ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Okay kali ni AJ nak cerita pasal step by step MY JOURNEY TO BRACES.....
Sebenarnya AJ memang dah lama sangat simpan hasrat nak jadi gadis si gigi besi ni...
Tapi ada je benda yang halang...
So sekarang ni la baru AJ ada peluang nak buat......
Time ni, AJ pun belum pasang lagi braces nya.... Tengah tunggu tibanya hari kejadian tak lama lagi je ni...
Nak buat macam mana, ramai sangat yang nak pasang..
So kenalah take turn... =D
Time ni, AJ pun belum pasang lagi braces nya.... Tengah tunggu tibanya hari kejadian tak lama lagi je ni...
Nak buat macam mana, ramai sangat yang nak pasang..
So kenalah take turn... =D
Korang tau apa itu braces??
Kalau tak tau, meh AJ nak cerita sikit apa itu BRACES....
Braces
Braces atau Pendakap gigi (juga dikenali sebagai pendakap ortodontik, atau pendakap) adalah alat yang digunakan dalam orthodonsi yang menyelaraskan dan meluruskan gigi dan membantu untuk meletakkan mereka berkenaan dengan gigitan gigi seseorang, manakala juga bekerja untuk meningkatkan kesihatan gigi..
Mereka sering digunakan untuk membetulkan malocclusions, gigitan, gigitan salib (cross), gigitan terbuka, gigitan mendalam, gigi bengkok, dan pelbagai kelemahan lain gigi dan rahang....
Pendakap gigi ini merupakan penyokong boleh sama ada kosmetik atau struktur...
Pendakap gigi sering digunakan bersama-sama dengan peralatan lain ortodontik untuk membantu meluaskan lelangit atau rahang dan selainnya membantu dalam membentuk gigi dan rahang....
Jenis-Jenis Braces
1. Metal Braces
Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan....
Jenis braces ini adalah amat selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yangdiletakkan atas pendakap mereka...
Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces....
Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan...
2. Clear Ceramic Braces
Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces...
Ia kadang-kadang menampakkan seperti si pemakai tidak memakai braces...
Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik....
Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces...
Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda...
3. Self Ligating Brackets
Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band)...
Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit...
Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan...
Hasilnya adalahs enyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk....
Terdapat banyak jenis boleh didapati di pasaran seperti Lotus bracket dan 3M bracket....
4. Damon Braces
Melalui Damon Braces, anda boleh menjalankan rawatan tanpa mengetatkan yang mengurangkan ketidak selesaan anda ketika memakai braces.
Wayar yang berbentuk memori berteknologi tinggi menyebabkan gigi bergerak lebih cepatdengan hanya memerlukan sedikit penyesuaian.
Pendekatan rawatan baru yang terbukti secara klinikal yang mengembalikan gigi anda tersusun rapi dapat juga meningkatkan bentuk muka anda dan paling penting, rawatan ini biasanya tidak memerlukan sebarang cabutan gigi.
Damon Braces direka untuk keselesaan pemakai serta mudah untuk menjaga kebersihan gigi anda...
Tanpa ikatan kenyal yang menarik yang mengumpul plak, Damon Braces menjadikan kebersihan gigi mudah dijaga semasa tempoh rawatan dijalankan...
5. Clear Path Braces
Rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit...
Aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir...
Rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras...
Clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus...
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi...
Produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran Asia Barat, Afrika Utara, Russia, Eropah dan hanya kini memasuki pasaran Asia Tenggara.
Ianya berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih, mudah dan jernih.
Sumber : Klinik Pergigian Dr. Syarifah dan google
Kos Memasang Braces
Kos memasang braces bergantung kepada jenis braces dan klinik pergigian itu sendiri...
Biasanya braces menelan belanja RM 4k dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit......
Biasanya pesakit boleh membayar secara ansuran.....
Sila berbincang dengan doktor mengenai kos dan ansuran ye....
AJ rasa ni je la yang korang kena tau pasal braces....
Tapi ni baru 1st entri... Banyak lagi AJ nak cerita nanti.......
Tapi ni baru 1st entri... Banyak lagi AJ nak cerita nanti.......
Next??? To be continue.......
Sila tengok sidebar untuk semua entri berkaitan MY JOURNEY TO BRACES...
P/s : Gigi Besi in the making... =P
Tik tok tik tok.. Counting....!
Tik tok tik tok.. Counting....!
salam aj. terima kasih perkongsian hebat... > > > http://ll.my/1st
BalasPadamkalau nak pakai kena high confident yang tinggi .. kalau lain plk jadinya.... sebab ada seorang kawan pakai ..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamWoahh RM4k and above? I didn't know it took that much o_o
BalasPadamterbatal la niat nak guna braces ni xD
Nak buat jugak..tapi kos nye agak mahal kan..boleh pitam..
BalasPadammahal jugak yea... yang colurful tu lagi mahal kot
BalasPadamcantik lah AJ past nie..:)
BalasPadamwow...pakai braces ke?...
BalasPadamAJ nak pakai braces sebab apa? Ada masalah gigi ke?...
slmt berbraces ya..hihi
BalasPadamAkak teringin nak pakai braces jugak tapi takut rasa tak selesa..xpe AJ pakai dulu nnti share na ok tak pakai braces nie..;p
BalasPadam'dia' prnah pkai braces ni.
BalasPadamkatanya kena pntang mkn benda keras2..
mesti sakit kan kak. sebab kat ofis 3org pakai. masa mula2 diorang ckp mmg sakit. tak tidur malam
BalasPadamAkak nak pakai braces??? ;D hee. Tak mampu lagi nak buat braces. Mahal 4k tu ;D
BalasPadamermmm
BalasPadammmg mahal kan pasang brace ni,kawan ai buat rm 5 k..adoiii rs nk tecekik..tp tingin la jugak..
eh,nti dh pasang cuba snap pic tgk..nk tgk gak lah.hehehe
salam aj
BalasPadamMahal tu.selesa ke?
nak tgok aj punya !snap la..ada pkembgan tak? cik aini pun nak tgok gak tu.hehehe
BalasPadamkawan akak ada yg pakai braces ni..dia ckp klu pakai braces,mmg selalu le kena ulser sbb besi tu bergesel kat dlm mulut kita..huhu..sabar yeak AJ klu dh start pakai braces nnti..
BalasPadammmg tak dinafikan mahal tau brace ni...
BalasPadamspupu nur pernah pakai, skrang ni cantik je gigi dia...
NAK CANTIKKAN GIGI KE..? :)
BalasPadamdeqla gigi sedikit mancung tsu.. patot pkai tau..tp mcm x suka lak.. sbb ngeri lak tgk besi kat gigi..kohkoh... siyes, nk tgk org pakai braces pun takot woo.. hoho
BalasPadamSalam @Jamil Hashim...
BalasPadamBetul Acik @Aku Penghibur..
BalasPadamLagi 1 kena tahan sakit..
Dulu ada member pakai 2 minggu je..
Dia kate tak tahan sakit sangat...
Yup @Condoriano, nowadays the cheapest price u can get is RM 3750...
BalasPadamPlus x-ray all that, it still cost u RM4k++...
Yup memang mahal @Firdawati Rashidi..
BalasPadamAJ pun amik masa nak pasang...
Yang colourful atas tu la paling murah @the malay male... =D
BalasPadamHehheheh..
BalasPadamAJ bukan nak cantik kak @Normi Nieza, nak betulkan kedudukan gigi.. Especially yang belah bawah tu.
Yup @Hanih Borhan.. =D
BalasPadamThanks @nuyui a.k.a miss YUI =D
BalasPadamOkay kak @♥ Mrs. Secretary ♥, nanti AJ buat entry kalau dah pakai..
BalasPadamTu la @fiQ, ramai cakap macam tu..
BalasPadamNampaknya, AJ kene makan yang soft2 la lepas ni..
Tak tau la @baby comel, belum pasang lagi.. =D
BalasPadamMemang mahal @Sally Yatiey, kene korban sikitlah..
BalasPadamYup @Cik Aini, depends pada gigi la... =D
BalasPadamOkay.. =D
Salam kak @TiranaAduka..
BalasPadamAJ pun tak tau..
Belum pasang lagi..
Betul kak @aquagugurl, tapi nanti kene kuar duit sikit beli wax..
BalasPadamDia macam pelekat elakkan besi tu cucuk mulut kite..
Nak cantik kene ko0rban sikitlah @Cik Nur™.. =D
BalasPadamBukan nak cantilah @fairus, nak betulkan... =D
BalasPadamPasni @Deqla Manjew tak boleh jumpa AJ la..
BalasPadamNanti takut pulak..
Kihkihkih... =P
selamat bergigi besi AJ :) hehe..
BalasPadamwah.. mahal jugak yea? RM4k.. huu.. tpdengar citer sakit yea pakai braces ni
BalasPadamwah...tak sabar nak tengok wajah baru aj dengan braces...=D
BalasPadamteringin nak pakai braces nie...tapi kos dia mahal sangat......
BalasPadamSebulan lagi @nanieybarnieylurviey..
BalasPadamHehhheheh..
AJ pun dengar macam tu @tenku butang..
BalasPadamTapi nak cantik sikit, kene tahanlah..
Tunggu bulan Jun ye @nini.... =D
BalasPadamAah @Remy hazza, AJ pun fikir 2-3 kali before i made up my mind.. =D
BalasPadamtapi org cakap sakit..hehe
BalasPadammcm2 jenis braces rupanya ek..baru tau
BalasPadamGood info AJ..wah AJ pun nk pakai braces yek.
BalasPadamdah boleh rasa sengal kt gigi...hehe...
BalasPadamtapi nak cantik, sy sanggup jugak.
:)