Formula-Formula KEJAYAAN..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat berhari Jumaat korang...
Ada sedikit formula untuk saya kongsikan dengan korang.....

"Suasana rumah yang sunyi dari gurau senda di dalamnya merupakan sebuah rumah yang mudah menangis"

  • Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya.
  • Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketakwaan.
  • Formula untuk mendapatkan Syurga adalah tauhid.
  • Formula untuk mendapatkan iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dam makhluk-makhlukNya.
  • Formula untuk mendapatkan kebaikan adalah kejujuran.
  • Formula untuk mendapatkan hati yang hidup adalah merenungkan al-Quran, berdoa pada waktu malam dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Formula untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik.
  • Formula untuk mendapatkan pertolongan dan keberhasilan adalah sabar.
  • Formula untuk mendapatkan kebahagiaan adalah takwa.
  • Formula untuk mendapatkan bertambahnya (nikmat) adalah bersyukur.
  • Formula untuk mendapatkan perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak (zuhud) dengan dunia.
  • Formula untuk mendapatkan kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa.

Pedoman Hidup
"Senyuman itu sebenarnya merupakan pantulan tidak langsung dari sinaran matahari"

Oh Tuhan kami, berilah kami rahmat (kasih sayang) dari sisiMu.

Sumber : Buku Istimewa Untuk Wanita
Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia..

P/s : Renung kembali, pernahkah kita mengamalkan salah satu dari formula tersebut???
Renung-renungkan dan Selamat Beramal...


Untuk diri sendiri :
"Aku mungkin bukan wanita yang paling bahagia....
Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menjadikan diriku wanita yang bahagia....."



4 ulasan

  1. suasana rumah yang sunyi dari gurau senda di dalamnya merupakan sebuah rumah yang mudah menangis ...


    uncle suka ayat ni ..

    BalasPadam
  2. Amin..!

    Nur juga sedang berusaha menjadi wanita yang lebih baik.. :)

    BalasPadam