Catatan Hari ke 365 | 2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Pejam celik, pejam celik kita dah berada di hari yang 365, hari terakhir dalam tahun 2014....
Banyak suka dan duka sepanjang 2014 ni...
Macam tahun sebelum-sebelum ni ade cerita gembira, cerita sedih, cerita yang best, cerita yang tak berapa best dan sebagainya.....
Biasalah kan... Lumrah kehidupan.... Tak semua berjalan seperti yang kita harapkan.... =D



Perkara yang baik sepanjang tahun 2014 ni, kita amik jadikan tauladan....
Dan mana yang tak berapa nak baik kita amik jadikan teladan dalam memperbaiki diri untuk tahun seterusnya....

Tahun 2014..... Ape ek yang AJ tak dapat capai???
Rasanya takde ape pun....
Azam tahun ni pun takde rasanya...  Hahahhahahha....
*Ini cerita seriuuussss... =P*

So untuk tahun depan, AJ rase nak set 1 azam....
Or 2, or 3... Tengoklah macam mana... =P
Tapi azam tu takdelah menyusahkan pun.... Yang biase-biase...
Apa azamnya, malam ni AJ fikir...... Hahahhahah...
Tahun 2015 nanti AJ reveal... Haaaa... Gitew... =P

Okaylah.....
Buat semua rakan-rakan yang membaca entri ini..
AJ nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015...
Semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.... =D

P/s : Hari ni balik pukul 12.30 tengah hari!!!
Yehaaaaaa... I lap u ofis.. =P

Baca Selanjutnya »

WW #55 : Opssss...... S.T.A.L.K.E.R!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ohhhhhhhhh my dear....
Please get a life..... Takde keje lain ek???
This picture was specially copy just for you! =D
Keep it in your mind okay?

Xoxo,
~ME~


P/s : Indeed...
Hahahhhahahahhah... =P


Baca Selanjutnya »

Travelog AJ | 4 Hari 3 Malam Pulau Pangkor..

ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


*AWAS! Entri panjang berjela-jela*

22 November - 25 November 2014, AJ bercuti di Pulau Pangkor.....
Dah sebulan berlalu... Cerita masuk kategori hampir nak basi....
Tapi... masih segar diingatan AJ... Ecewahhh... Macam bercuti kat Paris pulak gayanya kan... =P
Mintak mangap laaaaa.... Busy sikitlah start balik dari bercuti aritu, sampailah ke harini....
AJ ke Pulau Pangkor bukan sorang atau berdua...
AJ pegi bersembilan..... Dah alang-alang kawan pun nak bawak anak bercuti...
Joinlah sekaki... =D

Sepanjang di Pulau Pangkor, kami menetap di apartment 3 bilik di Coral Bay Resort.....
Harga keseluruhan apartment tu RM 750 untuk 4 hari 3 malam tu.....
Kami menyewa direct dengan tuan rumah.... So harga yang ditawarkan juga berpatutan...
Memang pendek kata murah gila lah!
Hari pertama, takde aktiviti sangat yang kami buat....
Selain daripada merehatkan minda dan badan serta MAKAN!!!
Lepas tu lepak-lepak kat lobby... gunakan khidmat Wifi... Hahahahha...
Memasing jimat data nampak... =P

Hari kedua, kami breakfast di gerai berhampiran..
Tapi AJ tak recommend korang makan di gerai tepi apartment tu....
Harganya agak mahal untuk sepinggan nasi lemak......
AJ suggest korang breakfast je dekat cafe Coral Bay Resort tu.... Lagi puas hati...
Eat all u want, what u can cite dia dengan 1 harga.... Lagi berbaloi...

Selepas makan kami terus pegi Island Hopping....
Harga sebuah boat untuk pusing pulau-pulau di Pulau Pangkor RM 150, sewa goggle untuk snorkeling  RM 10 setiap satu... Terpulanglah pada korang nak sewa berapa....
Lepas island tour tu, boatman tu tinggalkan kami untuk snorkeling di Teluk Man....
Dalam 2 jam gitu kami snorkeling, berendam bagai... Dah puas berendam baru boatman amik...
Sebelum naik apartment, terjun kolam dulu! Hahahahhaa.....
Gambar sebelum Island Hopping.....  
Malam pula kami berjalan di sekitar resort dan makan malam di cafe Sandy Resort, sambil amik angin tepi pantai.... =D
Makanan kat situ okaylah... Not so bad!

Hari ketiga, pagi tu kami bantai mandi kat laut sampailah matahari dah tinggi.....
Mak budak, bapak budak, abang, kakak budak semua dah macam budak-budak duk main pasir.....
Tanam orang, bina istana pasir bagai....
Entah apa rupa istana pasir kitorang tu, korang tengoklah sendiri.... Hahahhahha...
Cantik tak istana pasir kitorang???
Tak tau la ini istana ke istanah! Hahahahah...

We're having fun! Lupa urusan lain sekejap tau....

Lepas tu sambung sekejap mandi kolam dekat apartment tu...
Masa kat kolam, hujan tak menghalang kami berjimba-jimba kat situ....
Macam takde ape je mandi kolam.....

Petang sikit, kami pusing-pusing pulau.. Caj untuk pusing sekitar pulau RM 80...
Ini memang harga standart untuk caj van persiaran disana...
Tapi kalau kita pandai tawar menawar dapatlah jimat RM 10....
Kalau kita pusing-pusing naik van, kita akan dibawa ke Kota Belanda, kilang pemprosesan makanan laut, tokong besar di Pulau Pangkor (My bad, AJ lupa nama temple tu), tempat membuat bot/kapal laut dan sebagainya.....
Kota Belanda

Temple .......... (Tak ingat nama)

Cik puan tanah memborong hasil makanan laut....
Sakan!

Masa kitorang pusing pulau, cuaca tak begitu baik.... Kami terpaksa meredah hujan.....
Walaupun hujan, jalan tetap jalan.... Hahahhahhhahah... =P
Dah puas pusing pulau, kami singgah makan kat restoran bersebelahan Coral Bay Resort tu....
Niat hati nak makan kat kedai Siam di Teluk Nipah, tapi takde rezeki kami....
Kedai tu tutup pulak..... =(

Hari keempat, hurmmm... Dah tiba masa nak balik.....
Berat je hati sungguh nak tinggalkan Pulau Pangkor.... Huhuhuhu...
Pagi macam biase masing-masing turun berendam dalam kolam....
Yelah jap-jap lagi dah nak balik.... Inilah saat-saat terakhir nak manfaatkan kat Pulau Pangkor tu kan...
Dah habis mandi.... Packing barang, check out dan amik van ke jeti....
Caj untuk van ke jeti RM 10...
Sampai pekan, shopping sikit lagi hasil laut Pulau Pangkor....
Semalam tu tak puas menyopping kau.. Hahahahah..... =P
Masa nak balik tu sempatlah terserempak dengan Ewal, Nuha dan Azwan AF.....
Tapi tak dan nak selfie sebab AJ dah nak naik bot.....

Nah pic yang AJ sempat snap buat tatapan korang.....

So tamatlah percutian 4 hari 3 malam AJ di Pulau Pangkor.....
Next, ade lagi destinasi yang kami singgah...
Nak tau ape, next entry okay... =D

P/s : Amik entri panjang meleret kau....
Hahahhhhahaha....

Baca Selanjutnya »

Bloggers Day Out | Klang Parade


 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sabtu, 13 Disember lepas AJ dan lebih kurang 30 orang blogger sempat meluangkan masa berjimba-jimba di Bloggers Day Out kat Klang Parade yang terletak di Jalan Meru, Klang.....
Klang Parade merupakan salah satu pusat membeli belah yang dah lama bertapak di bumi Klang...
Pada Jun 2013, Klang Parade telah menaiktaraf struktur bangunan dengan lebih moden...
Kerja menaiktaraf ini telah dilakukan sendiri oleh pemilik banguan iaitu ARA Asset Management Limited.
Bersempena perasmian wajah baru Klang Parade, kami telah dijemput untuk menjalankan aktiviti kat sana.....
Wahhhhh... Terpegun AJ dengan wajah baru Klang Parade yang lebih moden dan canggih...!
 
Pendaftaran bermula seawal 4 petang...
Selepas mendaftar kami dibawa ke Firezone Family KTV tetapi sebelum itu, kami dihiburkan dengan persembahan kejutan (macam AF gitu....) dari the Rejuvenate Dance Crew dari rancangan 8TV showdown dan Astro Battleground di Peanut Butter Studio...
Enjoy sangat dengan persembahan diorang.... First time tengok secara live! =D
Kat Firezone Family KTV, baru AJ tau rupanya ramai juga blogger yang ade bakat terpendam dan terpadam ni..... Hahahhahaha.....
Yang nampak senyap je pun taknak kalah... Sekali menyanyi... W.O.W!!!

 
Dah puas berkaraoke, kami dibawa ke arcade Circus-Circus!!!
Yeayyyyy!!!! Sape yang tak seronok kalau ke arcade kan?
Setiap seorang blogger diberikan 10 token... Time ni semua dah macam kanak-kanak ribena dah.....
AJ pun sama naik lah.. Tak padan dengan dah 28 tahun... Kihkihkih.....

 Dah ber"sukan" di Circus-Circus arcade, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk acara "Amazing Blogger Hunt"....
Dalam acara ini setiap kumpulan dibawa ke kedai-kedai terpilih didalam Klang Parade...

First, kumpulan AJ dibawa ke Spices of Penang untuk food-tasting....
Kami dihidangkan dengan Rojak dan ABC tak lupa juga french fries....
Kat situ kami sempat bertemu dengan pemilik Restoran iaitu Mr. Richard dengan penerangan lebih lanjut mengenai restoran dan hidangan lain yang disediakan....

Persinggahan kedua, kami dibawa ke kedai yang paling AJ suka....
Kedai kasut Red Modani!!! Nak gila sekejap bila tengok kasut-kasut dengan design terbaru kat situ......
Rasa nak memborong sekali semua.....
Sempat jugalah AJ sarung 2-3 pasang kasut.... =D
Dan persinggahan ketiga, kami dibawa pula ke butik pakaian Dees.....
Bagi mereka yang gilakan fesyen-fesyen terkini, butik Dees menyediakan banyak pilihan pakaian yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat usia.....
Ehemmm... Sekarang ni tengah sale.... Bolehlah singgah ke Klang Parade tu....
tak rugi.....

Dan akhir sekali kitorang makan pula di Food Court yang terdapat kat Klang Parade....
Kalau nak tau food court ini dibahagikan kepada dua bahagian....
Makanan halal dan tidak halal bagi keselesaan para pengunjung....
So korang tak perlu risau pasal status halal sesebuah kiosk makanan kerana ianya tidak bercampur....


Perut pun dah kenyang, hati pun dah senang....
Sebelum balik, kami diberi peluang beramah mesra dengan karakter kartun kesayangan ramai "Upin dan Ipin"...
Terhibur kami dengan keletah nakal si Upin Ipin ni....
Sampai ade yang tak nak balik... Hehehehheheh.......

Lebih kurang pukul 8 malam, selesailah sesi jelajah Bloggers Day Out di Klang Parade....
Pastinya sesi ini akan menjadi salah satu sesi yang mencetuskan memori manis AJ dan rakan blogger lain di Klang Parade.....

Untuk info lebih lanjut layari :

Facebook : Klang Parade
atau

P/s : Fuhhhhh... Puas berjalan Sabtu lepas!
Thank you warga kerja Klang Parade! =D

Baca Selanjutnya »

Travelog AJ : Sedikit Info dan Sejarah Pulau Pangkor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

22 - 25 November lepas, AJ pegi bercuti dengan kawan-kawan....
Lokasinya Pulau Pangkor, Perak....
Kami dah plan percutian singkat ni dari bulan September lagi.....
Sambil nak bawak anak cuti sekolah, sambil rehatkan fikiran dari kesibukan kerja semualah cite dia....
Ehhhh!!!! Bukan anak AJ, anak kawan AJ tau..... AJ tumpang holiday je....
Hehehehhehehehhe.....


Sedikit info mengenai Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi percutian dan perlancongan utama di Malaysia.
Terletak di negeri Perak dan di perairan Selat Melaka.
Pulau Pangkor berkeluasan 2,200 hektar dengan kira-kira 25,000 penduduk.
Terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancing antaranya Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.

Sejarah Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor sememangnya terkenal sejak sekian lama....

Pada tahun 1670, Belanda menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari Negeri Perak dan Kota Belanda dibina bagi menyimpan bijih timah serta lain-lain dagangan dari negeri Perak.
Aktiviti lanun pula selalu terjadi di Selat Dinding.

Pada tahun 1874, Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor.
Dalam perjanjian ini, Sultan Abdullah telah diikhtiraf sebagai Sultan Perak seperti yang dipersetujui.
Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga telah bersetuju untuk berdamai dan ini telah mengunyungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Sumber : Wikipedia


Haaaaaa......  Dah tau kan sedikit info dan sejarah Pulau Pangkor?
Selama 4 hari 3 malam kat situ, AJ tak banyak pun pusing pulau...
Selain pegi dengan niat nak relax, cuaca pun tak berapa mengizinkan......
Sekejap cerah dan lepas tu hujan je sebelah petang...
Tapi AJ sempatlah melawat Kota Belanda, snorkeling dan beriadah sekejap sekitar pulau....
Seronok sangat dan rase tenang je sepanjang percutian tu tau.... =D


Okaylah, next entry AJ ceritakan pulak pasal aktiviti 4 hari 3 malam di Pulau Pangkor....

P/s : Tetiba rase macam nak holiday lagi...
Huhuhuhu....

Baca Selanjutnya »

Sibuk dan Sibuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lately ni AJ memang busy sangat.... Sebab banyak cuti, keje pun banyak terkumpul la kan... =D
Start balik Pangkor aritu, sampailah sekarang... Apepun AJ tak sempat nak update..
Kalau ade pun sikit-sikit je supaya tak bersawang blog AJ ni... =D


Ini pun AJ baru ke balik dari Kelantan since Jumaat lepas....
AJ attend majlis perkahwinan cousin dan amik peluang pusing-pusing Kelantan....
Memang puas berjalan la cite dia.....
Bukan puas berjalan je... Duit pun berjalan sama... Huhuhu.....

Bayangkanlah, barang kat sane boleh dikatakan murahlah jugak kalau nak dibandingkan dengan harga kat KL ni.....
Tempat tinggal kat sana AJ tak payah nak risau, sebab abang AJ yang nombor 2 tu memang dah menetap kat sana.... Tang tu dah jimat kan....
Hehehhehehehhe....

Tapi seriously, kalau kesana memang kene bawak duit banyak2 lepas tu tak payah bawak pape dari KL.... Hahahhahaa....
Ini ayat budak gila shopping!
Untunglah orang yang kampung dia kat sana kan kan kan......

Arini kire maca, rest day AJ la....
Nasib baik AJ apply cuti extra sehari... =D
Kalau tak memang lemau kot...

P/s : Home sweet home...
Anak-anak kucing pun sihat nampak gayanya...


Baca Selanjutnya »

12 Disember 2013 - 1 Disember 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ni, genap setahun AJ menimba rezeki kat tempat sekarang....
Dan hari ni jugak, status temporary staff AJ telah tamat...
Tak sangka, dah setahun rupanya....
Kejap masa berlalu.... Pejam celik, pejam celik.. Eh! Dah setahun....?


Alhamdulillah....
AJ suka sangat keje kat sini...
Walaupun kejenya kadang stress... Tapi AJ happy...
Dengan persekitaran dia yang meriah, kawan-kawan yang "havoc"..
Memang best sangat!
Harap-harap, rezeki AJ kat sini masih panjang.....
Seriously, sayang nak tinggalkan office ni if 1 day kene tinggalkan la......

P/s : Esok, Insyaallah bermulalah fasa lain AJ di tempat sama.....
Baca Selanjutnya »

Takziah Buat Schoolmate...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 Baru malam tadi nampak kawan AJ post gambar dia dengan suaminya.....
 Gambar dengan caption :
"Mule2 me selfie..pastu hubby ckp u ni tak habis2 bergambar..pastu bile ajak dia sekali kemain pulak...hehehehe
‪#‎loveutilljannah‬ ‪#‎mogahubungankitakekalhinggakesyurga‬ ‪#‎meandu‬
‪#‎happywithu‬

Lepas tu tadi AJ terbaca pasal kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Aston Martin DB9 kat Lebuhraya NPE tu....
Rupanya-rupanya yang terlibat dalam kemalangan tu Allahyarham suami kawan AJ tu....
Memang AJ terkejut sangat... Yelah baru malam tadi dia post gambar...
Malam tadi juga lebih kurang waktu yang sama, suami dia terlibat dalam kemalangan maut tu....

Innalillahiwainnalillahiraujiun.....
Al-Fatihah buat Allahyarham Siraj....


 
 
Kepada Wanie, aku harap kau tabah....
Berat dugaan kau bile sekelip mata kau anak-beranak kehilangan punca......
Semoga Allahyarham suami mu di tempatkan dikalangan insan beriman.....

Berita lanjut : Harian Metro

P/s : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.....


Baca Selanjutnya »