8 Lelaki Yang MESTI DIJAUHI!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kaum Adam memang pelengkap hidup seorang wanita...
Tapi ingt! Bukan semua kaum Adam tu sesuai dijadikan teman hidup...
Ada beberapa jenis lelaki yang patut kamu jauhi....
Kalau sekadar berkawan biasa, mungkin tiada masalah....
Untuk dijadikan teman hidup???
Baik kamu berfikir panjang!
Jangan menyesal dikemudian hari pulak...
"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"


1. Lelaki Meminta-minta

Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita...
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri...
Nak jugak minta tolong walaupun sebenarnya simple je.....
Sanggup ke nak layan karenah mereka??
Sekali sekala okaylah jugakkan... Kalau setiap kali??

2. Lelaki Mudah Dijangka

Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi...
Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!!
Yelah, dah tau dah segala gerak geri dan tindak tanduk dia.....
Takde yang misteri...
Tak thrilled lah!

3. Lelaki Rengus

Ego dan hanya mementingkan diri sendiri!
Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain...
Korang nak ke keluar dengan orang yang annoying macam tu??
Malu kot!

4. Lelaki Mata Keranjang

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua....
 Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati...
Boleh ramah... Tapi ada batasnya..
Kalau dah kamu depan mata pun nak ushar perempuan lain... Apa kes???

5. Lelaki Kedekut

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa?
Kalau taknak bagi bunga, coklat 1 bar pun dah memadai..
Bukannya ajak makan kat TGI Friday pun!
Kalau dah sesen pun berkira.. Boleh bayangkan hidup kamu di masa hadapan???
Hurrrmmmmmm......

6. Lelaki Kaki Gaduh/Panas Baran

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya....
Ada saja perkara yang dibangkitkan boleh mencetuskan pergaduhan..
kalau bukan dengan kamu, dengan orang lain......
Rasa-rasanya larat ke nak bertengkar je takde hujung pangkal??
Ataupun nak tengok pergaduhan depan mata je sentiasa??

7. Lelaki Perasan Bagus

Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain....
Mereka juga suka bercakap besar dan riak..
Kalau nampak orang kurang sikit, mulalah cerita gebang dia keluar.....
Entah betul, entah tidak ceritanya tu???
Silap hari bulan, telinga kamu pun bernanah beb!

8. Lelaki Pembenci Wanita

Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif mengenai wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah....
So kalau dah dia bencikan wanita.....
Kamu rasa mampukah dia membahagiakan hidup kamu??
Tak mungkin sama sekali...
Baik kamu angkat kaki dari dia secepat yang mungkin......
Ataupun, baik kamu kaji dia cenderung ke arah mana.... GAY ke?!
Opsssss.....

Sumber : EH

Rasanya ni jelah ciri-ciri utama yang patut kamu jauhi.....
Lain-lain tu mungkinlah boleh dipandang enteng......
So pilihan ditangan anda...
Take it or Leave it!!!
Lelaki macam mana yang kamu dambakan?

P/s : Apa Kata LELAKI?

20 ulasan

  1. wahai2 lelaki2 .. jgn jadi spt di atas. haaaa

    BalasPadam
  2. fuhh... nasib baek 5zol x trlibat...

    BalasPadam
  3. laki2 spesis nih memg patut dijauhi

    BalasPadam
  4. Nasib baik ye @Faizol Dee..
    Kalu tak, tanak kawan...
    Hehehheh... =P

    BalasPadam
  5. Kang tak pasal berlebam kan kak @Mimi Azirah..
    Hehehehhe.. =D

    BalasPadam
  6. @Mrs Velentine kalau dapat yang macam ni lambat laun susah hidup..

    BalasPadam
  7. nant buat entry lelaki yang mesti didekati pulak yee

    BalasPadam
  8. hehe tersenyum bca entry ni..haha

    BalasPadam
  9. Ada makna ni @hazwan hairy kalau duk senyum2 ni...
    Hehehhe... =P

    BalasPadam
  10. kalau boleh elak..mmg kita nak elak..
    kan...

    BalasPadam
  11. Betul @Cik Nur..
    Awal2 mungkin tak rasa..
    Dah kena nanti baru tau.....

    BalasPadam
  12. @Sally Yatiey kalau jumpa cepat2 lari tau...
    hehhehehe...

    BalasPadam
  13. Heehheheh... Tu la @nanieybarnieylurviey..
    mana lelaki ni...
    Cer komen.. =P

    BalasPadam
  14. salam AJ, lelaki ni sebenarnya kekadang tu sikap mereka atau fitrahnya memang begitu...jd untuk menjadikan mereka ini seperti yang diingini.., wanita itu sendiri kena bijak dan sama2 memperbaiki apa yg kurang..oleh itu kalau boleh pilih..pilihla yg baik dan baik dari kita supaya dapat bimbingan. elakkan membuat pilih seperti dalam senarai tersebut., kalau dah jodoh tak kemana..redha je lah dan buat sesuatu utk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  15. Thanks @[PCL]..
    Yup betul, nak yang terbaik ataupun nak ubah orang jadi macam yang kita nak kena baiki diri dulu... =D

    BalasPadam