ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Abah merupakan salah seorang pesakit jantung sejak lebih 10 tahun yang lepas tak salah AJ....
Hari Rabu atau Khamis ni Abah AJ akan menjalani ICD di PPUM....
So AJ pun cari info serba sedikit mengenai proses ICD ni dan share dengan korang...
Penulisan AJ ni mungkin kurang bertepatan dengan terma-terma atau bahasa perubatan ni...
Apa yang AJ faham, AJ cuba kongsi dengan korang ye.....
Pape nanti hari Rabu atau Khamis AJ edit mana yang kurang tepat tu ye... =D
Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?
ICD ialah sebuah alat sebesar pager yang diimplan di bawah kulit bagi memantau jantung untuk mengesan apa-apa denyutan luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung.
Menerusi ICD, pesakit boleh dielak daripada SCA atau mati secara mengejut..
Siapa Yang Memerlukan ICD?
ICD ini akan diberikan kepada pesakit yang pernah ada (serangan jantung) dan terselamat.
Ianya juga digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah ventricular tachycardia (denyutan jantung cepat yang berbahaya) atau ventricular febrile (denyutan jantung cepat dan tidak teratur).
Bagaiman ICD Dilakukan?
ICD tidak memerlukan pesakit membuat pembedahan besar.
Sebelum ICD dilakukan biasanya pesakit dibius dan kira-kira 2 inci panjang akan ditebuk di atas bahagian dada sebelah kiri.
Satu atau dua wayar nipis berpenebat akan dimasukkan melalui saluran vena ke jantung dan kemudiannya peranti akan disambungkan dan diprogra menguikut keperluan pesakit.
1 kantung akan dibuat di bawah lapisan kulit bagi menempatkan peranti dan kesan tebukan tadi akan dijahit..
Selepas itu doktor akan menguji peranti tersebut bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik...
Pesakit biasanya akan debenarkan pulang dalam masa 24-48 jam selepas proses ICD dijalankan....
Risiko ICD
ICD merupakan cara paling selamat dan efektif....
Hanya 1% bagi mereka yang melakukan ICD akan mengalami pendarahan pada tempat yang ditebuk, pneumotoraks (kebocoran udara dari paru-paru) , risiko infeksi jangka panjang dan malfungsi pada peranti... Pendek kata takde risiko sangatlah ICD ni....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....
Itu sahaja yang dapat AJ kongsikan dengan korang......
Nanti AJ cuba betulkan dan tambah mana yang perlu lepas cakap lebih lanjut dengan doktor Abah nanti.....
Jangan lupa doakan kesihatan Abah AJ selalu ye korang....
Oh ya, kesihatan Mak AJ jugak tau... =D
AJ pun mendoakan kesejahteraaan kalian semua...
Aminnn... =D
P/s : Mula-mula risau jugak...
Tapi bila baca pasal ICD ni tak bahaya dan efektif, lega sikit hati AJ....
dengar cucuk jarum..tebuk..ok ngeri
BalasPadamMak tiri akak pun pesakit jantung. Baca ni baru lebih faham.
BalasPadamMoga abah Ayue segera sembuh ya