ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Restoran Golek-Golek Suasana Kampung terletak di tempat yang unik di Gombak, Selangor...
Kawasannya agak tersorok dan terletak di Puncak Bukit di tepi lebuhraya....
Laluan masuknya betul-betul bersebelahan MRR2 menghala ke Taman Melati....
Kalau korang tau Sukhumvit Garden kat MRR2 tu, lagi senang korang nak jumpe Golek-Golek ni, sebab simpangnya terletak berseberang jalan tu je.... =D
Restoran Golek-Golek ini dikelilingi dengan rimbun hutan di tanah berkeluasan 0.6 hektar...
Boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa.....
Memula korang sampai, korang akan nampak sebuah rumah berusia 100 tahun yang dipindahkan terus dari Melaka sebagai latarbelakang restoran ini...
Selain itu, suasananya yang sememangnya sangat tenang benar-benar membuatkan korang terasa aura kampung dan tradisionalnya..
Senyap, sunyi dan jauh dari keriuhan hiruk-piruk kotaraya...
Dari segi menu, restoran golek-golek mengamalkan konsep pengkhususan...
Mereka lebih menumpukan kepada hidangan ikan bakar yang dihidangkan dengan gabungan tiga jenis sambal iaitu sambal tumis, sambal cili dan sejenis sambal khas bagi menyedapkan rasa...
Untuk menambahkan keenakan ikan bakar tu, korang boleh pilih ikan bakar sambal yang dicampur dengan petai...
Perghhhhhhhh memang mengancam.... Terangkat rase dia....
Ikan bakar tu pun dibakar dengan daun pisang.... Memang sedap!
Selain tu, terdapat menu lain seperti ketam atau udang telur masin, kombinasi sayur kacang bendi dan kacang botol yang digoreng, sayur terung ikan masin dan juga sup ayam ditambah pula dengan seliter jus kedondong asam boi atau tembikai yang segar.....
Harga untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan dan berbaloi.... =D
Bagi korang yang ingin merasai sendiri keunikan suasana dan resepi di Restoran Golek-Golek, restoran ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja...
Alamat :
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM 10, Gombak, 68100 Selangor.
Waktu Operasi :
Jumaat, Sabtu dan Ahad (7 petang - 12 tengah malam)
Untuk Tempahan / Pertanyaan
016-2269140 (Daus)
016-2269140 (Daus)
017-4070007 (Atie)
Jom intai lagi suasana di Golek-Golek
Hehehehehhe.....
P/s : Tak rugi mencuba!
haipp ini harus berjimba ni, nampak pun yummylicious... thanks for sharing AJ, nanti akak pergi akak What's App yer? ha ha ha...
BalasPadamAssalamualaikum AJ, wahh terliur sheila tengok.. macam dah lama tak rasa masakan orang Melaka. hihi singgah menabung libresse sini~~~
BalasPadamSedapnya tengok ikan bakar tu....tetiba teringin pulak :)
BalasPadamcantiknya kan tempat ni..siyes cantik!
BalasPadamnampak macam menarik sgt...harga nya ok tak?
BalasPadamBW dari mialiana blog nak url
salam perkenalan done follow sini
sedapnyeee ikan bakar petai..
BalasPadamtgok pun tau sedap...suka suasana kat sini...
BalasPadamSuasana restoran tu nampak cantik sangat macam kampung tradisi, ohsem :)
BalasPadamaj, macam best ja.. tapi apsal dia dia operasi jumaat-ahad??
BalasPadamIKAN BAKAU SAYA MAKAN.. SAMBALPETAI SAYA TAK MAKAN.. A'AH LE.. INGAT KAT MELAKA TADI..
BalasPadamHohoho...selalu jer lalu dr tepi jln kt mrr2 n nmpk jer signboard golek2 tuh....tapi x pernah singgah....sbb setiap kali lalu mesti terpk...btol ke dlm nih ader restoran...huahuahua...nmpknyer pas nih nk kna singgah nih...hihi
BalasPadamHeeee qila duk gombak takpernah gi sini lagi sbb macam gelap je heee.
BalasPadamRupanya buka weekend je eh hihi.
Hi kak AJ!! <3
Heeeee.
dah lama teringin nak makan ikan bakar sambal petai.. nampak macam best je.. huhu
BalasPadam