Teaser : Trip Ke Sungai Lembing, Kuantan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ sempat gi short trip 3 hari 2 malam kat Sungai Lembing, Kuantan..
Ini pun last minute plan sebenarnya...
Seminggu sebelum trip AJ dapat mesej dari Devi.... Dia la mastermind trip ni... Hahahhaha...
AJ pun memang takde plan on that weekend, yelah cuti Thaipusam kan...
Selain AJ dan Devi, sorang lagi kawan Devi pun join... Zue nama dia... =D


Day 1

Kitorang bertolak dari KL hari Ahad, 24 Januari....
Perjalanan amik masa lebih kurang 3 jam kot.....
AJ pun tak sure since masuk je Bentong AJ dah terlelap sepanjang perjalanan sampailah ke Sungai Lembing.... Hahahahahha...


Sampai je pintu gerbang Sungai Lembing kitorang bergambar la dulu....
Kate pelancong kannn... Hihihihi...
Awalnya nak check in dulu, tapi bile call owner cakap bilik tak ready lagi...
So takpelah, kitorang pegi lunch dulu kat sana dan pusng-pusing kawasan sekitar...
Sempatlah masuk Muzium Sungai Lembing dan Lombong Bijih Timah Tin Mines....

Day 2

Seawal 5 pagi dah bangun sebab nak get ready ke Rainbow Waterfall or bahasa melayu nya Air Terjun Pelangi... Hihihihih....
Nak ke sini memang kene naik 4WD tau... Naik kereta sendiri boleh jugak... Tapi syaratnya kereta korang tu 4WD la ye.... =D
Selesai breakfast dalam pukul 6 pagi kitorang bertolak ke sana,,,,
Dalam lebih 2 jam jugak la perjalanan... Sejam naik 4WD, sejam berjalan masuk...


Sebelah petang pulak kitorang pusing lagi Sungai Lembing, bergambar kenangan dan melawat Jambatan Gantung Kolong Pahat..
Dikhabarkan jambatan gantung ni berusia lebih 100 tahun.....


Day 3

Hari terakhir trip kitorang...
Still bangun seawal 5 pagi untuk mendaki Bukit Panorama....
Pagi tu pulak cuaca tak berapa nak cantik... Hujan dari malam...
Tapi gigih jugak kami naik Panorama Hill tu...


Kitorang naik 7 orang... Masa kat capsule berjumpa pulak dengan 4 orang yang ade minat sama...
So kitorang plan mendaki sesama la..
The more the merrier kan... =D
Seriously mendaki Panorama Hill tu agak mencabar mental AJ yang dah lama tak hiking ni....
Dalam 45 minit jugaklah nak sampai ke puncak...

Sebelum gerak balik KL, kitorang singgah kejap kat Gua Charas...
Tapi sekadar bergambar kat luar je.....
Cuaca pun tak berapa okay, so malas lah kitorang nak masuk dalam tu...
Amik gambar pun jadilah kan..... Hhehehe...


Then tamatlah trip kitorang...
Memang best sangat! Rasa macam dah taknak balik KL okay....
Next entry AJ cerita lagi secara detail trip kitorang ni ye...
Tau ade yang tak sabar nak tunggu entri tempat AJ stay tu kan???
Tunggu tau!

P/s : Pestime kot join Girl's Trip!


13 ulasan

  1. Bestnyaaa.. Huhhh..kena tunggu anak besar baru boleh p sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best kt sini....
      Kalau bawak budak boleh tapi aktiviti terhad la....

      Padam
  2. Omgeeeee bestnya walaupun cuaca tak baik. Tapi pengalaman hiking tu best kan? Bestnya kalau de geng satu kepala camni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat... Aritu akk tak teringat pulak nak ajak TY...
      Plan nye nak gi 4 orang, lagi jimat kos...
      next akk ajak ek...

      Padam
  3. Ayue... osemnya tempat ni.. dah lama planning nak g.. anak2 sila balik umah mamatok mama papa nak g honeymoon situ.. ehhh hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehhehe... Bahaya kalau honeymoon...
      Tau-tau nanti ade lagi hero sorang.... =P
      Sini best buat outdoor..

      Padam
  4. terbaik ah. p air terjun pelangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. Tapi mase pegi pelangi memalu...
      hihihiih..

      Padam