan mandi semua sementara menunggu waktu melawat pukul 5 petang....
Sampai hospital, nasib kami tak berapa baik... Pak long kene pegi dialisis pulak...
Kalau ikutkan plan asal, kitorang akan balik KL malam tu jugak....
Hasil perbincangan dengan family AJ, kitorang decide tidur 1 malam dulu kat JB...
Kelam kabut AJ cari hotel.... Nasib semua boleh online je....
Kitorang tak tidur kat SG sebab kos kat sana agak besar, bajet pun tak berapa banyak....
Esoknya kitorang naik shuttle masuk balik SG...
Pastu dapat pulak mesej dari cousin AJ cakap Pak long kene buat immediate operation....
Kitorang terus bergegas pegi hospital... Tapi nasib masih tak menyebelahi bile naik je wad, nurse cakap Pak long baru je turun untuk operation....
Memang frust gile kitorang masa tu... Tapi nurse cakap kemungkinan operation habis pukul 1 lebih camtu... Itupun kalau takde pape..... Dalam hati kami berdoa je la semoga dapat melawat Pak long....
Alhamdulillah setelah beberapa jam tunggu, pak long masuk wad balik sebelum habis waktu melawat....
Nampak pak long, terus masing-masing berjurai airmata.....
Sedih sangat... Dah berbelas tahun tak jumpe lepas tu bile jumpe keadaan pak long tak sihat macam dulu.... =(
Tak tau nak cakap macam mane perasaan masa tu, airmata je yang keluar....
Nasib kat staff kat hospital tu boleh bertolak ansur, patutnya wakt melawat habis pukul 2pm, disebabkan pukul 1.40pm baru pak long masuk wad balik dan kitorang datang dari jauh dia bagi kitorang visit lame sikit....
Lepas habis melawat, terus kami keluar dari SG sebab kami kene balik KL malam tu jugak....
Kalau ikutkan hati, nak stay lama sikit kat situ tapi keadaan, masa dan kewangan pun tak berapa nak mengizinkan....
Semoga pak long cepat sihat.... Insyaallah, ade rezeki lebih kami datang lagi....
Trip kali ni memang agak kelam kabut, semua last minute tapi AJ berjaya manage semua....
Alhamdulilah.. Lepas rindu belasan tahun Abah....
P/s : Jumaat lepas dapat perkhabaran kaki pak long dah kene potong...
nangis dia mase call bagitau Abah... =(
Hope pak long tabah... =(
Tiada ulasan