Mana Satu Sifat Kita?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ ada terbaca ni dalam EH!...
Hurmmmm.... Agak menarik...
Jom AJ kongsi dengan korang pulak....

Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini. Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR
Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu....
Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja....
Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan....
Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus (Menatang apa pulak sirkus ni??)....

MELANKOLIS, SI SEMPURNA
Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban...
Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai....
Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal...

KOLERIS, SI KUAT
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari...
 Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan....
Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat....

PHLEGMATIS, SI DAMAI
Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan....
Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konflik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian...


So yang mana 1 korang......
AJ rasa, AJ yang 1st tu kot.... =D

P/s : Pembawakan kita cermin peribadi kita sendiri... =D

31 ulasan

  1. ha3.. teman nak komen.. tapi picture bear 2 cumey sgttt.. buat teman nak tergelak jea tauuu.. hu3.. err.. tp teman pun nk tau gak apa makna sirkus 2..?

    BalasPadam
  2. Hahhahahah... Bear nerd tu @tenku butang.... =P
    Tu la tu.....
    Sejenis tikus kah??

    BalasPadam
  3. Rasanya akak yg last tu hi hi...

    BalasPadam
  4. alamak .. nk sebut pon mcm terbelit lidah nie.. hehh

    BalasPadam
  5. Hehehhehe.... Sebut asal ada bunyi kira okaylah tu @yana aina....

    BalasPadam
  6. Tak tahu mana satu ^_^ hehe

    BalasPadam
  7. hee, tak sure yg mana tp rasanya kte kat no.1 kot sama AJ, hee.. :D si sirkus tu apa benda pulop, haha, xtau den...si tikus pong boleh eyh AJ?hehehe :D

    BalasPadam
  8. Tu yang tak tau tu @Seneorita Baharin....
    Boleh je...
    hhehehehe..
    balik kena selak kamus dewan ni...

    BalasPadam
  9. ayut si damai...hihihi...i think so laaa.. :D

    BalasPadam
  10. @ayut mesti cool dan tenang orang nya... =D

    BalasPadam
  11. pernah pegi kursus dulu kena jawab soalan dan MV berada di no.2..

    BalasPadam
  12. Jenis yang agak prihatin ni kak @Mrs Velentine.. =D

    BalasPadam
  13. erk.. yg mana satu pun x tau.. AJ tolong pilih utk 5zol...

    BalasPadam
  14. Oh..kurang kepastian la AJ..rasanya cam siKuat.heheh

    BalasPadam
  15. Nur pemalu....
    Kahkahkah... :p

    BalasPadam
  16. sebaiknya biar org lain yg nilaikan...x suka menilai diri sendiri...huhu

    BalasPadam
  17. Emmm..okje agaknya campur2 sifat kat atas tu hehe... masalah betul ni OKje AJ hehe

    BalasPadam
  18. Aik @Faizol Dee??
    AJ pulak kena pilihkan....
    HUhuhuhuhu....
    Kena amik dadu ni... =P

    BalasPadam
  19. Bila @Cik Nur™ gelak hujung tu, fikir balik...
    Yeke ni??? =P

    BalasPadam
  20. Hhahahahahah..... Pun boleh kak @hainom OKje... =D

    BalasPadam
  21. remy yg terakhir kut....si pendamai yg cintakan keamanan.....

    BalasPadam
  22. Emmm susah sikit nak tahu sifat sendiri ni dik...klu org kenal kakak mungkin br tahu sifat yg mana satu hehe

    BalasPadam
  23. Ada yang macam tu kak @Mia Kassim....
    Tengok macam mana orang nilai kita kan.... =D

    BalasPadam
  24. Hehe. Nani ada belajar pasal ni.. :) best jgk bile baca pasal yg relate ngn personality ni :)

    BalasPadam
  25. hahha..nthal..mcm semua je..wakaka

    BalasPadam