Lihat Kesalahan Pada Diri Sendiri Sebelum Menunding Jari....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni memandangkan banyak masa yang terluang, maka terkeluarlah entri ni.....
Dalam mana-mana hubungan pasti ada turun naik dan pasang surutnya.....
Tak kisah la dari hubungan kekeluargaan sehinggalah ke hubungan persahabatan.....
Jika terjadi apa-apa perkara dalam mana-mana hubungan cuba imbas kembali dan teladani diri sendiri.... Jangan dengan mudah, cepat dan pantas menyalahkan orang lain yang kadangkala tidak tahu-menahu hujung pangkal cerita...
Bukankah tidak baik begitu????

AJ berkata begini bukanlah menunding jari kepada sesiapa tapi melalui pengalaman sendiri.....
Terkadang, AJ sendiri cepat menunding jari menyalahkan orang lain atas sesuatu perkara tanpa menilai tindak tanduk sendiri.....
Dan adakalanya AJ dipersalahkan oleh individu yang tidak menilai diri sendiri dahulu....
Aduhai, tolonglah berfikiran agak matang walaupun usia tidak begitu matang.......
Janganlah asyik nampak salah orang lain, tapi salah diri sendiri buat-buat buta je.......
Dan janganlah menyalahkan orang lain atas keruntuhan yang dilakukan oleh tangan sendiri.......
Setiap orang ada baik buruknya... Tapi sebelum menilai, sila lihat kesalahan dari pihak diri kita sendiri sebelum sewenang-wenangnya menunding jari terhadap orang lain.....
Perkara yang telah berlalu jadikanlah ianya suatu sejarah.... Bina hidup baru... Dan berfikiran positif....
Cari, gali, kaji salah sendiri dulu.......

 Kepada insan yang BERKENAAN : AJ tidak pernah meruntuhkan hubungan sesiapa dan tidak pernah menjadi duri dalam hubungan orang lain....
Jadi tak perlulah nak salahkan AJ bila keruntuhan tu berpunca daripada perangai dan perbuatan sendiri.....





P/s : Ye, karma itu memang wujud... Tapi takkan wujud kalau diri sendiri yang buat salah...... =)


Tiada ulasan