Berada Di Sana Betul-Betul Menginsafkan....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Weekend yang lepas, AJ mengikuti Charity event yang dianjurkan Kelab SBW......
Dan kami telah mengunjungi Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan, Melaka....

Sedikit sejarah mengenai Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan

Beralamat di No 1212-2, Jalan Tebing Tinggi, 75460 Duyong, Melaka....
Villa ini ditubuhkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai persatuan bukan kerajaan...
Organisasi ini ditubuhkan pada awal 2009 untuk menempatkan mereka yang bergeladangan ....
Terdapat 125 orang insan bergeladangan berusia antara 20-60 tahun ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan ini..
Selain tidak berumah, ada diantara mereka yang mengalami masalah mental......

Objektif Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan

"Untuk mengasihi semua orang sama adalah asas objektif kami"

Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik buat penghuni antaranya :

Penempatan yang selesa
Kriteria ini termasuk tidur, mandi, makan seimbang dan pakaian.

Pendidikan
Beberapa penghuni diajar asas hidup dan kemahiran bekerja.
Mereka juga belajar sesuatu atau dibenarkan keluar (satu cara untuk mendedahkan mereka kepada masyarakat.)
Terdapat juga pengunjung membantu kami memberikan mereka pertolongan.

Kesihatan
Terdapat jururawat yang berkhidmat untuk penghuni kami.
Tugas utanma jururawat adalah mengatur temujanji pihak hospital dan menguruskan inventori perubatan.

Perhubungan
Tujuan utama kami memastikan para penghuni tidak terputus hubungan dengan dunia luar.
Masyarakat merupakan nadi utama Villa ini. Tanpa sokongan dan belas kasihan mereka, kita tidak akan mampu untuk menjadi tuan rumah kepada penghuni istimewa ini.
Mereka yang bertanggungjawab bagi menjalankan tugas ini adalah sukarelawan gigih kami.
Mereka menjemput orang ramai untuk melawat Villa kami dan memberitahu masyarakat mengenai kewujudan dan penghuni kami.

Bagi yang berminat untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan ataupun melawat
Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan boleh hubungi :

Tel : 06-2672820 / 06-2672822
Faks : 06-2672821
Email : villaharapan@gmail.com.my

Berada di sana memang betul-betul menginsafkan kami, ahli Kelab SBW....
Melihatkan keadaan mental dan fizikal mereka..
Ada yang berkerusi roda, ada yang hanya mampu terbaring lesu dia atas katil....
Ada antara mereka yang tidak mempunyai waris..
Ada juga yang tidak mampu dijaga oleh ahli keluarga sendiri...
Sebak dada dan menitis airmata kami....

Pada awalnya, segalanya nampak biasa sehinggalah kami melawat nenek Rohana...
Dia hanya mampu terbaring di atas katil kerana diserang penyakit strok seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kalau AJ tak salah dan juga menghidap kencing manis...
 Tangannya juga diikat bagi mengelakkan beliau mencederakan dirinya (atas nasihat pihak hospital)....
Malahan, 2 orang anaknya juga berada di Villa ini kerana turut mengalami masalah mental...

Sedihnya mengenangkan nasib mereka semua......

AJ juga nak share sedikit gambar untuk renungan kita bersama...


Sebahagian penghuni Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan


 Ahli-ahli SBW beramah mesra dan bertanya khabar penghuni

Keadaan Nenek Rohana yang meruntun hati kebanyakan Ahli SBW




 

Penghuni yang dikurung merupakan penghuni yang bergaduh, suka melarikan diri....
Biasanya mereka dikurung bagi tempoh beberapa hari sahaja sebagai pengajaran.....
Dan terdapat beberapa orang penghuni yang dikurung secara kekal atas sebab-sebab tertentu...
namun begitu mereka akan dikeluarkan dari kurungan seketika apabila tiba waktu makan....




SBW bergambar kenangan bersama para penghuni dan menyalurkan sedikit sumbangan

Pihak SBW menghulurkan sedikit bantuan berupa makanan dan barang-barang keperluan.....
Semoga sumbangan kami dapat meringankan beban pihak Villa Harapan...
Dan mudah-mudahan kehadiran kami dapat memberikan sedikit keceriaan kepada para penghuninya.....
Amin....


P/s : Berat Mata Memandang, Berat Lagi bahu Yang Memikul....
Dan Hargailah IbuBapa Selagi Mereka Masih Bernyawa......

4 ulasan

  1. xsanggup nak tgk tu lama2..
    bila berada di tempat mcm ni, mmg beri kita rasa kesedaran kan.. :)

    BalasPadam
  2. Ya Allah , tempatkan mereka dikalangan ummat mu yang istimewa Ya Allah .. Tengok gambar je sebak dada .. kalau tgk depan mata tak tahu lah .. :( tahniah utk awak atas usaha murni ni :)

    BalasPadam
  3. Betul @Cik Nur, memang bila berada di sana menginsafkan...
    laju je mengalir airmata ni......
    Tengok mereka yang kurang bernasib baik.....

    BalasPadam
  4. Kak @fizafantagirO, yang lelaki pun boleh menangis masa ada kat sana...
    memang sedih sangat....
    Aminnn... Semoga Allah swt sentiasa melindungi mereka....

    BalasPadam