5 Tips Memilih Pakaian


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ baca dalam EH! ada Tips memilih seluar jeans....
AJ baca Remaja pulak ada tips memilih pakaian.....
Elok sangatlah tu..
Meh AJ kongsikan ilmu yang AJ dapat dengan korang pulak....
Untuk sesiapa yang belum baca dan belum tau lah ye... =D


“Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”

Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.



1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu....
Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai....
Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting!
Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ?
Adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain.
Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu.... 
Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya....
Bukan apa takut-takut jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat... Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau...
Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak? 
Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali kedua!

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak...
Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak....
Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku....

P/s : Harap tips ni membantu!

46 ulasan

  1. tq share Ayue. Org pompuan bab melaram mmg ekselen!

    BalasPadam
  2. Tau takpe kak @nea lopah..
    Nombor 1 dari segalanya... =D

    BalasPadam
  3. hehe..jangan lupa pastikan duit dah withdraw sebelum beli..lan pernah kena lepas org tu dah scan baru perasan duit belum withdraw..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  4. Pertamaaaa sekali kakak tengok ialah muat atau tidak, lepas tu tutup aurat atau tak, baru tengok corak dan kaler. Sadis kan..?

    BalasPadam
  5. AJ pakai debit card @Azlan Strider...
    Mungkin tak jadi macam tu...
    Tapi yang kemungkinan boleh jadi bila sebenarnya dalam bank takde duit...
    Hehheheheh....

    BalasPadam
  6. Apa pulak sadisnya kak @Aziela...
    Itukan ada dalam syarat pertama.....
    Muat atau tak, ikut selesa kita... =D

    BalasPadam
  7. nice sharing AJ... ^_______^ selalu mcm tu la kan, nampak chantek je terus nk beli, try2 tgok xmuat situ la sini la kan, cam hampeh...huhu...nice tips :D

    BalasPadam
  8. selesa,..cantik warna sesuai,..labuh...ttp aurat,..tak ketat,..mmg jadi pilihan..harga boleh dirunding,,hihi

    BalasPadam
  9. Lepas tu barulah nak terasa membazir kan @Seneorita Baharin..
    Sayangnya dah terlambat..
    Nak jual balik dah tak dapat harga sama macam kita beli...

    BalasPadam
  10. @izan mama mia tang harga boleh runding tu AJ setuju... =D

    BalasPadam
  11. MV kalau bab nak beli baju mmg agak susah..

    BalasPadam
  12. ADA JUGA PAKAIAN YANG SAYA BELI TAPI TAK SUKA PAKAI.. ADA JUGA BELI BAJU BUNDLE..

    BalasPadam
  13. hihihi..sis rasa sis macam tulah AJ..muat tak muat belakang kira janji cantik dan kita yang dapat beli dulu..teruk kan? lepas tu dh tak boleh pakai simpan dalam lemari dan tempat kasut..hikhikhik Thanks for the tips!

    BalasPadam
  14. Memang ada yang macam tu @fairus..
    Beli tapi tak pakai..

    BalasPadam
  15. Nanti2 barulah terasa sayang nya duit yang digunakan untuk membeli tu kan kak @RamRamCute....
    AJ penah rasa....

    BalasPadam
  16. semua tips di atas deqla ikot.. hihi.. cuma penah la skali terbeli baju yg salah saiz..tp tu dulu..skng dha muat pun baju tu..hahhahaa..

    BalasPadam
  17. tips yg sangat bagusssss ai like hehe

    BalasPadam
  18. pcl kekadang paling cerewet pasal membeli pakaian..tu pasal selalu merungut takada baju nak pakai ...teliti sangat pon susah jugak !

    BalasPadam
  19. Jarang jumpa lelaki cerewet ni @[PCL]... =D

    BalasPadam
  20. alangkah bestnya kalau dapat pakai apa saja....*nak kena kuruskan badan*
    hehehehe....

    BalasPadam
  21. Insyaallah boleh @hud aikara..
    Kene disiplin la.... =D

    BalasPadam
  22. Ros memang ada prob nak pilih baju dgn betul.. selalu, dat=ri rumah niat gi shopping mall nak beli baju. tapi, mesti balik tak beli baju.. huhu.. tak pandai nak pilih sesuai dengan diri..

    BalasPadam
  23. @ros_reeza, bila kita try kita rasa confident dan selesa..
    Maknanya sesuailah dengan kita tu... =D

    BalasPadam
  24. saiz yg betul penting! zip berfungsi pun penting! tak koyak pun penting! yang lagi penting tengok harga jugak! hahah :p

    BalasPadam
  25. Betul @Hanida Moss..
    Kang lain semua okay, poket pulak yang koyak... =D

    BalasPadam
  26. Tips yang bagus kak sebelum kita nak beli pakaian tersebut.. Harga pun penting jugak. Haha. ;D

    BalasPadam
  27. Kalau mahal tak berbaloi pun tak boleh jugak kan @Sally Yatiey... =D

    BalasPadam
  28. haaa..zip tu mmg penting..!

    BalasPadam
  29. Betul @Cik Nur™...
    Kang dah nak kena ganti zip pulak..

    BalasPadam
  30. Nice tips AJ.. Akak mmg selalu praktik semua tu

    BalasPadam
  31. Thanks AJ.. Suke tips ni. Tp nani kadang tangkap muat je .. Lepas tu da keluar mule la rasa menyesal lak sbb tangkap muat. Grrr

    BalasPadam
  32. betul3.... nak kena belek dulu... takut menyesal bila dah balik rumah....

    BalasPadam
  33. Menyesal kemudian, tiada gunanya @nanieybarnieylurviey...
    Hehhehhe....

    BalasPadam
  34. Betul @Remy hazza..
    AJ pun dulu selalu main tangkap je....
    Last2 tak guna..
    Pastu rasa ruginyaaaa...

    BalasPadam
  35. wkakak..udah tinggal pake aja..tang penting bersih

    BalasPadam
  36. Tapi kadang ade gak yang tersalah beli kan @Nadia Johari.. =D

    BalasPadam