Rawat Kulit Dengan Vitamin C Serum by Annona

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semua sedia maklum yang Vitamin C ni memang baik untuk kulit. So arini AJ nak cerita dengan korang pasal Vitamin C Serum by Annona untuk rawat kulit kita. Macam AJ sekarang ni kerap jugaklah travel, so kulit AJ terdedah bawah matahari berlebihan. So kulit jadi hilang seri, naik seketul dua jerawat, berjeragat dan sebagainya. Biasalah kalau dah namanya perempuan, jerawat naik seketul pun dia punya risau macam apa je kan. 

Vitamin C Serum by Annona



Sebenarnya jenama Annona ni bukanlah 1 jenama asing dalam pasaran. Dah bertapak selama 4 tahun serta mendapat kelulusan KKM. Sebenarnya banyak rangkaian produk yang dikeluarkan oleh Annona. tapi sekarang ni AJ nak cerita pasal Vitamin C Serum.



Ramai yang pandang enteng pengunaan serum. Ni temasuklah AJ sendiri selama ni. bila dah masuk 3 series ni, barulah terhegeh-hegeh nak rawat kulit betul-betul. Takut tua lettew! Hahahahahaha.




Banyak manfaat yang terdapat dalam Vitamin C Serum yang mengandungi sehingga 10 kali Vitamin C ni, antaranya :
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Mengecilkan liang pori terbuka
  • Melembabkan dan menganjalkan kulit
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak akibat salah guna kosmetik beracun




Bahan utama yang terdapat dalam Vitamin C Serum ialah Glutathione.

  • Bahan semulajadi yang dihasilkan oleh hati dan juga terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging.
  • Banyak terlibat dalam proses di dalam badan, termasuk pembinaan dan pembaikan tisu, menghasilkan bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan dan sistem imun.
  • Digelar 'Mother of Antioxidant' kerana kuasa antioksidannya yang sangat kuat dan mampu mencerahkan kulit yang kusam.
Selain itu terdapat beberapa lagi bahan aktif lain dalam produk ni antaranya :

  • Hyaluronic Asid - Bertindak memelihara kelembapan kulit dan membuatkan kulit lebih licin, halus dan anjal
  • Peony - Digunakan secara meluas dalam kosmetik di Jepun untuk kesan pencerahan kulit. Bersifat anti radang, ia membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit. Melancarkan aliran darah di bawah kulit dan memberikan kesan glowing dan menaikkan seri wajah.
  • Delima - Membantu melambatkan proses penuaan dan anti-kedutan.
  • Skullcap - Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, melembapkan kulit, Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan membantu meredakan kulit sensitif.
  • Saxifraga - Antioksidan, membantu mencerahkan dan bersifat astringent iaitu mengecilkan liang pori yang besar.


Baguskan? Banyak dah AJ baca testimoni positif mengenai Vitamin C Serum by Annona. AJ sendiri pun tak sabar nak cuba dan tengok hasilnya. nak tau macam mana, korang tunggu entri AJ yang selanjutnya okay!

Nak tau info lanjut mengenai Vitamin C Serum by Annona?

Facebook Page : www.facebook.com/VCSAnnona
Hotline : 010-8424243

P/s : Syantik!


2 ulasan

  1. Wow.Nanti kongsi ye kesan selepas penggunaan yang berterusan.

    BalasPadam
  2. mcm nak try..vit c mmg bgus utk kulit kan

    BalasPadam