Sesi Membelai Rambut Dengan Himalaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ berpeluang menghadiri sesi membelai rambut dengan Himalaya.....
Thanks kepada The Butterfly Project - Beauty Blogger sebab pilih AJ menjadi salah seorang daripada 12 butterflies... =D
Dan juga thanks kepada Himalaya kerana menaja sesi rawatan rambut kami dan Rupini's Bangsar untuk tempat yang menarik.... =D

Himalaya merupakan 1 produk yang tidak asing lagi dalam pasaran...
Merupakan satu-satunya produk berasaskan herbal....
Pada sesi ini, kami semua diberi peluang mencuba rangkaian Shampoo Anti Hair Fall...
Tidak dinafikan keguguran rambut merupakan perkara yang paling ditakuti setiap wanita....
AJ pun salah seorang daripadanya.....
Kadang-kadang sampai taknak sikat rambut gara-gara tak sanggup nak tengok rambut yang gugur tu....
Tambahan pulak AJ ni obses dengan mewarna rambut.... So memang confirm rambut akan gugur....


Himalaya's Anti Hair Fall Shampoo merupakan produk 2 dalam 1 yang dirumus khas untuk memberikan khasiat kepada akar rambut dan menguatkan folikel pada setiap helaian rambut kita...
Ianya juga memberikan tekstur rambut bertambah baik serta mengurangkan keguguran rambut kerana kerosakan...

Bahan-bahan utama dalam syampu dan cream Himalaya :

Butea Frondosa berfungsi untuk menguatkan rambut.
Eclipta dan Licorice berfungsi untuk meningkatkan pertumbuhan semula dan memberikan tekstur yang lebih baik kepada rambut.
Pongamia Pinatta bahan semulajadi anti-kulat.
Chickpea dan Amla bahan herbal semulajadi yang kaya dengan protein dan vitamin untuk memberikan khasiat kepada rambut dari akarnya.

Produk Himalaya bebas daripada Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES).

Okay sebelum kami memulakan sesi membelai rambut kami diberikan teka silang kata....
Haaaaaa... Mencabar jugak tau pagi-pagi dah kene perah otak....

Opsssss......

Selepas itu, kami diberikan analisis kulit kepala...
Rambut AJ ni sememangnya jenis yang kerap gugur...
So, memang tak berapa nak normal jugaklah.....
Tapi kulit kepala AJ okay je, tak kering sangat dan tak berminyak sangat.....

Selepas analisis, AJ mulakan sesi rawatan rambut...
Pertama sekali kulit kepala dan akar rambut diurut dengan Himalaya Revitalizing Hair Oil untuk merangsang pertumbuhan dan menguatkan rambut dari akarnya...
Kemudian rambut dibilas dan disyampu dengan Himalaya Anti Hair Fall Shampoo...
Rambut kemudiannya dibiarkan separa kering dan disapu dengan Himalaya Anti Hair Fall Cream dan gayakan rambut macam biase....

Sesi membelai rambut Himalaya ni membuatkan rambut terasa lebih ringan, lebih bertekstur, lembut dan juga berbau harum.....
Kami juga diberikan cenderamata dari Himalaya berupa Shampoo dan Cream Anti Hair Fall...
Tak ketinggalan voucher Urutan Minyak Panas dari Rupini's Bangsar serta voucher diskaun untuk pengayaan rambut daripada Shear Perfection....
W.O.W!!!

Selain tu, kami juga diberikan tips dan pengayaan rambut fesyen terkini dari Shear Perfection...

Keterangan lanjut mengenai rangkaian produk Himalaya lawati www.himalayahealthcare.com...
Juga layari Rupini's Beauty dan like fb fanpage The Butterfly Project - Beauty Blogger!!!

Sekarang masanya untuk gambar!!!

Suasana tenang di Rupini's Bangsar....

Analisis rambut...

Sesi urutan dengan Revitalizing Oil, Shampoo dan Cream dari Himalaya...

Shireen dan the guys dari Shear Perfection....
Sorry i forgot his name..... My bad...

Last but not least.....



THE HAPPY BUTTERFLIES!!!!
Yeayyyyy.... =D

Goodies dari Himalaya, Rupini's dan Shear Perfection...

P/s : Thank you!!!!

10 ulasan

  1. syoknyer die..rmbut dibelai..pasni takde masalah gugur lagi..hehe

    BalasPadam
  2. paling tak suka bila rambut gugur :(

    BalasPadam
  3. membelai rambut sambil menguji minda.. =)

    BalasPadam
  4. wow the first coverage from Ayuejean :) hebat to baca so fast! Was wondering how the session went and what you all do. Love the part where you got to have a head massage with the oil! You girls looks so COMEL in the group pic!!!

    BalasPadam
  5. wahhh..senyum2 je nur baca...
    bestkan mcm ni..

    BalasPadam
  6. wahhhh..bestnye..jelesnya..camne AJ boley terpilih..share sikit tips camne nak joint event2..tgk AJ selalu update gambar2 kat FB gi event2..syoknye..

    BalasPadam
  7. rambut deqla pun jenis gugur... huhuhuh...

    BalasPadam
  8. untunglahhhh x hajokkkkkk huhuhuh

    BalasPadam
  9. Kat mana ni? Nak cuba.. Rambut saya gugur teruk ☹️

    BalasPadam