Jadual Penuh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mood sekarang ni macam ada takde je nak merapu dan merepek..
Hehehheheheh... =P
Tu yang lama AJ tak update, tak BW tu.....
Since dari lepas Aidiladha tu, AJ memang tak lekat kat rumah...
Tu yang tak berblog......
Nak update "on-the-go" malas pulak..
Nanti jadi lagi "Tragedi Oktober".... Delete pic dalam telefon, sekali dalan blog hilang...
Padan Muka AJ!!!!... =P

Beberapa hari ni memang hidup AJ di luar rumah je...
Sabtu AJ buat ladies outing dengan SBW Ladyz & Kids....
Dah kaum-kaum Adam SBW pegi beraktiviti, makanya kami pun buatlah agenda kami......
1st pegi main bowling kat Kompleks Wilayah.......
Kami decide nak main 2 frame je....
Ingatkan lama sangatlah kami hadap game tu...
Sedar tak sedar dah habis dah...... Tengok jam baru pukul 12 malam......
Confirm-confirm suami masing-masing belum habis.....
Lepas tu kami sambung pulak pegi karaoke......
Dah puas melalak, barulah balik rumah.... =D

Ahad, repeat lagi bowling...
Kali ni dengan SBW family pulak.....
Semua taknak kalah ambik 4 frame sorang.....
Penuh pusat bowling dengan gelak ketawa kami semua......
Loyar buruk, bahan-membahan tak payah nak cerita la......
Nasib semua takde yang hati tisu kat situ....... =D
Awal pagi jugak barulah kami semua habis berbowling......
kesianlah mereka-mereka yang keje pagi, termasuklah AJ....
Masuk keje rabak biji mata........ =P



Semalam pulak habis ofis hour keluar lagi...
Mulanya nak makan "Cheese Naan Best In Town" je.......
Dah kenyang-kenyang makan, nak pulak ada orang belanja plan pulak aktimiti lepas tu.......
Dah bincang semua setuju nak karaoke....
Makanya robohlah pusat karaoke tu...
Macam-macam lagu, perangai yang keluar........
Endingnya, tak pasal-pasal semua duk melalak lagu Hindustan.....
Balik rumah, semua hilang suara.....
Mana taknya, masuknya 10-11 orang.... Yang nyanyinya dah orang tu, orang tu lagi....
Hahahahaha.......
AJ salah seorang dalam kategori "orang tu" la.... =P
Masuk keje pagi tadi punyalah mengantuk... 
Yelah 3 hari balik lambat.... Lepas tu tidur lambat......
hari ni, dah nekad taknak pegi mana-mana...
Harapnya takdelah godaan dan dugaan dari mereka-mereka...
Hehehehhehe.. =D

P/s : Sorry Entri Panjang Meleret-Leret Pulak... =D
Baca Selanjutnya »

Salam AidilAdha Blogger!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama juga rasanya AJ  tak berblog....
Adalah 2 hari..... Lama kan???
Hehehehehehehe.... 
Actually past few days AJ tak berapa sihat...
So mood perah otak, nak berceloteh pun macam suam-suam kuku gitu....
Tapi kat twitter, sihat je...
Siap kene twitlimit lagi.... =P

Rasanya masih belum terlewat untuk AJ ucapkan Salam AidilAdha buat blogger yang beragama Islam....
Mana yang balik beraya di kampung ataupun di mana sahaja, AJ doakan perjalanan korang selamat..
Insyaallah....
Raya AJ hari ni biasa-biasa je....
Duduk rumah, mengemas dan tengok tv je...
Kang kalau pegi tengok orang surau sembelih lembu, terbit pulak rasa kesian...
So baik tak payah tengokkan... =D
Petang sikit baru AJ pegi "datingraya" rumah kawan-kawan....
Yelah sambil dating, sambil raya...
Hahahahahhaah...
Hope raya korang meriah je okay.....



Ni special AJ bagi untuk korang..... =D


 P/s : Sempat snap atas motor masa pegi kedai siang tadi....
Hehhheehe...
Baca Selanjutnya »

Tahniah Zulfahmi Khairuddin dan Wow Hafizh Syahrin!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam berlangsungnya MotoGP di Litar Lumba Sepang.......
Tahniah kepada ZulFahmi Khairuddin atas kejayaan beliau merangkul tempat kedua untuk Moto3....
Akhirnya beliau menjadi pelumba dan anak Malaysia pertama yang menaiki podium dalam kejohanan bertaraf dunia.....
Bersorak AJ tengok kat rumah....
Walaupun 7 laps terakhir tu astro buat hal sebab hujan........
ZulFahmi memulakan perlumbaan di petak pertama......
Kemudiannya mengungguli barisan hadapan.....
Walau bagaimanapun pada corner terakhir beliau dipintas oleh Sandro Cortese......
Tapi takpelah, bak kata dia biarlah dapat nombor dua daripada terkeluar dari perlumbaan kalau terjatuh....
Lagipun masa corner terakhir tu, tayar belakang dia dah lari sikit.....
Agak bahaya untuk terus memecut........
AJ bangga dengan pelumba muda ni.....
Tambahan pula masa champange celebration dia turun dari podium.....
Tapi World Champion si Cortese dapat jugak simbah sikit.......
Tahniah Zulfahmi, ranking nombor 7 keseluruhan tu......
Tapi lagi sorang pelumba favourite Maverick Vinales tak berlumba..... Sebab krisis dengan pasukan pada perlumbaan lepas..... =(
Dan lagi sorang, Luis Salom dapat nombor 4..... =D
Oh ye, Happy Belated Birthday Fahmi ke-21 rasanya yang jatuh Sabtu lalu......

Zulfahmi Khairuddin (63), Sandro Cortese (11) dan Jonas Folger (94)


Manakala Hafizh Syahrin pula betul-betul WOW!!!!
Walaupun hanya wildcard untuk Moto2, prestasi dia sangat membanggakan.......
Memulakan perlumbaan di petak ke 26/27, namun berjaya memintas pelumba lain sehingga tempat pertama untuk beberapa pusingan......
Namun faktor litar yang basah dan licin membuatkan perlumbaan terpaksa dihentikan setelah 15 pusingan perlumbaan dan red-flagged dikibarkan menandakan perlumbaan terpaksa ditamatkan.......
Hafizh Syahrin mengakhiri perlumbaan di tempat keempat......
Dia ni berlumba memang gila-gila.....
Gaya dia macam pelumba luar negara tau.....
Potensi dia memang cerah......
Baru berusia 18 tahun, tapi beliau berjaya membuktikan usia itu bukan penghalang.....
Jeles AJ dia dah bawak 600cc kot......
Zulfahmi pun bawak cc kecik tau.....
Hehehehehe......
Harapnya musim depan, Petronas nak keluar sponsorlah supaya Hafizh Syahrin boleh berlumba sepanjang musim...... =D
Taknaklah wildcard je......
Rugi wooooo tak bagi peluang kat dia.... Fastest lap dia je pegang semalam... =D
Takpe, bermula dari bawah kan.......
Bermula dari Cup Prix, lepas tu wildcard then barulah berlumba di MotoGP untuk whole season kan..... =D

Hafizh Syahrin (86)

P/s : Walau lagu Negaraku tak berkumandang.....
U guys still make all Malaysian proud.......
SALUTE si pelumba 63 dan 86 ni!!!!!!!
Betulkan AJ cakap, bab bola (lagi-lagi Manchester United), MotoGP ke F1, hilang perempuan AJ.... =P
Baca Selanjutnya »

Sedang Gigih Berusaha =D


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat pagi semua.....
Pagi ni alhamdulillah mood AJ baik, ceria je.......
Walaupun keadaan dalam blog AJ ni tak ceria sangat....
Hehehehhee..... =D
Tunggang langgang dah rumah kedua AJ ni sebab kehilangan gambar-gambar dalam semua entri......
AJ dah figure out sebab musabab boleh jadi macam ni......
Semuanya gara-gara smartphones.....
Cehhhh.... Having smartphones sometime make our life more complicated......
AJ manage folder dalam fon, tak sangka pulak dia dah auto sync dari blog ni ke situ......
AJ memang tak suka nak sync apa-apa masuk fon...... Leceh nanti.....
So takpelah...... Benda dah jadi.....
Nasib AJ ada save segala gambar dalam entri sebelum ni dalam pendrive.....
Cuma nak kena curi-curi masa sikitlah nak fixed everything...... =D
Gigih kan???? Hahahhahhaha.... =P


P/s : No Monday Blues Today.....
Yeayyyyyyyyy!!!!!!!
Baca Selanjutnya »

Blog Buat Hal Lagi!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Masuk blog ni mesti korang perasan gambar-gambar dalam blog ni hilang....
AJ tak tau lah kenapanya dengan blog ni....
Sakitnya hati bila tengok.....
Hari tu dah jadi sekali....
Tapi tu memang salah AJ.....
Ni jadi lagi sekali dan AJ tak tahulah apa puncanya....
Aduhai..... Dah 1 hal pulak nak fixed semuanya....
Hmmmmmm..... Sedih betullah perasaan macam ni....
Mulalah mood berblog tu jatuh ke tahap.0.01%.....


P/s : Sedih, Bengang, Baran!!!
Sabarlah AJ.... =(
Baca Selanjutnya »

ATM, MU dan MotoGP


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pertama sekali AJ nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelatan sebab merangkul Piala Malaysia atas kemenangan 3-2 menentang pasukan ATM...
Sejujurnya AJ agak frust sebab AJ menyokong pasukan ATM....
Macam mana pun AJ bangga dengan mereka sebab kalah bermaruah di tangan pasukan Kelantan....
Pada awalnya permainan mereka sangat slow sehingga memberi peluang pasukan lawan menembusi gawang gol..
Namun mereka kembali bersemangat apabila berjaya menyamai gol 1 sama....
Dan seminit kemudian Kelantan menjaringkan gol keduanya....
Babak separuh masa pertama dan kedua diakhiri dengan gol 2 sama...
30 minit game tambahan memberi kelebihan buat Kelantan sekaligus menjuarai Piala Malaysia dengan 1 gol mendahului ATM....
Kalau tak 3 sama tapi offside lah pulak... =(
It's okay ATM, U still win my heart.....
Frust memang frust but they really did a very gud job....=D
Penjaga gol ATM, ni bukan tangkap anak ayam ye..



Manchester United pula memang 4-2 keatas Stoke City....
Terubat sikit luka AJ atas kekalahan ATM tadi tu....
Kemenangan MU adalah hasil jaringan Wayne Rooney pada minit 27 dan 65....
Robin Van Persie pada minit ke 44 dan Danny Welbeck pada minit ke 65....
Walaupun AJ missed tengok gol-gol ni, tapi AJ puas hatilah MU menang....
Hehehehehehehe.....
Yang tak bestnya, Chelsea pun menang 4-2 jugak dan masih lagi menjadi pendahulu liga.....



Manakala MotoGP pula, tahniah ZulFahmi Khairudin kerana merangkul petak pertama untuk perlumbaan Moto3 esok setelah memberikan catatan terbaik pada ujian masa.....
AJ harap dapatlah dengar lagu Negaraku berkumandang esok....
Good Luck ZulFahmi Khairuddin....
Semoga dapat naik podium untuk perlumbaan di Sepang....
Make us proud okay... =D
Oh ye.... Harapnya untuk MotoGP kali ni, tragedi Marco Simoncelli tak berulang...
RIP bro..



P/s : AJ dah sakit tekak gara-gara bola....
Hilang perempuan sekejap....
Hehehehehe.... =P
Baca Selanjutnya »

Tazkirah Jumaat



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sedikit perkongsian buat korang.....
Semoga memberi keceriaan dan manfaat kepada kita semua...... =D








P/s : Selamat Hari Jumaat.... =D
*Kaum Adam Jangan Ngelat sembahyang Jumaat Ye......=P*


Baca Selanjutnya »

RIP Richard Foo - Funeral



I made this entry for the late Richard's friends who can't make it for his funeral....
I copy paste all this photo from facebook......

Today is Richard's funeral at St. Joseph's Caththeral Funeral Parlour....
Evening prayer will be held at the Parlour at 8.00 pm daily, and after burial at 96 Rock View Estate until Saturday 20 October...

Futher queries may be directed to either Marina 012-8890880 or Caroline at 013-8185446...

May his soul rest in peace...
God bless you Richard Foo.....





Other entry : RIP Richard Foo
Baca Selanjutnya »

Hari-Hari Dilema!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang hari-hari AJ hadapi dilema...
Bukan dilema cinta ke, kehidupan ke apa ke....
Tapi dilema nak pakai apa ke tempat keje.....
Balik keje AJ selalu akan fikir nak pakai apa esok.......
Baju banyak, almari baju sampai tiga kadang nak buat keputusan nak pakai apa untuk hari seterusnya mesti buntu....
Selalunya perempuan memang akan hadapi masalah macam ni..
AJ penah dengar lelaki mengeluh pasal pasangannya yang berperangai macam ni....
Hehehhehehe... =P
Nasib koranglah wahai kaum Adam....
Kaum Hawa ni memang cerewet bab penampilan...... Termasuk AJ....
Tapi kan selalunya, baju yang AJ keluarkan dari dalam almari kononnya nak pakai esok tu AJ tak usik pun.....
Bangun pagi, mandi sarung jeans dan shirt kegemaran...
Hahahhahaha.... =P
Fikir punyalah beriya, bukak almari sampai 5-6 kali..
Last-last pakai pakaian yang tak terlintas kat fikiran masa tu pun....
Kadang tu asik duk ulang pakai baju yang sama je....... (Bukan baju semalam ye...=P)
Tapi AJ tak kisah pun...
Asalkan AJ berbaju dan tak bogel ke tempat keje...
Mau ada yang mati sakit jantung nanti...
Hahahahahahahhaha......


Bila dah terlewat kadang tu main capai je baju..
Bila sampai ofis rasa serba tak kena.....
Down sekejap.... =D


P/s : Nasib ofis AJ ni tak memerlukan AJ pakai pakaian yang formal.... =P

Baca Selanjutnya »

Pelik Tapi Benar!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fakta-fakta yang AJ share ni agak pelik....
Tapi ianya benar...
Tak caya???? Cuba try test... =P

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki....
(Kenyang ke?? Unik sangat cara rasa makanannya tu....)


2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).....
(Sila tanya apa itu bunyi echo kat cikgu vokal ye.... =P)

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding 
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi...



4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.....
(Ehh?? Yeke??? Siapa takut labah-labah?? Baik ngaku cepat....)


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.....
(Cuba imagine kalau gajah melompat??? Pelikkan?)


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih....
(Agak-agak siapalah si panjang umur tu??)

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.....
(Bawak turun guna lif lah... =P)

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki......
(Cuba compare dengan pasangan anda.... Yang berlainan gender ye.. =P)


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri....
(Mesti ada yang cuba jilat siku pasni....)



10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun........
(Siapa kuat tidur boleh digelar SIPUT tetttttttt.....!!!! Sambung sendiri =P)


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,  tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.....


12. Semua beruang kutub adalah kidal......
(Kalau nak tahu betul ke tak pegi suruh beruang kutub menulis... Tu pun kalau korang cukup berani nak hadaplah....)

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.....
(So besar mana je otak dia ye?)

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari 
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.....
(Kalau nak panjang lagi boleh je... Tapi sure takde dalam kamuslah.... =P)

P/s : Fakta ke Auta???


Baca Selanjutnya »

Penyakit Lama Datang Menyerang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ni yang AJ malas ni bila penyakit lama menyerang kembali...
AJ ni bila dah start susah nak berhenti....
Hari-hari, tiap waktu AJ akan hadap je penyakit tu.....
Sampai tergendala segala keje yang AJ nak buat atau tengah buat......
Dulu AJ penah kena penyakit "Gila COD"..
Bayangkan time tu AJ boleh melepak kat CC hadap bende tu dari lepas Isya' sampai 7pagi keesokkan harinya.....
Sampai nak muntah hijau dah tengok PC tu...
Tapi gagah jugak...
Tak padan dengan perempuannya AJ time tu........
Alhamdulillah nasib boleh stop.... Kalau tak buang masa kat CC je kejenya.... =D


Ni pulak dah terkena balik penyakit Angry Bird.....
Dulu main pakai PC, sekarang ni AJ main kat phone pulak....
Sampai kong bateri fon AJ hadap bende tu..
Bukan AJ je.... En. Sayang pun taknak kalah...
Siap rebut dengan AJ lagi......
Amboih bijakkan... Nak jimat bateri fon dia, dia lanyak fon AJ....
Sampai stress dan emo kejap main mende alah tu.......
Yelah ada 1 stage tu berhari-hari kitorang cuba tapi tak jugak lepas-lepas...
Berhantu betul game tu.....
Ni pun batt AJ dah tinggal separuh....
Dari pagi masuk keje duk main game sambil bekerja, sambil fb, tweet segala.....
Haissshhhh.. Apa pun tak boleh.....
Ni En. Sayang lah ni pengaruh main game tu balik....
Hampagas.....



P/s : Ni sebab AJ malas nak download Game..
Padahnya TERJEBAK jugak.... =P
Bye nak main Burung Marah.... Hahhahahha.. 
Baca Selanjutnya »

Kenapa Dengan Shoutbox??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang ada guna shoutbox busuk.org tu tak???
Memang ada masalah ke ek???
Dah 2 hari AJ perasan ada masalah....
Lepas tu hari  ni AJ bukak website dia.....
Dia keluar website offline pulak....
Haishhhhh.... Ada problem lagi dengan shoutbox pulak.....
Ke nanti website ni okay balik???
So nampak gayanya AJ kena tukar lain lagilah ni??
Korang yang pakai shoutbox busuk.org ni pun ada masalah sama ke??
Okay nampaknya khidmat CBOX dikembalikan.... =D
Welcome back.....


P/s : Takpun Jeritlah kat COMMENT BOX dulu ye... =D

Baca Selanjutnya »

Kenapa MEMUSUHI Mereka???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi masa berjalan-jalan kat fb, AJ nampak seorang rakan sharekan 1 artikel...
Lalu hati berkata....
Kenapa ada sebilangan mereka memusuhi mereka??
Kenapa ada yang menzalimi mereka??
Apa yang mereka lakukan??
Adakah mereka mencabuli hak kita??
Adakah mereka bertindak kejam terhadap kita??
Mungkin ada, tapi yang pasti bukan kesemuanya sebegitu rupa...
Ada yang menggelarkan dan menyamakan mereka dengan haiwan....
Ada yang menghina mereka dengan pelbagai cara......
Ada yang sengaja mencederakan mereka....
Apa salah mereka??
Mereka bertugas untuk mencari rezeki yang halal....
Tak penah terfikirkah berapa banyak mulut yang perlu mereka suap??
Berapa jiwa yang mereka perlu lindungi??
Kalau apa-apa terjadi kepada mereka yang mengkeji dan menghina pada siapa akan si penghina laporkan??
Kepada siapa mereka meminta bantuan??
Bukan pada artis pujaan, bukan pada ahli politik tapi pada mereka.....
Siapa mereka??
Mereka ialah insan yang beruniform dalam bertugas bagi memastikan keselamatan negara terjamin...
Tapi mengapa ada segelintir kita yang memperlakukan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya???
Kadang AJ kesian bila keluar dalam dada akhbar mengenai anggota keselamatan yang disepak terajang, yang dilanggar lari....
Kesian, sangat kesian........
Mereka mempertaruhkan nyawa...
Tapi wajarkah kita sewenang-wenang menyabung nyawa yang mereka pertaruhkan???



P/s : Mereka Juga Manusia... =D


Baca Selanjutnya »

WW #14 : Semoga Suatu Hari Nanti....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ingin sekali AJ menjejakkan kaki ke muka bumi Allah s.w.t ini......
Insyaallah, semoga suatu hari nanti AJ berpeluang pergi dan membawa kedua orang tua AJ menunaikan ibadah hajinya.....
Ya Allah, permudahkan segala-galanya.....
Amin...




P/s : Indahnya Di Sana, Sejuk Mata dan Damai Hati Walau Hanya Dapat Melihat....
Baca Selanjutnya »

Mini Giveaway # 8



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ nak join Giveaway ni.....
Hadiahnya pulak memang perfume kesukaan AJ..
So taknak lepaskan peluanglah menjoinkan diri..
Mana tau kot-kot bernasib baik pulak kali ni......

Hadiahnya...... Perfume ESCADA ni....
Suka tak???
Kalau suka JANGAN JOIN.... Hahahhahaha... =P
Sampai 12 tengah malam ni aje......

 P/s : Semoga Bertuah Kali Ni... =D

Baca Selanjutnya »

I'm Down & Give Up!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ macam agak kurang bernasib baik je.....
Rasa nak marah, nak nangis tiba-tiba....
Saat entri ni ditulis pun AJ baru lepas mengalirkan airmata tanpa sebab...
AJ tak tau kenapa hati ni rasa sayu......
Airmata ni murah je hari ni...... Nak kata kena marah ke, apa ke takde pulak......
Dahlah dari awal pagi tadi telefon AJ buat hal......
Asik hang je.... Lepas tu kuar pop-up "Unfortunately the process android.process.acore has stopped"
Puaslah AJ On, Off, Reboot, keluarkan memori kad, cabut bateri bagai....
Tapi semuanya menemui jalan buntu...
Last-last AJ dah bengang AJ tidur je.....
Karang kalau hadap lagi, naik baran terpelanting pulak telefon tu.....
Lepas tu pagi-pagi masuk ofis, internet connection pulak buat hal.......
Bermakna AJ tak boleh buat keje la......
Dah godek sana sini, finally dah boleh guna..
AJ pun google macam mana nak solved problen telefon AJ tu..
Akhirnya 1 cara je mampu okaykan mende alah tu....
Clearkan contact data... Makanya semua contact hilang...
Tang situ dah down lagi......
Tapi after that teringat pulak AJ ada download 1 software yang backup contact AJ....
Alhamdulillah it's worked..... Dah boleh senyum sikit...
Lepas tu masa AJ ber"whatsapp" dengan Si Dia, tiba-tiba AJ terbuat luahan perasaan....
Pasal keje semua..... Dah "ter"nangis lagi....
Lepas dapat tahu pulak riwayat BB AJ dah tak panjang...
Memang tak boleh nak repair langsung....... Lagilah sedih..
Walaupun BB tu buruk. tapi bernilai pada AJ......
Ishhhh kenapanya dengan AJ ni tah.......
Hari ni hati ni "tisu" sangat.......
AJ bukanlah orang yang macam ni sebenarnya.......
Entahlah... tak taulah kenapa rasa malang sangat hari ni.......
Alhamdulillah sekarang ni AJ rasa lega sikit dah.....
Thanks kepada Si Dia yang selalu bagi semangat saat AJ rasa sedang jatuh terduduk macam hari ni.......
And thanks kat korang yang sudi baca luahan hati tisu AJ hari ni...
Semangat AJ baru nak naik ni..... =D
Hopefully hari ni tak berterusan dengan kesedihan....

AJ don't give up! Wake up...

P/s : Ya Allah, kau kuatkanlah semangatku untuk menempui hari ini..
Dan kau kuatkan semangat ku dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.......
AMIN....
Baca Selanjutnya »

Saya Suka Dress! 1st Giveaway..



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama gila AJ tak join Giveaway..
Hari ni nampak pulak GA ni.......
Terus rasa WOW, menarik jugak ek.....
So sementara takde keje nak buat, AJ join GA ni dengan senang hatinya....
Tapi kan..... AJ taknak 1st prize....
AJ nak 2nd atau 3rd prize...
Insyaallah kalau bertuahlah...
Selalunya AJ memang tak penah bertuah pun....
Hahahahhahaha... =P

Tarikh penyertaan GA : 30 September 2012 - 21 Oktober 2012
Ada masa semimggu lagi..... CEPAT!!!

Mangsa Tag AJ :

P/s : Done!!!!
Baca Selanjutnya »

RIP Richard Foo


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam pukul 10 malam tadi AJ terima berita sedih mengenai seorang sahabat dari Sarawak...
Beliau disahkan telah meninggal dunia akibat lemas di Pantai Lundu....
AJ dapat tau pun melalui rakan-rakan dari facebook...
Tiada ayat yang mampu AJ lafazkan saat ni...
Richard Foo, AJ mengenalinya lebih kurang 3-4 tahun lepas kerana sama-sama terlibat dalam dunia paintball...
Dia seorang yang ceria, penuh dengan gelak ketawa dan sempoi....
Masa AJ ada event kat Sarawak dulu, dialah yang drive kami ke hulu ke hilir....
Dia yang sediakan accomodation semua....
Best gila memalam lepak-lepak, bergelak-gelak kat rooftop (Sadau Cafe) atas Singgahsana Lodge tu....
Baru merancang nak ke Sarawak lagi dan stay di Singgahsana Lodge milik keluarganya...
Tapi tak kesampaian pulak....

KUCHING: A weekend outing at Pandan Beach, Lundu, turned tragic after a man drowned there yesterday.
The victim, identified as Richard Foo, from Kuching, had gone to the popular picnic spot with several tourists and locals.
He was said to have gone missing while swimming in rough sea conditions at about 4pm.
A search and rescue operation was immediately launched to locate him, and his lifeless body was found shortly thereafter.
His remains were then taken to Lundu Hospital for a post mortem.

Sumber : BorneoPost 

My dear friend Richard Foo...
May your soul rest in peace...
You're such a good friend, cheerful and happy go lucky person...
It's a pity that we couldn't have a longer time but i believe you're in a better place now...
May god bless you...
My deepest condolences to your family..

You will be missed buddy!
This pic was taken 3 years ago at WCA Players Party..
4th from left...


I know this place...
Rooftop (Sadau Cafe) that i used to lepak-lepak...

Other Entry : RIP Richard Foo - Funeral

P/s : Seorang lagi sahabat pergi buat selama-lamanya....
Sedih.... 

Baca Selanjutnya »

Go and Shop at LaceWonderland!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ nak buat promosi sikit.....
Promo bisnes kawan-kawan....
Mana tau nanti AJ pulak terjun bidang ni kan.....
Korang ada rasa nak cari blouse ke, pallazo ke ape ke...
Sila jangan malu atau segan nak like facebook page LaceWonderland.....
Buat masa sekarang bisnes dijalankan secara online...
Insyaallah ada rezeki sooner or later adalah kedai.... =D
So korang jenguk-jenguklah LaceWonderland...
Manalah tau ada yang berkenan di hati....
Sambar dulu sebelum AJ yang sambar.. =D


   
 

P/s : Let's Shopping Girls.... =D
Baca Selanjutnya »