Review : Chowrasta | Mesti Tengok!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

November lepas AJ berpeluang turut serta untuk Pra-tonton filem Chowrasta bertempat di GSC, Nu Sentral...

Filem yang dibintangi wajah baru Chem Amar, Nur Risteena dan juga pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi ini diinspirasikan dari kisah benar....



Chowrasta merupakan filem terbaru ke 38 arahan pengarah yang tidak asing lagi Dato' Profesor A. Razak Mohaideen dengan terbitan bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Studio Sdn Bhd ini diadaptasikan dari nashkah semi-biografi naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang berjudul "Mencorak Destini" berkisar mengenai perjuangan dalam memertabatkan bangsa Melayu....


Dato' Profesor A. Razak Mohaideen

Filem berlatarbelakangkan tahun 60'an dan 70'an ini penuh dengan adegan aksi, komedi, romantis dan juga sedih (sila bawak tisu!)... Terselit juga sedikit muzikal Bollywood yang AJ rasa macam trademark dalam kebanyakan filem Dato' Profesor A. Razak Mohaideen... =D

Cerita ini banyak mesej yang diterapkan mengenai perjuangan dan perjalanan hidup seorang lelaki dalam mengubah nasib anak bangsanya....




Sinopsis Chowrasta

Mengisahkan perjalanan hidup Hamid, pemuda Melayu yang miskin dan sering dihina bersama ibu dan juga adik-beradiknya di Hutton Road, Pulau Pinang...
Lantaran kemisninan, Hamid sering dicerca, lantaran itu Hamid menyertai seni mempertahankan diri Muay Thai dari kecil. Kegigihan Hamid telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi dan digeruni oleh pihak lawan.

Selain bertarung di gelanggang, Hamid menyertai kongsi gelap yang diketuai oleh bapa saudaranya Pak Ngah Don insan yang sering membela nasib Hamid serta mula berjinak dengan kelab malam....
Malahan Hamid juga mula rapat dengan seorang penyanyi kelab malam iaitu Zaharah...

Konflik demi konflik telah berlaku dalam hidup Hamid...
Pak Ngah Don yang tak mahu Hamid menjadi seperti dirinya telah menasihati Hamid untuk melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam....
Dia tak mahu Hamid terus dicerca dan mahu Hamid membuktikan anak Melayu mampu mengubah nasib dirinya serta anak bangsa yang lain...

Di ITM, Hamid telah berjaya membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berguna malahan disitu juga Hamid telah menemui cinta hatinya, Hanizah....
Walaupun bergelar seorang pelajar, kemiskinan membuatkan kerja sambilan bagi membantu meringankan beban ibunya di kampung menyebabkan dia gagal menumpukan perhatian dalam pelajaran dan disingkirkan dari ITM....
Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta....
Pada masa yang sama, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila beliau dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya Jali...

Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakunya 1 pertarungan sengit...

Hamid kemudiannya diberi peluang kedua apabila Miss Tan, pensyarahnya sanggup membiayai kos pengajian Hamid... Bermula dari itu Hamid bertekad ingin mengubah kehidupannya dan anak bangsanya tanpa menoleh ke belakang lagi....


Untuk mengetahui plot cerita dengan lebih lanjut, AJ sarankan korang sendiri tengok cerita ini.

Filem yang menelan belanja sekitar RM 2 juta ni merupakan sebuah biografi yang menyuntik semangat Melayu.

Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UiTM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa...

Yang paling menarik filem ini mendapat pengikhtirafan dalam Malaysia Book of Records selepas mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana awal Jun lalu..


Antara barisan pelakon Chowrasta




Datuk Rosyam Nor sebagai Pak Ngah Don


Nora Danish sebagai Hanizah

Chem Amar sebagai Hamid


Bagi AJ memang tak rugi kalau nak menonton filem ini...
AJ pun nak repeat balik tonton cerita ni dengan Mr.JR dan kawan-kawan lain....
Best sangat! Dah lama jugak rasanya tak tengok cerita Melayu yang sarat dengan mesej macam ni..

Chowrasta bakal mengegarkan lebih 60 pawagam di seluruh Malaysia bermula esok, 3 Disember 2015...

Tengok tau! Jangan tak tengok sebagai tanda sokongan kita terhadap industri filem Melayu... =D

P/s : AJ bagi 4.8 bintang!...

4 ulasan

  1. okey, insya-Allah, macam berminat nak tgk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene tengok...
      Cerita ni memang bagus...
      Great job untuk UiTM yang first time buat filem.. =D

      Padam
  2. hadiah tuk Alumni Uitm.... yuhuuuu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Prof Razak sendiri kate... =D
      So apalagi... Jom tengok!

      Padam