Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sabtu lepas bertempat kat Hotel De Palma Ampang, AJ berkesempatan join Bengkel Stylo Wawa Idris bersama Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertemakan Smart Santai.....
Ini merupakan pertama kali AJ join bengkel pembentukan imej yang telah di"conduct" oleh Puan Wawa Idris seorang perunding imej yang sangat dikenali....

Siapa Wawa Idris?



Wawa Idris merupakan seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah serta berpengalaman dalam mengenddalikan kursus dan seminar berkaitan pembentukan imej dan penjenamaan (personal branding)

Kepakaran Wawa Idris dalam tranformasi imej telah banyak diguna pakai oleh syarikat dan individu. Selain ketrampilan, beliau juga mengendalikan kursus berkenaan Komunikasi dan Protokol.
Menggunakan tagline Wow Attitude Wow Attire, beliau memiliki Master Degress dalam Komunikasi Korporat, menuntut Diploma di Style Coach Institute di London dan berpengalaman melebihi sedekad dalam bidang korporat dan Public Relation (PR).

Dalam Bengkel Style Wawa Idris ni kan banyak yang AJ belajar segalanya mengenai imej dan ketrampilan kita....
 Bagaimana cara untuk berpakaian mengikut kesesuaian majlis mengikut personaliti dan juga bentuk badan kita...
Selama ni AJ main belasah je ape AJ nak pakai.... Hehehehhehe.....
 Rupanya nak menampilkan imej kita ni taklah susah sangat..
Paling penting kita kena tau personaliti dan juga bentuk tubuh kita dengan lebih baik..... =D

Meh AJ nak share serba sedikit apa yang telah kami pelajari dari Bengkel Stylo ni....

1. ABC / SELFIE

A - Appearance (Penampilan)
B - Behavior (Kelakuan)    
C - Communication (Komunikasi)

Tau ke tidak setiap penampilan, kelakuan dan komunikasi kita menggambarkan siapa kita sebenarnya?
Dan first impression iaitu tanggapan pertama itu merupakan last impression orang lain terhadap kita?
Sebab tu ABC ni sangat penting dalam sebab dalam apa sahaja pertemuan segalanya mengenai kita diperhatikan....
Korang nak ke orang ingat korang dengan perkara yang tak berapa semenggah?
Mestilah tak nak kan?
So memang pentingnya kita menjaga penampilan, kelakuan dan cara kita berkomunikasi...

Caranya senang je... Kite SELFIE!

S -Stop comparing yourself
E - External perspective
L - List your awesome traits
F - Focus on achievement
I - Inner self
E - Embrace yourself



     
2. Personaliti


Terdapat 4 personaliti yang berbeza dalam imej dan cara kita berpakaian iaitu :

* Sporty / Natural
* Romantic
* Classic / Elegant
* Dramatic

Cara nak ketahui personaliti kita, setiap orang dalam bengkel perlu membuat ujian personaliti dengan menjawab beberapa soalan....
Dari situ, kami tau personaliti masing-masing....

Korang rasa AJ ape??? Hehehehheheheh.....
Yes right : DRAMATIC as always... =P
Ciri-ciri dia?? Tengoklah AJ pun macam mana kan.....


3. TOP

    T - Time (Masa)
O - Occasion (Majlis)
P - Place (Tempat)   

Haaaa.... Ini bukan iklan sabun TOP tau.... =D 
TOP perlu dititikberatkan oleh kita semua dalam membentuk imej...
Kita kena bijak memastikan apa yang kita pakai bersesuaian dengan masa, majlis dan tempat.....
    Kalau tersalah pilihan kita akan nampak janggal, silap-silap nampak selekeh dan mencacatkan tanggapan orang terhadap kita...
Nak ke macam tu?
   
4. Body Shape (Oh My Body!)

Tak semua pakaian dan corak bersesuaian dengan bentuk tubuh kita....
Lain orang, lain bentuk badannya... Tak semestinya apa yang nampak cantik dipakai, cantik pada tubuh kita....
 Oleh itu penting untuk kita kenali bentuk badan dan fizikal kita sama ada kita berbentuk
H, X, V, A atau O...

Gigih geng-geng KBBA mengukur nak dapatkan body shape & body type memasing.... =D

5. Aktiviti Mix & Match

Ini aktiviti yang paling AJ suka....
Setiap peserta bengkel diminta membawa 2 persalinan untuk dipadankan dengan personaliti dan aksesori....
Melalui aktiviti ini, peserta lebih peka dalam mengetahui apa yang kena dan tidak dalam penampilan dan imej....

 
 Okaylah, AJ rase takde lagi ilmu yang kitorang belajar aritu tertinggal....
Kalau nak tau lebih lanjut lagi, apa kata korang join Bengkel Stylo Wawa Idris....
AJ gerenti korang takkan rasa rugi dan seronok dalam bengkel tu...
Celoteh Wawa Idris, insyaallah takkan membuatkan korang bosan dan kering gusi.....
Kalau diberi peluang, AJ memang nak join lagi.... =D
 
Kat sini AJ juga nak amik kesempatan mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan event ni dan juga para sponsor yang bermurah hati menaja cenderahati dan hadiah buat peserta Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama KBBA.....

Dan juga sekalung Tahniah buat para peserta yang menang lucky draw serta mereka yang dinobatkan sebagai pemenang Best Dress kategori lelaki dan wanita....

Photography by Uncle Kay Photography 
 Cinematography by Kaio Studio 
Butik Chemboja
Salees Food
Mbh MediSpa
Ratu Jannah & Raja Jannah
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan

Info : 

Instagram : @WawaIdris_ImejPatik 
Website : www.wawaidris.imejpatik.com


WOW Virtue Training & Image Consultant
Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara Keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 /  +603.2116.9619 
Fax: +603.2116.5999


Okay, jom tengok lagi gambar....
Kredit buat photographer dan juga rakan-rakan KBBA yang sudi share gambar sekitar Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari!





Pemenang Best Dress Lelaki : Najeeb dan PCL 

 
Pemenang Best Dress Perempuan : AJ dan Mar 
 
Group photooo!!!


P/s : Bengkel yang bermanfaat untuk semua... =D
 

4 ulasan

  1. Memang best! Teringin nak pergi lagi

    BalasPadam
  2. phew..
    ilmu yang best nie.
    mmg rugi sangat ler kalau x join kelas personaliti mcm nie,
    sampai sudah tak berkembang nnti

    BalasPadam
  3. memang terbaik...dah boleh belajar cara pemilihan baju yang betul

    BalasPadam
  4. Tahniah, u won the best dressed award

    BalasPadam