Bila bekerja dengan E.M.O.S.I


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni ada yang terlebih emosi atau emosi terganggu ke???
Tak kisahlah apa sahaja emosi yang korang alami, janganlah sampai terbawa-bawa ke tempat kerja pulak..... Kan ke dah menyusahkan orang lain namanya tu, bila nak kena pandang muka yang monyok, cekodok tu.... 
Kang tak pasal-pasal emosi orang lain pun sama terganggu tengok muka kita yang sedia beremosi tu.....

Haaaaaa, kan dah panjang lebar description AJ tu... Ni semua gara-gara ofismate yang dari pagi datang keje buat muka tempoyak.... 
Alahai kawan... Cubalah lupakan sekejap duka putus cinta tu.... Awak tu muda lagi tau... Baru je 22tahun..... Dunia ni tak berakhir kalau cinta terputus di tengah jalan...... Kan jadi tak best suasana kat tempat kerja hari ni... 
Bukan tak boleh kalau nak emosi sekalipun.. Tapi biarlah kena dengan tempatnya... Kang dah terlampau emosi, keje pun tak jalan... 
Dan mulalah error tu bersepah sana sini...... Haishhhhh....... Letihnya nak layan emosi yang macam ni....

Tips-tips nak elak terbawa-bawa emosi luar ke tempat kerja VERSI AJ....

1. Cuba elakkan termenung sana sini, ingat perkara yang terjadi... Cuba fokuskan pada kerja yang sedia ada...

2. Kalau boleh, luahkan pada rakan yang boleh dipercayai dan minta pendapat mereka... Sekurang-kurangnya beban dalam kepala tu berkurangan..... Rakan-rakan mungkin tak dapat membantu, tapi setidak-tidaknya mereka boleh mendengar...

3. Cuba elakkan sikap menjauhkan diri dari orang lain kalaupun ada masalah.... Atleast kita takkan rasa keseorangan.... Bila berseorangan tu lah lagi kita akan memikirkan masalah kita tu....

4. Makan.... Tak kisahlah time tu banyak keje ke tak, makan je selagi boleh...... Tak gemuk punya kalau makan bila bermasalah.... Kata orang, kenyang perut mesti kita suka hati....

5. Kalau ofis dilengkapi kemudahan internet, janganlah nak intai-intai atau jenguk punca permasalahan kita tu... Ini bagi mereka-mereka yang putus cinta.. Takde guna pun....

6. Cuba dengar lagu-lagu yang memberikan kita semangat dan rasa bahagia..... Kalau mana yang ada masa tu, bolehlah baca buku yang boleh memotivasikan diri dikala dirundung permasalahan....... Make sure ada satu dalam drawer ye... untuk saat-saat kecemasan macam ni lah kita boleh guna.....



Hurmmmmmm... Rasanya ini je la kot yang AJ boleh kongsi.... 
Mungkin korang ada cara lain yang lebih berkesan.. 
Bolehlah praktikkan cara korang tu ye........ Lain orang lain carakan??? 
Mana yang berani tu, CUBALAH..... (Cabar ni... Hehehheheh....... =p)

P/s : Apa sahaja E.M.O.S.I... Tolonglah jangan bawa pegi tempat keje okay...... Lainlah kalau libatkan kematian, bolehlah dipertimbangkan lagi.....

2 ulasan

  1. cuba cadangkan buku bagus untuk motivasi yang kita boleh simpan dalam drawer. Thanks ( :

    BalasPadam
  2. Klu untuk laki blom kaji lg la pkcik....... Klu untuk ppuan, org ade buku jadilah wanita paling bahagia...... klu tgh sedih, buku tu mbantu jugak....

    BalasPadam