ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Tahun ini, 15 April 2012 merupakan genapnya 100 tahun tenggelamnya Kapal Titanic....
Ye korang.... Dah 100 tahun atau 10 dekad dah Titanic tenggelam....
So, meh sini AJ nak cerita sedikit sebanyak mengenai Sejarah Kapal Titanic ni....
Sejarah Titanic
Sejarah Pembinaan
RMS Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania.
Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya.Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki).
Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalanKapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki,perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama, satu inovasi pada masa itu dan satu lif bagi penumpang kelas dua.
Perlayaran Pertama
Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, pada Rabu 10 April 1912, di bawah kendalian Kapten Edward J. Smith.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor, pemilik kilang Benjamin Guggenheim, pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida, jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown, Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon, George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor, John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack, wartawan William Thomas Stead, Countess of Rothes, pembantu presiden U.S. Archibald Butt, pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee, pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris, pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson, dan yang lain.
Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Tragedi Titanic
Pada 14 April 1912, empat hari dalam pelayaran dan kira-kira 375 batu (600 km) selatan di Newfoundland, Titanic telah berlanggar dengan iceberg pada jam 11:40PM (waktu kapal) dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20AM pagi Isnin 15 April 1912.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat manakala 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia di dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C), menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi.
Misi Menyelamat
Hanya 2 daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal Titanic tenggelam. Bot penyelamat nombor 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat nombor 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takut sekiranya bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Manakala di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat mangsa. Sejumlah 338 mayat akhirnya dijumpai. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, manakala kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.
Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar.
Bangkai Kapal Titanic kekal di dasar laut, pada kedalaman 12.415 kaki (3784 m). Sejak penemuan semula bangkai Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard, beribu-ribu artifak telah diambil dari dasar laut dan dibaikpulih untuk dipamerkan di muzium di seluruh dunia. Titanic telah menjadi salah satu daripada kapal-kapal yang paling terkenal dalam sejarah, memori itu dibiarkan hidup oleh pelbagai buku, filem, pameran dan memorial.
Keratan Akhbar Semasa Kejadian Titanic
Kini, Titanic Hanya Tinggal Sejarah
Sumber : Google (Tapi dikarang sedikit sebanyak oleh saya supaya korang lagi senang nak faham... Don't worry, tak ubah fakta... =D)
P/s : Sedih kan tragedi ni??
Walaupun belum lahir, tengok movie pun dah mengalir airmata...
Ni pulak mengalaminya sendiri....
cerita dia memang sedih. huhu.
BalasPadam@Eein Azryn tangkap leleh tgk... =(
BalasPadammasalah utama, ketidakcukupan bot penyelamat untuk mangsa keluar dengan selamat ke lautan.
BalasPadam@Azizan Zolkipli x ckup satu hal.... pastu plak, bot penyelamat yg memule skali tu, rmi x nk naik... sbb still fikir titanic x kn tenggelam..... 12 je yg ikt bot tu dri 40 muatan....
BalasPadam