Tahukah Kamu????

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi-pagi buta ni AJ ada sedikit info nak share dengan korang......
Korang semua tahu tak ada 4 jenis makanan hebat yang mampu mengawal kadar Kolestrol dalam tubuh kita semua??? Apa dia makanan tersebut.....

1. EPAL
~Memakan sebiji Epal Hijau dan meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kamu.


2. KISMIS
~Mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan kolestrol!!! Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8 peratus.... WOW!!!!


3. OAT
~Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat juga dapat mengurangkan risiko Penyakit Jantung.


4. JAMBU BATU
~Buah ini mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8 peratus. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas dalam tubuh.


P/s : Sekarang dah tau kan??? Apa kata korang masukkan segera dalam menu makanan korang mulai hari ini...... Selain menyihatkan, ianya juga murah dan mudah didapati....
Cepat jangan berlengah lagi... =)
Okay, sekarang AJ nak ZzZzZzZzZzZz.....
GudNite Korang..... =)



6 ulasan

  1. saya suka smua di atas.. ahaks!! nice sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. =)
      Epal tu klu dpt cicah ngan garam best.......

      Padam
  2. tp kena mkan dlam moderate range...=)

    BalasPadam
  3. jambu baatu pn ?? baru tahuuu. ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup....=)
      pasni bleh la buat bisnes jambu batu.....
      kurang kolestrol rakyat malaysia..... =)

      Padam