Berita Baik Pagi Jumaat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah.....
Setelah sekian lama, penantian AJ selama berbulan-bulan berakhir jua.....
Dah lebih 6 bulan AJ menganggur.....
Pegi interview berkali-kali, kadang rase macam dah give up.....
Serious give up!

Akhirnya, pagi tadi AJ dapat 1 call yang menyatakan AJ diterima bekerja.....
Alhamdulillah... Tak tau macam mana nak cakap rase happy tu....
Macam 1st time dapat keje pulak perasaannye tu......
Ade jugak rezeki AJ....

Interview tu AJ pegi last week, dengan demamnya AJ gagahkan juga diri....
Tapi yang peliknya, time demam tu AJ pegi interview relax je..
Kalau tak gugupnye kemain...
Kadang sampai tak boleh nak jawab bile orang tu tanye.......
Hehehehhhe...
Tapi yang ni, mudah je AJ jawab soalan interviewer tu.....
Mungkin dah tertulis ini rezeki AJ.....
Apapun, Alhamdulillah sangat.......
Terima kasih Ya Allah.....



P/s : Nampaknye lepas ni dah jarang la nampak kelibat entri AJ....
Huhuhuhu......

Baca Selanjutnya »

WW #51 : Welcome To The World Baby!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini Wordless Wednesday AJ kembali...
Lame bersara dari WW ni kan... Hikhikhikhik....


Selamat Datang ke dunia nyata "Baby Ash" !!!!
Siapalah Baby Ash???!
Merupakan anak sulung seorang blogger...
Baru dilahirkan semalam 26 November 2013.......

Nak tau siapa Mummy Baby Ash dan name penuh Baby Ash???
Kene tunggu Mummy Baby Ash reveal sendiri la.....
Hehehhehehe....
Kene la Mummy dia yang bagitau dulu kan... =D

Nanti Aunty AJ datang visit tau!
Xoxo..

P/s : Panjang betul WW AJ ni... =P

Baca Selanjutnya »

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah lame rasenye AJ tak join Giveaway ni kannn???
Pagi ni AJ nak join GA anjuran Kak Mia dan Ephyra ni...
Manalah tau kalau bertuah kan....
Dapatlah cantik bersama Ephyra pulak.......

Nak tau apa itu Ephyra dan Giveaway ape??
Jom baca bawah ni..... =D

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


Baca Selanjutnya »

Perginya HERO Kucing Kesayangan Ramai....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ingat lagi tak dengan Hero??
Kucing yang dipotong kedua-dua belah kaki hadapannya kerana dikatakan mengambil seekor ikan di sebuah kedai makan??
Kisahnya dulu banyak tersebar di akhbar, majalah dan juga kaca TV.....

Gambar diambil dari fanpage KakiMotong Fan Club

Hari ni, 24 November 2013 Hero disahkan telah tiada oleh pemiliknya Papa Hero melalui status yang baru diupdate sebentar tadi menerusi laman Facebook KakiMotong....
Sedihnya AJ bile baca status tu........
Beberapa hari lepas, AJ ade baca yang Hero disahkan mengidap penyakit Leukimia dan ditahan dalam wad...
Semalam PH update kate Hero dah nak makan minum sikit.....
Tup-tup kejap ni PH update status macam ni...
"Maaf, Abam dah takde.."
Abam tu memang gelaran yang diberikan kepada Hero atau name manjanya Abam Iyo.....
Takziah AJ ucapkan kepada PH sekeluarga..
Tentu sekali mereka insan yang paling sedih atas pemergian Hero........
Hampir 8 tahun mencurah bakti kepada Hero.....
Semoga mereka tabah....

Untuk Hero aka Abam Iyo....
Bersemadilah kau dengan tenang dan aman....
We love u Hero!!!

P/s : AJ pun rase sedih...
Waaaaaaaaaa....


Baca Selanjutnya »

Penangan DEMAM!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTEA

Dah beberapa hari AJ demam....
Paling teruk 2 hari pertama demam tu...
Tak bangun kau!!



Penangan demam AJ kali ni memang kow-kow punye......
AJ ni memang jarang demam...
Cume lately ni je yang AJ demam....
Last 2 weeks demam jugak, tapi tak teruk....
Minggu ni penangan dia lain macam.....
Rase badan sakit-sakit macam kene pukul....
Tu yang tak tahan....
Tapi Alhamdulillah hari ke 3 demam, AJ dah boleh bangun...
Walaupun lemah sikit..
Ada tanggungjawab yang AJ perlu lunaskan dan ade keje penting yang perlu AJ selesaikan....
Alhamdulillah, selesai sudah semua yang penting-penting....

Apapun, have a great weekend everyone!
Ada banyak story yang AJ nak share dengan korang...
Dan insyaallah akan ade berita baik yang bakal AJ terima.....
Mudah-mudahan benar bagai dikata... =D

P/s : Catch up with u guys back later!!
Daaaa...

Baca Selanjutnya »

Peluang Menjadi Usahawan Dengan Aqua International Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pernah dengar mengenai AquaBeauty ataupun Aqua International Malaysia??
Kalau tak penah dengar mengenai Glowshape??
Bagi mereka yang mengikuti blog AJ pasti penah dengar kan....


Jika anda berminat nak menjadi usahawan, ini peluang yang patut anda rebut...
Pihak AquaBeauty mencari usahawan bagi memasarkan produk mereka....
Apa tunggu lagi????
Jika anda seorang yang komited dan inginkan transformasi positif dalam perniagaan dan kehidupan, inilah masanya!

Sebelum tu, jom AJ kenalkan anda dengan Aqua International dulu.
Merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang sangat beriltizam dalam menghasilkan usahawan dalam industri kecantikan.
Sehubungan dengan itu, sebuah program telah dianjurkan bagi melahirkan usahawan dan usahawanita yang berjaya melalui Program bimbingan Agen Aqua International.


Program bimbingan Agen Aqua International ditubuhkan selari dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi masyarakat terutamanya yang memerlukan pendapatan tambahan.
Program perniagaan ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin memajukan diri antaranya :

1. Usahawan dan Usahawanita
2. Suri Rumahtangga
3. Pekerja Kerajaan dan Swasta
4. Pelajar Kolej dan Universiti
5. Pesara
Dan sesiapa sahaja yang berminat!

Perniagaan ini juga boleh dijalankan sama ada secara online melalui apa sahaja laman sosial seperti facebook, twitter ataupun offline di butik-butik kecantikan, salon dan sebagainya..

Terdapat banyak keistimewaan yang boleh diperolehi sebagai Agen Aqua International dari pelbagai aspek antaranya :

PRODUK
1. Produk Eksklusif dan bertaraf antarabangsa.
2. Mempunyai sijil Halal, GMP dan KKM.
3. Permintaan yang tinggi dalam niche paling popular.
4. Dijamin adanya pembelian berulang dari pelanggan.
5. Produk dipasarkan dengan harga mampu milik berbanding pesaing.


INSENTIF
1. Top Agen Bulanan.
2. Top Agen Tahunan.
Dan lain-lain insentif.

BIMBINGAN NIAGA
1. Kelas Online dan Offline merangkumi FB ads, closing, follow up dan lain-lain yang berkaitan dengan pengiklanan produk.
2. Group khas FB yang boleh digunakan untuk segala pertanyaan tanpa had.

3. Bahan-bahan promosi seperti video, gambar dan teks.
4. Pertanyaan tanpa had dar segala segi perniagaan dan pemasaran.
5. Personal coaching bagi setiap agen.
Dan lain-lain.


Jangan lepaskan peluang anda jadilah Agen Aqua Intenational sekarang!!!
Hubungi Aqua International Malaysia melalui Facebook dengan menghantar mesej kepada https://www.facebook.com/messages/aquabeautyMY

ATAU

Daftar melalui website http://aquabeauty.com.my/daftar/agen.php

ATAU

Call / SMS / Whatsapp Pegawai Pengurusan Agen Aqua International, En. Fizo di talian
012-6391621.

Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga Aqua International Malaysia!
Cepat sebelum terlambat... =D

Sebarang maklumat lanjut layari http://aquabeauty.com.my/



Baca Selanjutnya »

Kecoh Seketika Dengan Isu Villa Nabila


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Semalam negara digemparkan dengan berita budak ghaib kat Villa Nabila, Johor Bahru...
Sana sini duk bercerita pasal Villa ni.....
Ade yang cakap 30 orang hilang la, 23 orang la, sorang la....
Macam-macam versi ada.....
Rupanya budak sorang yang hilang tu bukannye kene sorok kat Villa Nabila...
"Menyorok" kat rumah kawan je...
Aduhaiiiii... Habis kecoh Malaysia ni gara-gara Villa Nabila....


AJ ada jugak google mengenai Villa Nabila ni, tapi tak dapat pulak sejarah yang sahih mengenai Villa misteri ni...
Ade yang cakap villa ni kepunyaan keluarga berada yng mati akibat kemalangan lalu segala kemewahan diwarisi anak mereka Nabila yang ditinggalkan bersama orang gaji...
Lepas tu pulak orang gaji tu bunuh Nabila dan simenkan dalam dinding villa tu.....
Ade juga yang cakap Villa Nabila tu sebenarnya Christine Palace milik ahli politik hasil penyelewengan duit dan kemudiannya disita...
Entahlah sejarah awal Villa Nabila tu memang gagal dirungkai...
Macam tak siapa tau je.....
Kalau David VILLA ngan NABILA Huda AJ tau la.....

Tapi kan yang peliknya, ade jugak nak masuk dalam Villa tu....
Kalau tengok dari pintu masuk yang dah bersemak samun tu pun dah cukup seram....
Inikan pulak nak masuk dalam tu....
Janganlah takde penyakit, pegi cari penyakit......
Kot ye pun nak sangat tengok hantu meh AJ bawak...
Masuk je dalam rumah hantu kat funfair tu... Sure ade hantu!
Hahahhahah.....


Sumber gambar google...
Nak tengok lagi sila google ye... =D

P/s : AJ kalau tengok dekat-dekat bolehlah kot...
Nak masuk?? SORRY!!!
Ilmu tak cukup mantap... =P



Baca Selanjutnya »

Event : Sidang Media dan Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 16 November bertempat di Zebra Square, Kg Pandan berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah yang bakal diadakan selama 18 hari..
Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990, 1994 dan 2007..

Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18 hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.
Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.

Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical, Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA dan Naturally Magical Sdn Bhd.
Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu (Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini, boleh layari www.langkawimagikal.com.my

Jom kita tengok gambar sekitar Majlis Sidang Media dan Perlancaran Langkawi Naturally Magical. Kedah ni.


Barisan tetamu Kehormat

Ucapan daripada Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah

Sidang Media Langkawi Naturally Magical

P/s : Jom Ke Langkawi!



Baca Selanjutnya »

Event : Ulangtahun ke-3 Santai Travel Tourism Malaysia


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

14 November 2013 bertempat di Esplanade KLCC berlangsungnya 1 majlis yang cukup santai bersempena ulangtahun ke 3 Majalah Santai Travel Tourism Malaysia.
Majlis ini diadakan bersempana tahun melawat Malaysia 2014 dan Pelancaran Minggu Fesyen Kuala Lumpur.

Majlis santai ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Richie Rachman selaku pengacara pada petang tersebut.
Seterusnya ucapan dari Encik Azlie Halim (Managing Director Santai Travel)
Beberapa orang artis telah dijemput bagi memeriahkan majlis antaranya Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ana Raffali, Chacha Maembong, Iqwal dan Fouziah Gous.

Sebelum majlis berakhir, acara potong kek diadakan sempena Ulangtahun ke 3 Majalah Santai Travel...
Tahniah Santai Travel, semoga akan terus maju.... =D

Jom layan sekeping dua gambar...

Ucapan alu-aluan dari Richie Rachman dan Encik Azlie Halim

Persembahan dari Iqwal, Ana Raffali dan Datuk Aznil..

Penyampaian cenderahati dan potong kek..

AJ pun tak lepaskan peluang amik gambar dengan mereka... =D


P/s : Memang Santai!

Baca Selanjutnya »