ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
29 April lepas AJ berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Skyrides Festivals Park yang bertempat di Putrajaya.
Terletak bersebelahan Monumen Alaf Baru, taman tema kekeluargaan Skyrides Festivals Park Putrajaya (Skyrides) telah dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar negara pada 1 Mei yang lepas.
Ianya beroperasi sepanjang tahun dari jam 10 pagi sehingga ke 10 malam.
Majlis perasmian Skyrides ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Taman tema ini bakal menjadi destinasi pelancongan ikonik terbaru dalam kempen pelancongan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015.
Di Skyrides pengunjung berpeluang menikmati keseronokan berada di awangan berketinggian 120 meter dengan menaiki Skyrides Balloon, sebuah belon helium yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Di dalam gondola belon, anda boleh menikmati 360 darjah pemandangan indah dan melihat keunikan senibina bangunan serta landskap di sekitar bandaraya pintar Putrajaya!
Skyrides menjanjikan pemandangan yang menakjubkan yang berlatarbelakangkan lampu yang berkilauan pada waktu malam.
Skyrides memiliki rekabentuk dan struktur yang kukuh dengan sistem takal berpaten dikendalikan oleh juru pandu yang terlatih dan berkelayakan serta merupakan satu-satunya belon helium bertambat atas air di dunia.
Selain menaiki Skyrides Balloon, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain di Skyrides Festivals Park seperti SkyWarrior Rainforest Challange bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, Skykids sebuah galeri khas untuk kanak-kanak bermain sambil belajar, SkyGallery dan SkyDemo bagi mereka yang meminati kesenian dan kraftangan, dimana orang ramai boleh belajar membuat rekaan seni sendiri yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.
Bagi mereka yang meminati hiburan muzikal bolehlah berkunjung ke SkyStage, hilang juga lelah setelah seharian bekerja..
Dah berhibur pasti perut minta diisi kan?
Di SkyTaste terdapat gerai-gerai makanan yang menhidangkan pelbagai juadah untuk seisi keluarga....
Tak lupa juga SkyCruise yang menawarkan pengalaman manis menyusuri Tasik Putrajaya.

Pic taken via drone

Pemandangan 360 darjah sekitar Putrajaya dari ketinggian 120 meter atas udara

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyasarkan Skyrides antara penyumbang bagi MyFEST 2015 iaitu 29.4 juta orang bagi ketibaan pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM89 billion.
Jom beramai-ramai kunjungi dan jadikan Skyrides Festivals Park Putrajaya sebagai destinasi percutian dan riadah sekeluarga....
AJ memang rekomen sangat tau.. Sesuai sangat kalau nak bawak sekeluarga tak kira peringkat umur....
Oh ya, masuk adalah PERCUMA!
Caj hanya dikenakan untuk menaiki Skyrides Balloon dan SkyWarrior sahaja....
Info lanjut boleh layari :
Website : www.skyridesfestivals.com
atau
Facebook : skyridesfestivals
Jom tengok lagi sekitar Majlis Pelancaran dan juga kawasan Skyrides Festivals Park dari lensa AJ...
Kredit to Mr. JR
Kalau tak puas tengok gambar, apa kata korang alami sendiri....
AJ pasti , tak rugi punya.. =D
P/s : Best sangat, nak pulak bila waktu malam.....
Terang benderang nampak dari atas belon tu... =D
menarik ni kalau dapat naik n snap gambo putrajaya dari udara..
BalasPadambertambah lagi xtvtv di putrajaya.
meriah.
Kalau time naik tu angin sepoi2 bahasa lagi best...
PadamHhehehehhehe....
masa naik aritu, angin agak kuat, tapi okay je.....