ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Hurmmmm baru-baru ini AJ ada terbaca artikel yang mengatakan laman-laman sosial ni merupakan antara punca-punca runtuhnya Akhlak dan rosaknya Akidah??? Ehhhh yeke???
Hurmm, semua orang pasti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing kan?
Pada AJ ini semua bergantung kepada cara kita menggunakan sesuatu medium itu...
Kalau kita gunakan medium tersebut dengan niat yang betul, maka baiklah jadinya... Begitu juga sebaliknya......
AJ pula guna laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya sebagai salah satu landasan perhubungan antara AJ, sanak saudara yang berada jauh diperantauan dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu untuk bertanyakan khabar dan bertukar-tukar pendapat ataupun berbual-bual sesama sendiri.. Selain itu, AJ menggunakan laman sosial sebagai salah satu sumber untuk mencari info-info yang berguna yang dikongsikan oleh rakan-rakan....
Penggunaan laman sosial juga dapat menjimatkan kewangan berbanding penggunaan khidmat telekomunikasi yang lain ... Kena bayar bil internet je la... =P
Apa yang menjadikan laman sosial ni sesuatu yang meruntuhkan akhlak dan merosakkan akidah??
Ianya terjadi bila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sesuatu seperti, video-video lucah, link-link yang mengandungi kandungan yang boleh merosakkan minda seseorang, gambar-gambar yang tidak elok dan sebagainya.....
Penggunaan laman sosial sebagai satu medium untuk menjatuhkan air muka dan maruah orang lain juga menjadikan laman sosial ini tidak selamat....
Selain itu, laman sosial boleh membuatkan seseorang itu terdedah kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan akidah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknik-teknik "super-impose" atau pertindihan dengan niat memalukan individu tersebut..... Makanya, individu tersebut akan mengambil langkah-langkah yang tidak sepatutnya......
Pokok pangkalnya, TEPUK DADA TANYA SELERA.... Apakah yang kita mahukan dan cari daripada laman-laman sosial......???
P/s : Berapa banyak laman sosial yang korang ada???? Jangan gunakan untuk benda-benda yang tidak baik okay.....
Tiada ulasan