Terima Kasih Emak dan Abah.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepanjang bergelumbang dengan dunia blog ni, AJ terperasan sesuatu...
Tak pernah sekali pun AJ menulis entri yang menunjukkan betapa AJ berterima kasih kepada kedua ibubapa AJ....... Betul tak????
So, hari ni AJ nak tulis mengenai 2 orang insan yang selama ini bersusah payah membesarkan AJ dan adik beradik yang lain......


ABAH,
Terima kasih kerana dengan kudratmu yang empat kerat,
kau berusaha membesarkan kami adik beradik.......
Kau kerahkan seluruh tenagamu, keluar awal pagi dan pulang pada lewat petang demi mencari rezeki halal bagi memberikan anak-anakmu sesuap nasi....
Bagi memastikan kami cukup segala makan dan pakai....
Tak pernah sekali kami mendengar keluhan dari mulutmu kala kau kepenatan....
Tak pernah sekali kami mendengar rintihanmu kala kami meminta itu dan ini.....
Tak pernah ABAH......

EMAK,
Terima kasih kerana melayani kami dengan penuh sabar....
Menyusukan kami dengan susu badanmu...
Berusaha memasakkan makanan kegemaran kami....
Mencuci pakaian kami yang kotor dan compang camping setelah balik dari taman permainan....
Membasuh pinggan yang kami gunakan ketika kami masih kecil....
Tak pernah juga kami mendengar keluhanmu kala kau keletihan...
Tak pernah sekali kami mendengar rungutanmu ketika kami membuat nakal..
Tak pernah EMAK....

Terima kasih ABAH...
Terima Kasih EMAK...
Terima Kasih kerana dengan kasih sayang yang kalian berikan kepada kami empat beradik.....
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan setiap karenah kami...
Terima kasih kerana memberikan kami pendidikan...
Terima kasih kerana dengan adanya kalian, kami bernafas di muka bumi ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kemaafan kepada setiap ketelanjuran perbuatan dan kata-kata anak-anakmu....
Terima kasih untuk segala-galanya.....
Pergorbanan yang kalian lakukan sepanjang hidup kami, takkan dapat kami balas walaupun diberikan masa selama berjuta-juta tahun......
"TERIMA KASIH ABAH DAN EMAK"

Gambar Abah gelap sikit pulak sebab bawah bumbung...

Jasa dan pengorbanan ibubapa tak pernah ada tandingan walaupun ditakdirkan kita semua hidup 1000 tahun pun.....
Tunjukkan rasa sayang dan kasih kalian terhadap ibubapa dengan Segmen dari Hanafi.....


Caranya mudah sahaja.....
Klik gambar di bawah ni...
Cepat.... Tarikh tutup penyertaan 10 Mac 2012 pukul 8malam....
TAG KORANG YE....


P/s : Abah, Emak.... Walaupun Adik degil, adik sayang sangat kalian berdua.......

13 ulasan

  1. Assalamualaikum,
    coretan daripada papan kekunci Hanafi :
    Wahh!!! Sungguh Puitis,,,,
    Usaha bu bapa kamu bekerja keras untk membesarkan kalian 4 beradik, janganlah disia-siakann..
    Ibu bapa sememangnya akan senantiasa membantu kita khususnya apabila kita berada dalam kesusahan..
    Tahniah,, lain dari lain dan bahasa x complicated(mudah difahami)
    Terima kasih join segmen ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.......
      Terima kasih jugak bagi peluang join segmen ni..... =D

      Padam
  2. http://hanafisjourney.blogspot.com/2012/03/pengumuman-mengenai-segmen.html

    BalasPadam
  3. wahhhh terharu beb!

    salam kenal, me follow ;)

    BalasPadam
  4. Betul tu AJ.... jasa mereka memang tiada tandingan..

    La... rupanya segmen yeh...selamat bersegmen!

    BalasPadam
  5. Hehheheheh @hainom OKje.. lama dah pun segmen ni... =D

    BalasPadam
  6. sya pun syg kat mak n ayah saya juga :)

    BalasPadam
  7. bagus gk segmen topic ni :)


    BalasPadam
  8. Aah.. Sekurang2 nya ada yang menhargai jsa kedua ibubapa kan @iima ❥..

    BalasPadam
  9. Terharu membacanya....
    igtkan luahan hati rupanya join segmen ya ... hihihi.. selamat bersegmen ya (^_*)

    BalasPadam
  10. Sebenar memang luahan hati @Ratu Hatiku....
    Few months lepas buat entri ni, ada segmen...
    Tu yang tanya kot2 boleh masukkan entri ni..
    Dia cakap boleh, AJ on je la... =D

    BalasPadam