Cuti Sekolah Telah Berakhir...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua hari ni? Hopefully sihat-sihat je....
Wahhh hari ni pagi lagi AJ dah update blog.... Excited kunun.. Hahahahhahahah....
Okay semua orang dah tahu kan hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi semua sekolah di Malaysia, kecuali bagi beberapa negeri yang telah memulakan sesi persekolahan semalam....
Mesti seronokkan bila dapat tengok gelagat anak-anak kecil yang baru memasuki fasa prsekolahan... 
Ada yang menangis ketakutan, ada yang seronok dan ada yang diam kelu seribu bahasa.. 
Terimbau kenangan AJ dulu.... Kalaulah boleh diulang masa, waktu persekolahan itu adalah zaman yang paling menyeronokkan... 
Bukan seronok nak belajar, tapi seronok nak berjumpa dan membuat onar bersama teman-teman seperjuangan..... Hahahahah.. Okay terserlah pulak AJ ni budak nakal...... =P

Okay sekarang nak imbau sikit kenangan zaman persekolahan AJ... 
Setiap tahun, kalau hari pertama persekolahan mesti AJ ke sekolah dengan baju baru, kasut baru dan beg sekolah pun baru. Buku sudah semestinya barulah kan.... Tahun baru semuanya mesti nak baru.... 
Tapi, tukang balut buku sekolah dah tentu abang AJ... Kadang-kadang tu, kasut sekolah pun abah yang basuhkan tau.. Terukkan??? Heheehh... 
Lepas tu, kawan-kawan AJ kat sekolah majoriti adalah yang berlainan gender.. Bukan AJ tomboy ye.. 
Tapi AJ lebih selesa bergaul dengan pelajar lelaki.. Sebab tu masa sekolah AJ agak nakal... 
Adalah beberapa kali keluar dari kelas duduk melepak kat kelas lain, macamlah cikgu takde dalam kelas sendiri... Hahhahah.... 
Selalunya, awal-awal tahun AJ selalu jarang ada dalam kelas sebab terlalu bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.. 
Olahraga, Bola Baling, Bola Tampar, Kapten Rumah Sukan, Setiausaha Pengawas, Ajk kelab itu, kelab ini... Banyaklah, bak kata pelajar lain, habis semua sukan dan jawatan yang AJ nak bolot.. Hahhahahah... 
Dah la setiap hari perhimpunan asyik tengok muka yang sama... Dah kata emcee, korang hadaplah kan?? Hahahhahah... =) 
Korikulum pulak??? Bolehlah, cukup makan... Tak gagal okay... Hahhahha... Boleh??? 
Alhamdulillah dalam pada nakal AJ, ponteng sana sini dan kadang-kadang sesuka hati sendiri nak keluar masuk pintu pagar sekolah, AJ tidak berada dalam kalangan pelajar yang tercorot...... 
Yelah, nakal-nakal jugak... Tapi time belajar tu, belajarlah jugak.. Hhahahhha.....

Kepada adik-adik yang masih bersekolah tu Selamat Berjaya okay.... Semoga kalian berjaya dengan cemerlang dan menjadi insan berguna kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan juga negara...... Insyaallah... Mana yang rasa diri tak berapa tu, belajar rajin-rajin, insyaallah mesti boleh.. Kadang bukan tak pandai pun.. Tapi malas nak berusaha....

Kat sini nak selit sikit gambar-gambar semasa masih di bangku persekolahan.....
Kawan-kawan mana ada dalam ni, Selamat Menyusuri Kenangan Persekolahan Kita....

 Darjah 2 Kot... Yes i know i'm innocent.. Tq.. Hahahhaha....


 Darjah 1 Cekal


Darjah 4 Budi

Kelab Olahraga... Tingkatan 1

Tingkatan 6 Of Course... Dah Ada Tulis kan...

Pengawas-pengawas Brutal.. Hahhahhah...
Pelari-Pelari Sekolah...

 Antara Kawan-Kawan Kat Sekolah...

P/s : RINDU kenangan zaman sekolah....


Tiada ulasan