Kau Pergi Jua.. Allah Swt Lebih Menyayangimu Reid..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saat entri ini ditulis, sahabat kami Riduan bin Hashmin atau Reid telah kembali ke rahmatullah....
Semalam habis kerja, AJ dan Mr,JR serta beberapa orang sahabat lain bergegas ke HKL....
Kami diberitahu keadaan kesihatan Reid menurun...
Otaknya telah mengalami 100% kerosakan serta kegagalan beberapa fungsi organ dalaman...
Ya Allah, hiba dan sebak hati kami semua mendengarnya...
Disana ahli keluarga dan rakan-rakan beliau tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat untuk Reid terus berjuang...
Namun takdir Allah swt telah menentukan segala-galanya....
Setelah 4 hari bertarung nyawa, hari ini Sabtu 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433H lebih kurang 12.45am, Reid menghembuskan nafasnya yang terakhir....
Innalillahiwainalilahirojiun...... Allah swt lebih menyayangimu wahai sahabat......
Hanya deraian airmata dan bacaan doa yang mampu mengiringi pemergianmu sahabat.....
Alhamdulillah kami berpeluang berada disisinya di saat-saat akhir hayatnya...
Sempatlah kami memohon maaf  sebelum pemergianmu..
Lebih kurang 2 pagi, kami meminta izin untuk pulang membersihkan diri setelah hampir sehari suntuk disitu sementara jenazahnya diuruskan pihak hospital..
Setelah itu, jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor... Dan dikebumikan di Makam Bendahara Tun Habab..
Malangnya kami terlewat beberapa minit dan jenazah sedang dikebumikan..
Walau bagaimanapun kami tidak begitu ralat kerana sempat bertemu buat kali terakhir di hospital...

Reid, walaupun pemergianmu amat kami rasai..
Kami redha Reid..
Tapi kami rindu dengan gelak ketawamu, senyuman manismu, gurauanmu malahan ayat-ayat spontanmu...
Tadi sewaktu berangkat pulang ke Kl pun, dengar lagu "Aishiteru" pun aku menangis...
Sebab kau selalu nyanyi lagu tu depan aku.
Siap bluetooth suruh aku dengar..
Reid, kami doakan yang terbaik buatmu disana...
Allah swt lebih menyayangimu...
Tenanglah kau disana wahai sahabat.....
Riduan bin Hashmin atau Reid...
We will missed you.....=(

AL-FATIHAH..
Reid Hashmin dalam kenangan...
28/12/1988 - 28/7/2012...


Gambar terakhir yang dimuat naik Arwah bertarikh 20 Julai 2012... =(

Aku minta halalkan dan menghalalkan segala apa yang terlebih atau terkurang antara Kau, Aku dan Jean...
AL-FATIHAH SAHABAT..  

P/s : Saat entri ini ditulis, AJ belum melelapkan mata dari 9am semalam sehingga sekarang...

18 ulasan

  1. al-fatihah..
    takziah buat arwah n keluarga..
    ada hikmahnya meninggal di bulan ramadhan..
    terlepas dari seksaan kubur..
    moga roh beliau dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  2. innalillah.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman. amin..

    BalasPadam
  3. insya-Allah semoga dia tergolong dalam kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa. amiin. redha lah dan doakan yang terbaik utk sahabt awk k.

    BalasPadam
  4. InnalillahiWainnalillahirojiun..
    Al-fatihah buat arwah..
    takziah buat keluarga arwah..

    Tabah ye ayue, lagi kasihan kalau lihat dia menderita...
    sekurang2nya ALLAH lebih sygkan dia dan dia tenang di sana..

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah...
    Takziah buat arwah dan keluarga arwah.

    BalasPadam
  6. salam takziah..moga ditempatkan di kalangan orang soleh.=)

    BalasPadam
  7. innalillah semoga arwah di tempat kan dgn org yg beriman, semoga ayu tabah dan redha atas pemergian ini. Al-fatihah.

    BalasPadam
  8. al-fatihah utk arwah.. semoga terus tenang di sana, Amin.. kehilangan pasti dirasai

    BalasPadam
  9. " al-fatihah..
    takziah buat arwah n keluarga..
    ada hikmahnya meninggal di bulan ramadhan..
    terlepas dari seksaan kubur..
    moga roh beliau dicucuri rahmat.. "

    uncle mengiyakan apa yang diperkatakan oleh sahabat bernama fieza tu ... insyaAllah moda arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  10. Al-fatihah..takziah dari saya..Semoga arwah tenag di sana..


    akk jgn sedih2 ye..hmm

    BalasPadam
  11. semoga die tenang di sane...

    BalasPadam
  12. smoga sahabat tenang di sana..insya Alalh.di tempatkan kalangan org2 yg beriman.amin.

    BalasPadam
  13. Teima kasih semua......
    Al-Fatihah....
    Amin.....
    Reid, tenanglah kau disana...

    BalasPadam
  14. AJ, akak terlepas entry awk ni. serius akak terperanjat. semoga arwah berada dlm rahmat dan lindunganNya. salam takziah buat keluarga reid. semoga arwah damai di sana..al fatihah...

    BalasPadam
  15. Arwah hanya mampu bertahan 4 hari kak @Sue-Rya Qistina...
    Allah lebih sayangkan dia...
    Insyaallah AJ sampaikan.....

    BalasPadam
  16. Mati itu pastikan AJ.... moga kita diberi keinsafan dpd peristiwa yg berlaku disekeliling kita...

    BalasPadam