ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Semalam AJ pegi bekam darah dekat Keramat.. Pertama kali AJ bekam....
Nak cuba sebelum ni tak berani...
Bukan sebab takut sakit, tapi takut kalau-kalau alatan yang digunakan tu tak bersih....
Nak pulak AJ penah baca artikel akibat bekam tak bersih ni kan.....
Lepas kawan AJ suggest kat Keramat ni, AJ pun buatlah...
Memula tu tertanya-tanya, ape rase dia sakit ke ape ke...
AJ tanya kakak tu, dia cakap depends pada badan dan kulit kita jugak.......
Lepas kakak tu semburkan dettol dan sapu minyak, dia cupping dulu badan AJ untuk buang angin dan bagi liang roma kita tu kelihatan...
Lepas tu, dia bukak cupping tu dan cucuk badan kita pakai alat cam doc selalu amik darah tu then cupping balik....
Rase dia???
Takdelah sakit pun... Rase macam kulit tertarik sikit...
Even mase dia cucuk nak keluarkan darah kotor dan toksin dalam badan tu pun tak sakit.....
Tapi tak tau lah kan, sebab dia ikut individu tu sendiri...
Lepas berbekam tu, seeloknya kita rest terus.... AJ pun bekam waktu malam, so balik terus tidurlah.....
Kesan dia terasa lepas bangun tidur tu..... Segar gila badan...
Kurang sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan AJ......
Next month, kalau takde aral AJ nak buat lagi.....
Buat sebulan sekali la... =D
Kalau korang nak tau apa itu bekam, boleh baca artikel kat bawah ni.....

Apa itu BEKAM?
Bekam bermaksud Pelepasan darah (Bahasa Melayu), Cupping (Bahasa Inggeris) dan al_Hijamah (Bahasa Arab)
Bekam Darah (Bekam Sunnah) ialah proses membuang darah toksin dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar.
Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh. Bekam Angin adalah satu kaedah yang amat digemari oleh kaum cina, kaedah bekam ini menggunakan set bekam bagi menyedut angin dari permukaan kulit untuk menghilangkan kelesuan badan serta mampu meringankan badan.
Mengapa Berbekam?
Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia.
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
Dengan ringkasan di atas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan agar mudah beribadat kepadaNya. InsyaAllah.
"Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan."
Kebaikan Berbekam
Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Antara Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam
*Sakit Kepala *Migrain *Tekanan/Stress * Sakit Belakang *Sakit Pinggang *Sakit Sendi *Lemah Badan *Darah Tinggi *Diabetis *Sakit Jantung *Angin Ahmar * Mata Kabur *Katarak *Sakit Urat *Sakit ANgin *Bengkak-bengkak Badan *Lenguh-lenguh Badan *Kebas-kebas *Gout *Resdung &*Jerawat *Sinusitis *Sakit Leher *Sakit Kaki *Kembung Perut *Batuk *Asma / Masalah Paru-paru *Kolestrol Tinggi
*Sakit Gigi *Kejang Otot *Gatal-gatal *Sembelit etc.
Peraturan Dan Kekerapan Berbekam
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
Waktu Dan Tarikh Yang Digalakkan Berbekam Darah.
Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.
Individu Yang DILARANG berbekam darah :
Wanita hamil dan sedang haid.
Pesakit kulit yang serius.
Pesakit darah rendah yang serius.
Orang tua yang terlalu uzur.
Hari Yang DILARANG Berbekam Darah :
Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta.
Sumber : http://rawatanbekam.webs.com/
P/s : Belakang badan bertompok-tompok lepas bekam malam tadi..
Hehehehheeh.... =D
Gambar?? Ehhhh... Mane boleh publish..... =P
ramai kata bekam tu bagus..tapi takut
BalasPadamYup memang bagus, sebab dia buang angin, darah kotor dan toksin dalam badan...
PadamTapi kita kene cari tempat yang betul2 la.....
Takut jugak kan kalau alatan yang digunakan tak bersih, timbul penyakit lain pulak nanti......
Assalamualaikum AJ, huwaaa tengok gambar gerun lah. tapi teringin nak buat. Dulu mak sheila ada alatan ni. mana ntah menghilang pulaaa. mahal tak satu sesi tu AJ?
BalasPadamWaalaikumussalam Sheila....
PadamTengok memang nampak gerun......
Tapi tak sakit pun sebenarnya......
Kalau Sheila nak buat kene tunggu habis pantang semua la.....
So far tempat AJ buat ni takdelah mahal sangat pun.....
bada berbekas bekam, berapa lama boleh hilang?
BalasPadamAkak tu cakap normally dalam seminggu camtu...
PadamNanti tengoklah AJ punya ni bape lame baru dia okay...
Baru buat semalam kan...
tak penah cuba. tapi bekam ni buang darah, sama sedikit macam fungsi menderma darah jugak :D
BalasPadamhttp://nurulzayani.blogspot.com/
Lebih kurang la...
PadamTapi derma darah ni dia amik darah kita yang fresh....
Kalau bekam, dia buang darah kotor....
BAGUS BERBEKAM NI.. SUNNAH NABI.. TAPI SAYA BELUM PERNAH BERBEKAM LAGI..
BalasPadamAah memang bagus..
PadamHappy tengok hasil lepas beberapa hari berbekam tu tau..
Cubalah nanti...
teringin, tapi takut...huhuh
BalasPadamBelum cuba belum tau Nur...
PadamAyue pun memula rase takut jugak...
takut gak nk p wat..hahaha..takut tak bersih
BalasPadam