Semoga Blogger Mak Dara Tabah... Al-Fatihah..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mak Dara dan suami, Abang Martias...
Foto : FB Mak Dara


Sebentar tadi AJ terbaca status FB Blogger Mak Dara yang dipost oleh adiknya....
Suami kepada MD disahkan mengidap kanser darah tahap keempat dan sekarang sedang dalam keadaan koma di Hospital Ampang...
Ya Allah.... Sedihnya hati AJ dengar perkhabaran tu.....

Tadi AJ dah plan nak pegi ziarah...
Lepas balik keje tadi, cuaca tak begitu mengizinkan pulak....
AJ mengenali MD dan suaminya sebagai orang yang sangat merendah diri....
Abang Martias pulak tak penah lokek dengan senyuman.....

AJ harap MD sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian darinya......
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

Entri tambahan :

Berita terbaru yang AJ terima sebentar tadi melalui update adik Mak Dara....
Suami Mak Dara, Abang Martias Ali telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.43 malam, 29 Mei 2014 selepas entri ini ditulis... =(
Al-Fatihah.....
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan insan beriman....
Kepada Mak Dara sekeluarga, tabahkan hati kalian dalam menempuhi kehilangan insan tersayang...



P/s : Sebak....

4 ulasan

  1. al-fatihah

    BalasPadam
  2. innalillah.. semalam dah tgk post adk mak dara tu. buka fb pagi ni terkejut arwah dah meninggal. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman. al-fatihah

    BalasPadam
  3. al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan semoga mak dara tabah menghadapinya.

    BalasPadam