Vitamin Blackmores Bio C 1000mg | Supplemen Terbaik AJ!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ memang bukan makhluk yang rajin nak amalkan pengambilan supplemen. Serius! Jarang AJ nak amalkan supplemen yang betul-betul dan teratur. Entah macam mana AJ boleh tersangkut pulak dengan Blackmores Bio C 1000mg ni.

Memang peneman kemana je... 1 botol kecik mesti ade dalam beg.. =D
Gambar ni masa mula-mula AJ consome vitamin ni...

Kisahnya macam ni, lebih kurang 2 bulan lepas kan. Kawan ofis AJ tunjuk gambar kawan dia, katenye kawan dia tu just amalkan Vitamin C ni je. Tapi dah lame la dia amalkan. Kulit dia pun memang cantik je jadinya.

Kalau dah namanya perempuan, mesti terpengaruh kan bile tengok result dia tu. AJ pun macam biase, terpengaruh jugaklah kan. AJ pun terus bukak Guardian E-Store. Kebetulan masa tu memang Vitamin C Blackmores ni tengah ade offer. Beli 2 botol besar, dapat percuma 1 botol kecik. Terus hakak sambar.

Masa memula makan, niatnya nak cantik lah! Walaupunnnnn... Krik krik krik.... 😂 Tapi lepas dah mula amalkan, dah nampak perubahan kat diri AJ. dDulu AJ ni kerap selsema, kalau bangun tidur atau pagi-pagi je mesti selsema. Kadang berlarutan sampai sehari selsema tu. Tapi since makan Blackmores Bio C 1000mg, memang AJ dah susah nak dapat selsema. Seingat AJ takde langsung kot!

Dari segi kulit pulak, tak banyak pun perubahannya. Nak kata jadi putih melepak tu tidak. Kulit AJ ni memang sawo matang. Memang idoklah putihnya Yop!

Tapi jerawat nakal dah tak datang bertandang! Yeayyyy!!! Kenapa jerawat nakal? AJ ni hanya naik jerawat pada masa-masa tertentu je especially kalau berpanas. Balik outdoor je confirm menternak lebih lagi tang dahi. Lepas tu kalau miss P nak datang pun ade je jerawat degil naik seketul dua. AJ pulak kadang jenis malas nak cuci mekap! Lagilah kadang tu naik jerawat kan..

Tapi sekarang AJ dah boleh senyum. Even balik berpanas dari Taman Negara aritu, lepas tu miss P datang jengah pun muka still relax je. Bebas jerawat!

So AJ suggest sapa yang ada masalah jerawat tu boleh cuba amalkan pengambilan Blackmores Bio C 1000mg ni! Tapi AJ tak pasti macam mana dengan mereka yang ada masalah jerawat kronik la ye. Kalau baca review pun, memang ramai akui keberkesanan Vitamin C ni untuk masalah jerawat.

Cara makan senang je.

Ambil sebiji setiap hari dengan makanan. Jangan makan time perut kosong. AJ selalunya ambil lepas sarapan pagi.

Oh ya, korang telan je vitamin tu tau. Jangan hisap okay, boleh kene ulser lidah nanti.

"Pengalaman AJ first time cuba, pegi hisap. Amik kau terus lidah ulser! Ade citrus kan Vitamin C ni. Tajam woo!"

Lepas tu banyakkan minum air masak! (To be truth, i don't do this!) Hahahahaha...

So apa tunggu lagi? Baca je ke? Apa kata korang pulak cuba amalkan. Mana tau serasi. Sebelum tu nak bagitau, kalau korang nak beli, rajin-rajinlah survey market okay. Beli time ade offer memang jimat. Tahan berbulan-bulan kot. Kalau takde offer tu cam agak mahal sikitlah.

Ni AJ sekarang (November 2018), masih amalkan pengambilan Vitamin Blackmores Bio C ni tapi dah culas! Hehehehehe...

Banyak soalan lazim yang AJ terima kebelakangan ni, so AJ edit sikit la kat sini ek. Kadang tak perasan korang komen tu. Maaf!

  • Kalau mengandung jangan amik Vitamin C ni sebab dose dia tinggi, lagipun bila mengandung elok ikut saranan doktor bab-bab supplemen ni. Mereka lebih arif. 😁

  • Period? So far AJ makan takde masalah pun. Period AJ still teratur macam biasa.

  • Sekiranya korang ada penyakit dan bergantung dengan ubat, contohnya sakit jantung, kencing manis atau apa sahaja jenis penyakit. Dapatkan dulu nasihat doktor sebelum nak consume pape.

Vitamin Blackmores Bio C ni ada 2 dose. Kalau korang tak yakin nak try 1000mg korang try dulu 500mg. Beza dia, AJ tak berapa pasti.


 P/s : Sajelah nak share... =D

54 ulasan

  1. ada jugak ambik vitamin c ni.. since pregnant stop jap sebab dose vitamin c ni kuat.. lepas pantang ler baru telan balik.. dah la baru beli 2 botol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni tak sesuai ngan ibu mengandung.....
      Takpe pas bersalin consume balik kalau sesuai..

      Padam
    2. salam nak tnya sy dh consume mkn vitamin c brand ni tp yg tulis health supplement. tapi sy dh almost 2 weeks xdtg period. knapa ye. mcm risau jgk.huhuh

      Padam
    3. Salam. maaf saya baru perasan. Kalau macam tu baik awak refer kat doktor. Mungkin awak ade masalah atau tak serasi ke. Saya pun tak pasti.

      Padam
  2. Maaf saya nak tanya yang ni telan ke apa ye

    BalasPadam
  3. Klo telan kena sekali dgan air ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... Macam kita amik ubat tu....
      Jangan hisap, sebab nanti cam lecur lidah...

      Padam
  4. Klu vitamin c 500 mg tu telan ke hisap ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telan jugak, jangan hisap nanti lecur pulak lidah. Hehehhehe.

      Padam
  5. Saya beli vitamin c blackmores yg for health n wellbeing. 500mg. Ok x tok jrawat?

    BalasPadam
  6. Vitamin ni xbagi naik berat badan ka.?😁

    BalasPadam
  7. saya pnya jerAwat keronik sgt agak agak elok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh awak, saya makan ni so far jerawat memang tak naik. Kalau yang kronik, Insyaallah boleh berkurangan. Tapi ikut sesuai ngan awak ke tidak jugak.

      Padam
    2. Klu ade jeragat leh ke mkn ni...boleh hilang ke

      Padam
  8. Kalau kencing manis...and on ubat...ley consume vit ni tak.

    BalasPadam
  9. Minum berkafein ad effect tak ? Sy penggemar coffee n teringin try vit C ni. Tq

    BalasPadam
  10. First time beli excited pegi kemam sekali rasa pelik x mcm vitamin c budak2 tu baru la tahu yg vitamin ni kena telan dengan air mcm makan ubat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik google..elok tgh kemam sebijik..knpa pelik rsa nya..skli trbaca komen ni..trus amk air..hahahahahaha..

      Padam
    2. Sama...saya siap dah banyak kali kemam vitamin nie...agaknya dah dekat 10 biji kot...patut laa bila saya kemam vitamin nie rasa nak termuntah...ada aroma pelik...aroma dia sebijik macam ada satu ubat dari hospital yg khas UTK ditelan...saya pun masih baru guna vitamin nie...nasib jumpa blog nie...kalau tak saya teruskan rutin kemam vitamin nie...asal nak makan fikir panjang membayangkan bertapa teruknya aromanya...wkwkwk...

      Padam
  11. Saya dah tersalah beli vit ni.. Terambil uang 500mg punya.. Takpe ke.. Effect dia sama ke atau lain???

    BalasPadam
  12. Sypn sama pengamal kafein cm mn ekk kata orng2 kafen menyerap ubt dn klu bolh jngn minu kafein

    BalasPadam
  13. time biler yer bgos tok mkn vitamin ni,mlm or siang

    BalasPadam
  14. Blackmores ni boleh putihkan kulit ke sis ...

    BalasPadam
  15. Selain telan Vitamin to Klw bancuh gn air suam bole tak sis.

    BalasPadam
  16. Selain telan Vitamin to Klw bancuh gn air suam bole tak sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bleh x mnum mcm tu tkut la telan pil

      Padam
  17. Bleh x kita hncurkn vit c tablet tu bancuh dgn air dn minum bleh x

    BalasPadam
  18. Bleh x hancurkan tablet tu dn bncuh dgn air sbab tkut telan2 ni

    BalasPadam
  19. Try pulak mcm sya buat ,vitamin bio c 1000mg mkn 2 kali, pastu fish oil ,mkn 2 kali ,n vitamin e 500 mkn sekali, jgn lupa amalkn air putih 2/3 liter sehari ,sumpah kulit berubah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berani nak consume banyak-banyak pulak... Hehehehheh...
      1 tu pun dah okay dah....

      Padam
    2. Sis, setiap orang maximum consume vitamin c hanya 2000mg sahaja setiap hari, itu pun akan ada kesan sampingan seperti cirit birit dan sebagainya

      Padam
    3. Ini kalau nak cantikkan kulit terus nie...saya memang percaya ianya berkesan sebab saya pun ada buat sikit laa research sendiri...kalau nak kulit cantik bebas jerawat kena amalkan vitamin C, vitamin E dan fish Oil... telan besar belanja laa sikit...tapi utk diri sendiri tiada masalah kan...kalau dah penat2 bekerja tak salah nak rewards diri sendiri dgn suplemen penjagaan kulit dan kesihatan tubuh badan...

      Padam
  20. Apa beza yg helthy supplmnt dgn yg ni?

    BalasPadam
  21. Vitamin bio c memang bagus sangat

    BalasPadam
  22. Bile stat amalkan... Lama x hasil utk nmpk perubahan?

    BalasPadam
  23. Assalam nak tanya...mcm ada gastric n csyst bole Co sume ke vit bio c ni..

    BalasPadam
  24. kalau masalah jeragat boleh hilang tak?

    BalasPadam
  25. Tuan2 dan puan², vitamin c adalah sejenis antioksidan.

    Vitamin C seeloknya makan dalam dos yang sedikit 500 mg ke bawah dalam satu-satu masa. Tubuh manusia tak boleh serap Vitamin C dalam dos yang banyak sekaligus.

    Seeloknya amalkan makan Vitamin C jenis slow release atau sustained release supaya Vitamin C yang kita ambil tu diserap dengan baik. Vitamin C jenis slow release atau sustained release lebih baik diambil sebelum tidur kerana Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat bergantung pada jenama. Ada yang keluar secara berperingkat dalam masa 5 jam, ada yang keluar secara berperingkat dalam masa 8 jam. Dalam masa 5 jam atau 8 jam (bergantung pada jenama) jangan minum caffeine.

    BalasPadam
  26. Patut la lidah i kna ulser lps mkn sbb isap je.. Lps ni trus telan je la. Tq info

    BalasPadam
  27. Assalam nak tnya..utk ibu mnyusu sesuai vit bio c ni?

    BalasPadam
  28. Kalau ada pengambilan pil perancang boleh mkan tak?

    BalasPadam
  29. untuk pertama kali minum perut sakit tak ?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum klau ade diabetes boleh ke untuk stabilkan gula dlm darah tu.....

    BalasPadam
  31. Saya tak pernah pun makan vitamin bio c ni..di Sebb kan pelik tgk badan saya ni asyik lebam lebam je..suami saran saya makan vitamin bio c ni..apa kah disbb kan lebam to..saya ni kekurangan vitamin c ke..sekadar bertanya

    BalasPadam
  32. Yg ada masalah fabriod blh boleh ke ambil vitamin bio c ni?

    BalasPadam